Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gajet Terbaik Untuk PdPR

Gajet Terbaik Untuk PdPR


Gajet Terbaik Untuk PdPR | Adakah anda sedang mencari laptop, headset/headphone, webcam, tablet dan pelbagai lagi gajet yang dapat membantu dalam PdPR? Jangan risau kerana dalam artikel hari ini saya akan kongsikan Gajet Terbaik Untuk PdPR. Gajet ini mempunyai range harga yang pelbagai (ada yang berpatutan, ada yang mahal) kerana apa yang saya kongsikan adalah gajet terbaik, bukannya gajet bajet. 

Laptop Terbaik Untuk PdPR

Untuk PdPR yang terbaik, sudah pasti guru-guru memerlukan laptop yang laju dan berkuasa. Ia bagi memastikan tidak berlaku masalah ketika PdPR dilaksanakan. Ada sesetengah guru yang berkira untuk membeli yang berkualiti dan akhirnya kecewa disebabkan oleh performance yang rendah. Jadi saya akan kongsikan dua laptop yang terbaik untuk PdPR iaitu Huawei Matebook D15 (±RM2500) dan Dell Inspiron 15 (±RM2400)Antara sebab kenapa laptop ini dipillih adalah:
  • Mempunyai processor yang terkini dan berkuasa.
  • SSD sehingga 256GB. SSD ini memainkan peranan yang penting bagi kelajuan sesebuah laptop.
  • Huawei Matebook D15 mempunyai RAM 8GB, manakala Dell Inspiron RAM 4GB. RAM juga memainkan peranan penting bagi performance laptop. Walaupun Dell Inspiron mempunyai RAM 4GB sahaja, ianya tidak ada masalah kerana mempunyai SSD. Tetap laju.
  • Saiz skrin yang besar (15.6 Inch)

Webcam Terbaik Untuk PdPR

Webcam juga memainkan peranan yang penting semasa melaksanakan PdPR. Bagi memastikan komunikasi dan penyampaian menjadi lebih berkesan, pilihlah webcam yang berkualiti. Murid juga akan bersemangat apabila dapat melihat muka gurunya dengan jelas. Pemilihan webcam yang berkualiti juga penting kepada guru yang menggunakan whiteboard semasa mengajar. Jadi saya senaraikan di bawah Webcam terbaik untuk PdPR

  • Fantech Luminous C30 (±RM135)
Webcam ini menawarkan resolusi sehingga 2560x1440p (2k quad HD) yang menjanjikan kualiti video yang lebih jelas dan terang. Malah ia juga mempunyai lensa sudut lebar yang luas iaitu 106-degree, serta boleh dipusing sehingga 360 darjah dan juga terbina bersama dengan mikrofon. Sehingga sekarang, saya masih lagi menggunakan webcam ini dan sangat berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan. Pemasangan pun cukup mudah, just plug and play.

Gajet Terbaik Untuk PdPR
Kualiti video menggunakan Webcam Fantech


  • Logitech C922 Pro Stream (±RM360)
Webcam ini adalah antara webcam terbaik yang menawarkan kualiti video yang sangat cantik selari dengan harga yang ditawarkan (Full High Definition 1080p). Ia juga menawarkan  frame rate sehingga 60FPS yang menjadikan rakaman video smooth. Malah webcam ini juga mempunyai HD Autofocus dan light correction yang membolehkan ia menghasilkan gambar berkualiti tinggi walaupun berada di tempat yang gelap ataupun kurang cahaya. Bagi cikgu yang menginginkan kualiti dan kepuasan ini adalah webcam yang perlu dipilih.

Gajet Terbaik Untuk PdPR
Kualiti Webcam Logitech. Terima kasih Cikgu Ikhwan


Gajet Terbaik Untuk PdPR


Headset Terbaik Untuk PdPR

Sebelum saya menyenaraikan headset terbaik, saya ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara headphone dan headset. Headphone kebiasaanya digunakan untuk mendengar audio sahaja kerana ia tidak tersedia dengan mic, manakala headset digunakan untuk mendengar dan juga berkomunikasi kerana ianya telah tersedia dengan external mic.

Headset  merupakan satu gajet yang penting di dalam dalam PdPR khususnya semasa mengajar, kerana guru memerlukannya untuk mendengar dan berkomunikasi. Pemilihan headset yang berkualiti penting untuk mengelakkan pelbagai masalah seperti mic tidak berfungsi, mic perlahan, gangguan bunyi dan sebagainya. Jadi disini saya senaraikan headset terbaik untuk PdPR

  • Fantech HG22 Fusion  (±RM100)

Ini adalah headset yang saya pakai sekarang. Headset ini merupakan headset gaming dan dan sesuai digunakan semasa PdPR disebakan oleh ketahanan dan features yang ditawarkan. Antaranya adalah ia mempunyai noise cancelling, satu teknologi yang tidak membenarkan suara luar untuk masuk. Maknanya semasa guru bercakap tidak akan ada gangguan bunyi daripada luar, hanya suara sahaja. Headset ini  menggunakan sambungan USB (tak perlu cucuk banyak wayar). Untuk telefon kena beli kabel OTG . Setakat ini, saya memang berpuas hati dengan kualiti yang ada pada headset ini. Bukan sahaja suara jelas, malah saya juga dapat mendengar suara murid dengan jelas.


  • Onikuma K9 (Sesuai untuk perempuan) (±RM100)
Anda rasa headset Fantech HG22 terlalu macho? Jangan risau, headset versi comel juga ada. Headset ini juga menawarkan kualiti yang terbaik dan sangat sesuai digunakan oleh guru perempuan.

  • Logitech H110/H11 (±RM50)
Mahukan headset yang ringkas dan biasa? Simple but nice. Logiteh H110 (untuk komputer) dan Logitech H11 (untuk telefon) adalah jawapannya. Setakat ini, review yang diberikan terhadap headset ini sangat memuaskan, dan juga sesuai digunakan semasa PdPR. Namun ianya tidak ada features seperti noise cancelling. Ia bukan satu masalah, kerana noise cancelling itu adalah optional sahaja. 


Drawing Tablet Terbaik Untuk PdPR

Cikgu suka menulis, melukis ataupun menunjukkan pengiraan kepada murid semasa PdPR? Maka drawing tablet adalah yang terbaik untuk kesemua itu, tetapi drawing tablet mana yang paling ok dan terbaik? Saya kongsikan drawing tablet yang saya sedang pakai sekarang:

  • Drawing Tablet Huion HS64 (±RM120)
Drawing tablet ini sesuai digunakan pada Windows, Mac OS dan juga android. Tetapi ia masih lagi tidak mendukung (support) untuk Iphone dan Ipad. Saat saya menulis artikel ini, drawing tablet Huion HS64 masih lagi berfungsi dengan baik, malah ia juga sangat senang digunakan. Biasanya pada awal penggunaan, tulisan akan nampak sedikit buruk, tetapi practice makes perfect. 

Tablet Terbaik Untuk PdPR

Di atas tadi saya telah membicarakan berkenaan Drawing Tablet, sekarang kita beralih pula kepada tablet. Banyak kegunaan tablet, antaranya boleh menjadi skrin kedua ketika PdPR, menanda hasil kerja murid dan pelbagai lagi. Malah ia juga boleh menjadi platform utama sekiranya guru-guru tidak ingin menggunakan laptop ataupun komputer.

  • Samsung Tab S6 Lite (±RM1300)
Tablet ini disertakan dengan S Pen serta memberikan pengalaman yang terbaik kepada guru-guru yang tidak mahu dibelenggu dengan masalah tablet yang slow ataupun hang ketika melaksanakan PdPR. Tablet ini juga mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 7040 mAh yang boleh memberikan ketahanan sehingga 13 jam di dalam penggunaan yang maksima. Guru juga boleh menambah ruangan (storage) sehingga 1TB dengan microSD Card. Tak perlu lagi risau untuk menyimpan hasil kerja murid.

Gajet Terbaik Untuk PdPR



  • Samsung Galaxy Tab A7 (±RM900)
Kalau tablet di atas terlalu mahal, jangan risau, ada satu lagi tablet yang berharga di bawah RM1000, tetapi memberikan kualiti yang bagus iaitu Samsung Galaxy Tab A7. Tablet ini mempunyai paparan skrin yang besar iaitu 10.4 inch. Sangat sesuai digunakan semasa PdPR.

Gajet Terbaik Untuk PdPR

  • Microsoft Surface GO 2 (±RM2500)
Microsoft Surface GO 2 sepatutnya berada di bawah kategori laptop. Tetapi disebabkan ia mempunyai gabungan antara tablet dan laptop (2 in 1) jadi tidak ada masalah untuk saya letakkan ia sebagai tablet juga. Gabungan 2 in 1 menjadikan Microsoft Surface GO 2 antara gajet yang penting dalam memudahkan perlaksanaan PdPR.

Microsoft Surface GO 2 menawarkan fungsi touch screen dan sangat sesuai digunakan untuk mengajar selain itu ia juga menggunakan sistem Microsoft yang sememangnya relevan dengan guru-guru yang sentiasa menggunakan Microsoft Word, Powerpoint dan sebagainya.


Gajet Tambahan Terbaik Untuk PdPR

  • Boston Light Ring (±RM25)
Persekitaran gelap ataupun malap? Anda boleh dapatkan light ring yang memberi pencahayaan tambahan yang menjadikan muka anda flawless dan berseri ketika melaksanakan PdPR. Murid-murid pun akan teruja melihat anda, malah anda juga akan lebih yakin ketika mengikuti webinar dan sebagainya.

Gajet Terbaik Untuk PdPR


  • Fantech MC20 Professional Microphone (±RM40)
Anda rimas nak pakai headphone? Tak selesa? Tapi nak pakai mic yang audionya bagus supaya suara boleh didengari semasa PdPR? Jangan risau, anda boleh cuba Fantech MC20 Professional Microphone yang menawarkan kualiti audio yang bagus pada harga yang sangat berpatutan. 

Gajet Terbaik Untuk PdPR


  • Green Screen Backdrop (±RM40)
Anda ingin mengubah latar belakang video anda dengan pelbagai latar belakang. Maka gunalah green screen untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Contohnya seperti di dalam gambar di bawah. 




Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com


Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Gajet Terbaik Untuk PdPR"