Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Blogger! Post Ini Khas Untuk Anda




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada para bloggers yang sedang membaca post ini. Post ini ditujukan khas kepada anda. Ya! Anda yang bergelar bloggers, tak kira apa platform yang digunakan. Sebab apa? Jom baca di bawah. Tapi sebelum itu, saya nak mengarang serba sedikit tentang blog cikguaime.com. 

Sejarah cikguaime dot com 

Blog ini sebenarnya telah dicipta pada tahun 2016 dengan nama cikgunet21.blogspot.com. Pada asalnya tujuan blog ini dicipta adalah untuk berkongsi tentang pengalaman semasa berada di IPG selama 5 tahun. Artikel pertama yang dikarang pada waktu itu adalah tips dan pengalaman di IPG disusuli dengan nota-nota semasa belajar.  Tapi disebabkan oleh pelbagai kekangan, maka terkuburlah blog ini selama beberapa tahun. Walapun ditinggalkan sepi berhabuk, saya agak terkejut kerana artikel pertama yang saya karang telah dibaca sebanyak 27,000!. Dan juga menduduki rank kedua bagi keywords pengalaman di IPG. Melihat kepada sambutan yang diberi dan juga terinspirasi dengan blog pendidikan yang lain seperti Cikgu HailmiCikgu Raihan, dan Cikgu Suhaimin maka saya nekad untuk kembali aktif di dalam dunia blog.


Rank kedua dan ketiga bagi keywords pengalaman di IPG


Jadi bagi memberi nafas baru kepada blog ini maka saya telah mengeluarkan sedikit peruntukkan (hasil gaji pertama sebagai guru) untuk membeli template premium dan juga  domain. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Blog ini akan terus aktif (doakan saya)  dan akan menjadi platform untuk saya berkongsi pelbagai artikel pengalaman saya di dalam dunia pendidikan dan juga tutorial-tutorial yang berguna. Insya-Allah! Sekarang kita akan beralih kepada tajuk utama iaitu Blogger! Post Ini Khas Untuk Anda.



cikguaime.com kini berwajah baru

Membina Hubungan dengan Bloggers di Luar Sana

Tujuan utama post ini adalah saya ingin membina hubungan dengan bloggers-bloggers di luar sana dan juga mengukuhkan jenama blog cikguaime.com. Jadi antara inisiatif yang saya lakukan adalah dengan cara blogwalking. Melalui blogwalking, saya boleh memperkenalkan blog saya kepada bloggers dan dalam masa yang sama mereka juga mengenali saya. Win-win situation. Selain itu, bloggers juga mempunyai minat yang sama iaitu mengarang artikel kepada pembaca, jadi minat ini boleh dikongsikan melalui cara blogwalking. Dan tidak dilupakan juga ucapan terima kasih Sii Nurul di dalam artikelnya yang bertajuk Sila Tinggalkan Link Blog, Nak Add di Bloglist Sii Nurul kerana telah meletakkan blog saya di dalam bloglist beliau. Terima kasih kerana membantu saya yang masih setahun jagung dalam dunia blog. 

Tinggalkan Link Blog anda di Komen

Kepada para bloggers, kalau anda ternampak komen saya di blog anda, dan kemudian ternampak pula post ini jangan lupa untuk tinggalkan link anda di bahagian komen, saya akan follow dan letakkan blog anda di dalam bloglist saya. (Bloglist akan dipasang selepas ini).
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

21 comments for "Blogger! Post Ini Khas Untuk Anda"

  1. Alhamdulillah... hehe sy tak boleh lah nampak blogger nie kena mention.. risau terus hehe.. Alhamdulillah... actually blog mcm nie lah yg kebanyakkan pembaca suka.. Info dlm blog nie, penulisan, template semua mmg terbaik.. Sbb dah ada pengalaman kan dlm dunia blog..

    Blog2 cikgu yg sy kenal pun sedikit sy mcm cikguzim, cikgu syed, cik matahariku, Mariafidz, abe kie.. Bolehlah rujuk blog2 mereka.. Keep on writing dan berkongsi ilmu.. Semoga dipermudahkan urusan cikgu aime..

    Terima kasih juga sbb selalu support blog sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nurul atas idea dan cadangan. Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik. Terima kasih atas doanya.

      Delete
  2. Hai terima kasih sudi komen di blog sy ya

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2021/03/sotong-celup-tepung-air-fryer.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Sama-samalah kita konsisten dalam update blog post ya dari segi ilmu yang bermanfaat atau pun suka-suka. Semoga sukses selalu.

    www.myarosli.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn. Terima kasih atas doanya. Nanti saya masukkan dalam bloglist.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Baguslah blog aime ni. Byk tips n ifo hok abe kie buleh pelajari. Jom tukar2 link deh? Thanks.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Demi abe kie, takdok masalah.

      Delete
  5. Salam perkenalan dari saya, Cikgu Aime!
    Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog saya tempoh hari.
    Nanti saya masukkan dalam bloglist saya :D

    ReplyDelete
  6. salam kenal cg! tq sudi singgah diblog sy.. sy follow sini ;)

    ReplyDelete
  7. Salam kenal cikgu aime!
    AO singgah jengah dan terjah serta follow sini :D

    ReplyDelete
  8. Salam... saya juga baru nak belajar .. Harini baru start. Cari-cari jumpa artikel ni. harap dapat belajar dari Cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak mengapa, saya pun bermula dari asaa juga. 😁

      Delete
  9. Asalam menarik Cg Aiman ya..saya follow dulu ya..kita link bloglist. bole kan...

    ReplyDelete
  10. Done follow sekali blog cikgu #44.

    Harap lebih semangat lepas ni untuk kongsi dalam niche pendidikan. Bagus ni sebenarnya. Kalau sudi, boleh la masukkan dalam bloglist dan jenguk di blog saya aimanabdullah.com

    ReplyDelete