Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Temu duga SPP (2020)






Pengalaman Temu duga SPP di Era Pandemik Covid-19 adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri sebagai seorang siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Pada saat saya menulis artikel ini, saya telah pun menjadi pendidik di SK Putrajaya Presint 5(1) selama dua bulan. 

Walaupun sudah hampir setahun berlalu, rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan pengalaman ini, kerana saya yakin dan pasti perkara ini (temu duga dalam pandemik) tidak pernah dihadapi oleh sesiapa pun. Semoga pengalaman yang telah saya hadapi adalah yang pertama dan terakhir. 

Temu duga SPP ditunda kerana Covid-19

Pandemik Covid-19 yang bermula di Wuhan, China telah memberi kesan kepada seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Peningkatan kes di Malaysia, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, dan kami siswa guru turut terkesan kerana perlu mengikuti pengajian secara atas talian bermula dari bulan Mac sehinggalah tamat pengajian.

Menamatkan pengajian seperti ini, bukanlah satu perkara yang diingini kerana ia merupakan satu perpisahan yang sangat sedih. Namun kami semua reda, kerana dalam situasi seperti itu, tindakan  sedemikian adalah perlu untuk kebaikan semua pihak. 

Malah, pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada temu duga SPP, kerana tarikh sepatutnya kami ditemuduga telah ditunda kepada bulan Oktober. Lari dari perancangan asal iaitu pada pada bulan Ogos. Walaupun tarikh temu duga SPP ditunda, saya masih bersyukur kerana temu duga SPP masih ada khususnya bagi siswa guru lepasan IPG. Alhamdulillah.

Semakan temu duga SPP pada bulan Oktober

Setelah hampir 4 bulan menunggu (kami tamat pengajian pada bulan Jun 2020), berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu panggilan temu duga. Pada bulan Oktober, hebahan keputusan SPP telah dibuka dan boleh disemak melalui laman sesawang SPP iaitu semakan.spp.gov.my. Alhamdulillah ia merupakan satu khabar yang gembira bagi saya dan juga siswa guru lain di seluruh Malaysia. 

Tips temuduga SPP
Semakan Temu duga SPP

Temu duga SPP secara rakaman video

Namun apa yang menariknya untuk temu duga SPP kali ini adalah ia dilaksanakan secara rakaman video. Berikutan pandemik covid-19 yang telah melanda Malaysia, kaedah perlaksanaan temu duga yang sebelum ini secara bersemuka telah ditukar kepada rakaman video. Mengikut apa yang saya dengar daripada mereka yang pernah menghadapi temu duga SPP, ini adalah KALI PERTAMA temu duga SPP dibuat secara rakaman video. Jadi dalam penulisan ini, saya akan berkongsi pengalaman menghadapi temu duga SPP secara rakaman video. Bagi melaksanakan urusan temu duga secara rakaman video, saya perlu mematuhi syarat yang telah diberikan oleh SPP iaitu ARAHAN, PANDUAN TUGASAN VIDEO, SENARAI SEMAK dan PANDUAN MUAT NAIK.

Tips temuduga SPP

Arahan Temu duga SPP 

Disebabkan oleh pandemik Covid-19, semua maklumat perlu dimuatnaik secara atas talian. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh calon ialah:

1. Calon perlu melengkapkan dokumen berdasarkan senarai semak yang diberi (Rujuk kepada senarai semak terkini). Di bawah ini adalah senarai semak pada tahun 2020, mungkin senarai semak pada tahun 2021 ada perbezaan.
Senarai semak dokumen yang diperlukan SPP

2. Untuk melengkapkan senarai semak yang diberi, calon perlu mengimbas (scan) dokumen yang berkaitan dan menyimpan (save) di dalam satu folder. Untuk scan dokumen, saya hanya menggunakan telefon sahaja melalui aplikasi TapScanner. Kemudian folder itu perlu dinamakan berdasarkan kehendak SPP. Kalau saya, saya perlukan namakan folder itu mengikut nombor kad pengenalan dan opsyen. Contoh 99887766031234_SEJARAH
3. Dokumen yang diimbas hendaklah dokumen original yang berwarna sahaja. Bahagian ini, calon perlu peka kerana  sekiranya tidak menepati syarat, suruhanjaya berhak untuk tidak menilai calon tersebut.

4. Jangan lupa untuk letakkan palang untuk semua dokumen. Saya telah sediakan cara untuk meletakkan palang "Untuk Kegunaan SPP sahaja" di bawah.
5. Di dalam folder utama iaitu 99887766031234_SEJARAH, ada pula dua folder lain iaitu A. Video rakaman dan B.Senarai Semak. Untuk folder A, calon perlu meletakkan video rakaman yang telah dibuat oleh calon, manakala folder B adalah senarai dokumen.
  • Senarai dokumen mesti dinamakan seperti berikut: 
  • Selepas siap semua, folder utama mesti dihantar kepada email yang telah ditetapkan oleh pihak SPP. Email itu biasanya perlu dihantar mengikut kepada opsyen kita. Pada tahun lepas, email dihantar pada masa yang diberikan iaitu hari terakhir.
Itu adalah arahan utama yang perlu diikuti oleh semua calon. Sekarang saya akan menerangkan tentang PANDUAN TUGASAN VIDEO. 

Panduan Tugasan Video oleh SPP

Sekarang, bagi bahagian video, jangan risau sebab SPP dah tetapkan apa kriteria yang mereka mahukan di dalam video. Antaranya calon perlu menyediakan  satu rakaman video yang mempersembahkan Curriculum Vitae (CV) dan keterampilan diri yang menunjukkan  bahawa calon layak untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Video yang dihasilkan juga tidak boleh melebihi durasi 5 minit yang merangkumi tiga komponen iaitu:

Untuk komponen 1, calon perlu memperkenalkan diri. Kandungan yang perlu ada di dalam komponen ini, telah dinyatakan oleh pihak SPP, calon hanya perlu ikut kepada kandungan tersebut. Masa yang diberi agak pendek iaitu 2 minit sahaja, jadi calon perlu mengolah ayat dengan sebaik mungkin. Ringkas tapi memenuhi kehendak!

Tips temuduga SPP
Komponen 1

Tips temuduga SPP
Komponen 1: Pengenalan Diri


Komponen 2 pula adalah kemahiran mengajar. Pada bahagian ini, calon perlu memilih sekurang-kurangnya dua kemahiran mengajar. Sebagai contoh, saya telah memilih dua komponen iaitu set induksi dan juga penutup. Tips, pilihlah kemahiran mengajar yang anda mahir supaya dapat diaplikasikan dalam masa yang diberikan. Mengajar itu memang mudah, tapi yang sukarnya disini apabila masa yang diberikan sangatlah singkat. Jadi buatlah yang terbaik !

Tips temuduga SPP
Komponen 2

Tips temuduga SPP
 Komponen 2: Kemahiran Mengajar



Komponen yang terakhir sekali adalah pengetahuan am. Tujuan komponen ini adalah untuk menguji sejauh mana pengetahuan am ataupun kecaknaan calon terhadap isu terkini. Calon bebas untuk memilih apa sahaja tajuk yang ingin dikupas, asalkan berkait dengan pendidikan. Bagi komponen ini, saya telah mengupas tajuk Pendidikan di Era Pandemik Covid-19. Pada waktu itu, Pandemik Covid-19 merupakan satu isu yang sangat panas, dan saya telah mengaitkan isu tersebut dengan pendidikan di Malaysia. Pastikan tajuk yang kita kupas ringkas tapi padat, memadai dengan masa yang diberikan iaitu 1 minit.

Tips temuduga SPP
Komponen 3


Tips temuduga SPP
Komponen 3: Pengetahuan AM


Tambahan -  Sewaktu penghasilan video, calon bebas untuk mempamerkan kreativiti seperti penggunaan ruang penggambaran yang berbeza (latar belakang yang berbeza) dan juga bilangan shot.

Namun untuk pengeditan video, pengeditan hanya dibenarkan di antara komponen sahaja. Bermaksud hanya transition antara komponen sahaja dibenarkan. Pengeditan di dalam komponen seperti memasukkan subtitle, image, title adalah tidak dibenarkan oleh pihak SPP. 

Video juga perlu dimuatnaik dalam 720p berformat MP4. Bagi mendapatkan rakaman yang berkualiti tinggi, anda disaran untuk menggunakan telefon atau kamera yang mempunyai kualiti rakaman yang cantik. Sebagai contoh Iphone. 

Kalau saya, saya rakam menggunakan telefon saya sahaja iaitu Android OnePlus 7T. Manakala untuk pengeditan video, saya menggunakan perisian Wondershare Filmora X.

Tips temuduga SPP
Sebelum rakaman video

Tips temuduga SPP
Sewaktu rakaman video


Wondershare Filmora X untuk edit video


Panduan Muat naik video rakaman

Selepas calon menyelesaikan kesemua dokumen dan juga rakaman video berdurasi 5 minit. Langkah yang terakhir adalah memuat naik video rakaman ke GOOGLE DRIVE. Kemudian, calon perlu memastikan folder di dalam google drive telah ditukar tetapannya kepada umum (public) sebelum dihantar kepada pihak SPP. 

Kebiasaannya pihak SPP dah sediakan pautan email. Jangan risau. Apabila selesai semua itu,  calon hanya perlu menunggu keputusan sama ada temu duga kita berjaya ataupun tidak. Insya-Allah sekiranya tidak ada masalah, pasti berjaya.

Keputusan yang dinanti, akhirnya tiba!

Setelah hampir beberapa bulan menunggu, akhirnya keputusan temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran keluar jua. Alhamdulillah, sekarang saya sudah berkhidmat sebagai guru selama 3 bulan. Doakan saya semoga terus istiqamah mendidik anak bangsa yang tercinta demi agama, bangsa dan juga negara. Aaamin.

Tawaran perlantikan tetap jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan

Sambungan Pengalaman

Artikel ini tidak tamat setakat ini sahaja, untuk baca sambungannya saya boleh baca disini Panduan Untuk Guru Baru Posting, Apa Yang Perlu Dibuat? Artikel ini saya hasilkan adalah kesinambungan selepas berjaya ditawarkan jawatan. Jemput baca ya!

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com

P.S. Sekiranya para pembaca mempunyai apa-apa soalan berkenaan dengan SPP, jangan segan jangan malu untuk bertanyakan di dalam ruangan komen di bawah.



Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

29 comments for "Pengalaman Temu duga SPP (2020)"

  1. Bagusnya Cikgu berkongsi pengalaman. Terima kasih Cikgu. Semoga sentiasa sukses ��

    ReplyDelete
  2. Hi cikgu, nak tanya kiranya recorded video jela. Ada tak intview virtual thru zoom/google meet dgn pgawai2 kpm? Atau record video shj & upload di google drive?tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. recorded video sahaja, dia tak buat secara live.

      Delete
  3. boleh tak share video pasal pendidikan dan covid tu.. nak tgok pointnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan, saya tak boleh nak share video tu secara public. Kalau berminat boleh email kepada saya

      Delete
  4. Alhamdulillah.. terima kasih sharing info & ilmu yg bermanfaat kpd pembaca. Jelas disini kriteria seorang guru yg berkaliber, tak lokek berkongsi ilmu. Btw tahniah cikgu aiman krn terpilih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu.
    Maaf gnggu.
    Nak tanya, cikgu guna software apa untuk buat video..?
    Video berdiri bercakap, dan sebelah ada slide..?
    Mohon kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Software yang saya guna Wondershare Filmora X. Video tu saya berdiri dan disebelahnya ada slaid.

      Delete
  6. Assalamu'alaikum cikgu Aiman. Boleh tak share video di email saya. Ini email saya hazratulhidayah.sm@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Cik boleh email saya terlebih dahulu ya.

      Delete
  7. Assalamualaikum Cikgu.
    Tumpang tanya. Semalam permohonan SPP telah dibuka. Jadi saya sedang menunggu semakan. Bolehkah saya upload dokumen-dokumen temuduga sekarang? Sebab ada yang cakap kena tunggu tiga hari semakan selesai dahulu, kemudian baru upload dokumen.

    Mohon pencerahan. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, better tunggu dulu. Sebab saya yang tahun lepas pun tarikh akhir baru send semua dokumen.

      Delete
    2. Alhamdulillah terima kasih sudi menjawab pertanyaan saya. Selamat bertugas cikgu :)

      Delete
  8. Assalamualaikum Cikgu.
    Tumpang tanya lagi sekali.
    Saya nak hantar permohonan untuk banyak subjek/opsyen boleh? Semua subjek tu ada kaitan dan saya layak mohon.
    Mohon pencerahan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh tidak ada masalah, tetapi pengambilan adalah berdasarkan kepada keperluan dan tertakluk kepada kekosongan kluster opsyen mata pelajaran.

      Delete
    2. Terima kasih cikgu. Baik, sangat membantu.

      Delete
  9. Assalamualaikum cikgu. Kalau tak keberatan, boleh cikgu kongsi video rakaman temuduga cikgu dgn sy? Terima kasih ☺️

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum. Berapa hari/lama dia bagi masa untuk kita sediakan video rakaman temu duga tu sblm hari terakhir nak send email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak silap tempoh masa dia bagi sebulan.

      Delete
    2. Baik. terima kasih!

      Delete
  11. Assalamualaikum Cikgu. Terima kasih atas perkongsian. Bolehkah saya nak minta rakaman video cikgu masa temuduga. Saya ada apply untuk pengambilan guru khas ni. Terima kasih cikgu Aiman. Salam kenal :-) ini email saya uthmzaidiopic@gmail.com . Dan kalau tak keberatan boleh share no telefon mana tahu saya ada nak tanya sesuatu untuk proses temuduga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Salam kenal juga :). Baiklah nanti saya akan send kepada email encik.

      Delete
  12. Assalamualaikum cikgu, boleh tak nk minta contoh rakaman video cikgu semasa temuduga spp untuk sy buat rujukan untuk interview pengambilan guru one off.. ni email sy, norrasyidah12@gmail.com..

    Terima kasih cikgu😊

    ReplyDelete