Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya merupakan guru yang baru sahaja dipostingkan di Putrajaya. Sebuah wilayah yang penuh dengan kuarters kerajaan. Jadi pada hari ini saya akan berkongsi cara memohon kuarters kerajaan bagi penjawat awam. Panduan memohon kuarters kerajaan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya yang telah memohon kuarters kerajaan, secara atas talian melalui platform yang disediakan. Hanya perlu mohon dan tunggu. Permohonan sudah diluluskan dan sekarang hanya menunggu giliran sahaja. Ini baru permohonan, bukan lagi menduduki ya, risau ada yang salah faham. Ikuti cara/panduan memohon kuarters kerajaan di bawah:
Dapatkan Nombor Gaji
Sebelum memohon kuarters kerajaan, langkah yang pertama adalah mendapatkan nombor gaji. Selagi anda tidak mempunyai nombor gaji, selagi itulah anda tidak boleh memohon kuarters kerajaan. Nombor gaji boleh didapati pada slip gaji. Biasanya sebelum gaji pertama, slip gaji sudah dikeluarkan, paling kurang satu hingga dua bulan selepas dipostingkan. Untuk bahagian ini, anda boleh bertanyakan kepada kerani sekolah.
Daftar Permohonan Melalui Portal SBBPH
Apabila sudah menerima nombor gaji, barulah anda boleh memohon kuarters kerajaan melalui portal yang telah disediakan iaitu
https://sbbph.bph.gov.my/
 |
Pergi ke portal SBBPH |
 |
Isi maklumat dan daftar |
 |
Pendaftaran berjaya |
 |
Maklumat seperti username dan password dihantar ke email |
 |
Login ke dalam SBBPH dan klik permohonan kuarters |
 |
Isi maklumat dan semak kelayakan |
 |
Jika layak, sila isi maklumat peribadi |
 |
Maklumat pekerjaan |
 |
Akhir sekali hantar permohonan |
Permohonan Diluluskan, Tunggu Giliran
Apabila permohonan anda diluluskan, anda hanya perlu menunggu giliran. Giliran senarai menunggu boleh dilihat di dalam portal SBBPH
 |
Nampak gaya 4-5 tahun lagi baru dapat kuarters. Hahaha |
Dah dpt ke tuan ? Ke masih menunggu
ReplyDeleteInsya-Allah, tahun depan
Deletemaksudnya, dlm 2 tahun tunggu baru dapat ye?
DeleteKebiasaanya macam tu. 2-3 tahun
Deletemacam mana nak mohon dua gred sekali gus?
ReplyDeleteMaksudnya?
Deletehai nak tanya, jika no giliran menunggu 3 ribu lebih kemungkinan kena tunggu berapa lama ye?
ReplyDeletedan adakah salah satu syarat kelayakan pemohon atau pasangan pemohon tidak boleh mempunyai rumah sendiri ?
jika pasangan pemohon sudah ada rumah sendiri?
Kuarters kerajaan ni hanya utk 1 jabatan saja ka campur2
ReplyDeleteTak semua negeri. Mcm saya pulau pinang takde
ReplyDeletesalam, dh dpt ke kuaters cikgu?berbaloi x utk tggu 2-3 tahun tu ye? masa smpai giliran kita ada tapisan apa2 lg tak?
ReplyDelete