Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Letakkan Masa Pada Google Form





Cara Letakkan Masa Pada Google Form | Hari ini saya akan berkongsi satu cara untuk kita letakkan masa pada Google Form dengan menggunakan  Add-On iaitu Control Accepting Responses. Melalui add on ini, anda dapat setup masa untuk buka (open responses) dan masa untuk tutup (close responses) Google Form. Dengan kata mudahnya, anda boleh tetapkan masa untuk Google Form ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi (contoh). 

Install Add On Control Accepting Responses


1. Buka Google Form anda.




2. Pilih satu Form yang anda dah create. Tekan pada titik tiga, kemudian tekan Add-Ons.



3. Search Control Accepting Responses dan Install.


Cara Letakkan Masa Bermula dan Masa Tamat pada Google Form

1. Buka Form sekali lagi dan masuk dalam Form yang anda nak tetapkan masa.

2. Tekan pada Add ons, pilih Control Accepting Responses.



3. Kemudian pilih Settings and Info.



4. Akan keluar seperti ini. Anda boleh tetapkan tarikh dan juga hari.



5. Bila dah siap tetapkan tarikh dan juga masa, tekan save and implement.

6. Tambahan - anda juga boleh letakkan mesej. Pelbagai mesej boleh letak seperti mesej sebelum menjawab ataupun mesej selepas Google Form ditutup. Cara dia pergi ke tab Other, masukkan mesej anda dan save.


Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Cara Letakkan Masa Pada Google Form"