Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Menyiapkan Kerja Kursus Sejarah (Tahun 6)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca, khususnya kepada kelas 6 Topaz, 6 Diamond, 6 Pearl dan juga 6 Ruby (kelas Sejarah yang diajar oleh cikgu). Dalam penulisan kali ini, cikgu akan menerangkan panduan menyiapkan kerja kursus/kajian kes/folio/buku skrap kepada awak semua. Yang pertama kerja kursus yang perlu awak hasilkan adalah berkait dengan Pembentukan Malaysia (buku teks mukasurat 2 sehingga 13). Pada hari ini, cikgu menerima banyak soalan daripada murid-murid yang tak faham macam mana nak hasilkan kerja kursus/kajian kes/folio/buku skrap. Jadi cikgu akan bagi panduan lengkap cara menghasilkan kerja kursus Sejarah dengan kerjasama Cikgu Syamimie. Terima kasih Cikgu Syamimie!

  • Apa yang perlu ada di dalam folio?
1. Muka Depan/Cover Page

Perkara pertama yang perlu ada, ialah muka depan. Muka depan bagi folio ini telah disediakan, awak hanya perlu download sahaja di Google Classroom(Cikgu dah kongsi kepada semua kelas). Muka depan perlu diprint menggunakan kertas warna biru.

2. Tajuk
Tajuk kajian awak. Mesti diletakkan selepas muka depan.



3. Penghargaan
Penghargaan adalah tanda ucapan terima kasih kepada orang yang telah membantu awak dalam menyiapkan folio. Contoh penghargaan awak boleh lihat di bawah.

4. Isi Kandungan

Isi kandungan adalah apa yang terkandung di dalam folio awak.


5. Objektif Kajian

Apa yang awak perolehi melalui kajian yang dibuat. Sebagai contoh, kalau awak buat tajuk Pembentukan Malaysia, antara objektif yang diperolehi adalah menyatakan sebab Pembentukan Malaysia. Cikgu bagi satu sahaja contoh, yang lain awak kena fikirkan. 


6. Kaedah Kajian

Kaedah kajian adalah apakah cara yang awak gunakan untuk mencari bahan/sumber dalam menyiapkan folio. Kaedah kajian ada banyak seperti kaedah pemerhatian, kaedah temubual, kaedah lawatan ke perpustakaan, kaedah melalui internet, kaedah melalui pembacaan buku dan sebagainya. Contoh cikgu ada sediakan di bawah 


7. Hasil Dapatan/Laporan Kajian

Hasil dapatan ataupun laporan kajian merupakan isi utama di dalam folio awak. Pada bahagian ini awak kena menjelaskan tentang pembentukan Malaysia. Antara isi yang boleh dimasukkan adalah seperti sebab pembentukan Malaysia, kronologi pembentukan Malaysia (Selepas merdeka sehingga terbentuknya Malaysia pada tahun 1963), tokoh yang terlibat serta pengajaran yang awak pelajari dari peristiwa pembentukan Malaysia. Di bahagian ini juga awak boleh masukkan gambar dan susun mengikut kreativiti.


8. Kesimpulan

Kesimpulan ini awak kena nyatakan apakah yang awak perolehi/yang awak belajar melalui folio yang dihasilkan. 


9. Rujukan

Nyatakan tempat awak mendapat bahan/sumber. Sebagai contoh, kalau awak ambil bahan dari buku,nyatakan nama buku tersebut. Contoh boleh lihat di bawah

10. Lampiran

Lampirkan sumber yang awak dapat dalam bentuk bergambar. 



Jadi itu sahaja maklumat yang awak perlu masukkan di dalam folio. Nota selebihnya adalah:

1.  Bertaip bersaiz 12 Times New Roman spacing 1.5 bermuka surat

2.    Melebihi 5 muka surat dan kurang dari 20 muka surat (tidak termasuk lampiran).

3. Bertulis tangan jika tiada kemudahan komputer

4. Siap berbinding dan mempunyai kulit hadapan berwarna biru

5. Tugasan yang dihantar mesti mempunyai kulit muka hadapan yang bertulis tajuk, nama penuh dan kelas

6. Tugasan ini membawa markah sebanyak 50% 




Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

2 comments for "Panduan Menyiapkan Kerja Kursus Sejarah (Tahun 6)"