Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bagi subjek Pendidikan Seni Visual untuk minggu 13, kita akan mempelajari berkenaan Diorama. Melalui tajuk ini, murid perlu menghasilkan Diorama Dasar Laut. Untuk itu, cikgu akan menggunakan blog ini untuk menjelaskan berkenaan :
- Apakah itu Diorama ?
- Apakah teknik gabungan yang ada dalam menghasilkan Diorama ?
- Alat dan bahan yang diperlukan dalam menghasilkan Diorama
- Proses menghasilkan diorama dasar laut.
1. Apakah itu Diorama?
Diorama ialah gubahan pemandangan 3 Dimensi (3D) yang menarik dalam ruangan yang terhad. Objek dan model disusun di hadapan latar belakang yang telah digubah berdasarkan tema. Untuk memudahkan murid faham apakah itu diorama, cikgu telah sertakan beberapa contoh diorama di bawah :
 |
Diorama Hidupan Laut |
 |
Diorama Hidupan Laut |
2. Apakah teknik gabungan dalam Diorama ?
Diorama boleh dihasilkan menggunakan dua teknik iaitu teknik catan dan teknik binaan.
Teknik Catan - Biasanya digunakan untuk menghasilkan latar belakang
Teknik Binaan - Membina model sendiri ataupun menggunakan model sedia ada
 |
Hutan |
 |
Awan |
 |
Angkasa |
Contoh latar belakang diorama yang boleh dibuat menggunakan teknik catan
 |
Sedia ada |
 |
Binaan Sendiri
|
 |
Origami |
Contoh model yang boleh dibuat menggunakan teknik binaan
3. Apakah alat dan bahan yang diperlukan?
 |
Sediakan alat dan bahan |
- Kotak (Apa sahaja jenis kotak boleh digunakan)
- Kertas lukisan
- Warna poster/warna air
- Berus
- Palet
- Gam
- Bekas telur
- Benang
- Pita pelekat
- Beg plastik (warna biru)
- Model sedia ada/barang hiasan
- Tanah liat
4. Proses penghasilan diorama hidupan laut.
Berikut adalah proses penghasilan diorama hidupan laut:
Post a Comment for "PSV Tahun 6 : Diorama Dasar Laut"