Inovasi Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Malaya Heroes

Table of Contents

Inovasi digital dalam pdp


Inovasi Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan satu subjek yang perlu dipelajari semasa di IPG. Melalui subjek ini, siswa guru perlu menghasilkan satu inovasi digital yang dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

    Melalui subjek ini,saya telah berjaya menghasilkan satu inovasi digital yang diberi nama Malaya Heroes yang khusus untuk subjek Sejarah Sekolah Rendah iaitu Perjuangan Menuntut Kemerdekaan (Darjah 5). Jadi dalam penulisan ini, saya ingin berkongsi tentang inovasi yang saya hasilkan, semoga ia memberi manfaat kepada semua pembaca.

Inovasi Digital Malaya Heroes

Inovasi Digital Malaya Heroes adalah multimedia interaktif yang dibina dengan menggunakan gabungan aplikasi Macromedia Flash, Adobe Flash dan Adobe Animate untuk membawa murid  meneroka pembelajaran melalui animasi. 

    Penerapan didik hibur dan pengintegrasian teknologi ini selari dengan konsep 4C dalam pembelajaran abad ke-21. Di bawah ini adalah papar muka inovasi Digital Malaya Heroes.


Poster Inovasi Digital Malaya Heroes

    Melalui subjek ini juga saya perlu menyediakan satu poster berkenaan dengan inovasi yang dihasilkan. Di dalam poster ini terkandung beberapa maklumat penting tentang inovasi seperti objektif, kelebihan, manual penggunaan dan juga graf prestasi tentang keberkesanan inovasi. 



Brosur Inovasi Digital Malaya Heroes

    Selain menyediakan poster, saya juga menghasilkan brosur untuk mempromosikan inovasi ini. Brosur ini merupakan satu nilai tambah kepada inovasi yang dihasilkan dan sangat berguna ketika terlibat dengan Pertandingan Inovasi. Brosur boleh dihasilkan secara hardcopy ataupun softcopy.




Laman Web Inovasi Digital Malaya Heroes

    Dengan kerjasama daripada kawan saya, Ng Zi Jian. Kami juga menghasilkan satu laman web yang khusus untuk Inovasi Digital Malaya Heroes. 

    Melalui laman web tersebut segala maklumat berkenaan dengan inovasi ada di dalamnya. Pembaca  boleh mendapatkan inovasi Malaya Heroes di dalam laman web Malaya Heroes.

Laman web Malaya Heroes


6 ulasan

Diari Imran 28 Ogos 2023 pada 8:11 PG Delete
IPGKPI hadir cikgu
Tanpa Nama 3 Oktober 2023 pada 10:51 PTG Delete
Salam macam mana nak buat yee
Cikgu Aiman 5 Oktober 2023 pada 6:01 PG Delete
Terima kasih :)
Cikgu Aiman 5 Oktober 2023 pada 6:01 PG Delete
Wsalam, boleh try guna Adobe Animate.
Tanpa Nama 24 Februari 2025 pada 1:21 PG Delete
Inovasi yang sangat2 menarik. Boleh tanya guna app apa untuk buat website tu?
Tanpa Nama 24 Februari 2025 pada 1:23 PG Delete
Maksudnya untuk buat aplikasi game tersebut