Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lindungi Mata Dengan Aplikasi F.LUX

 


lindungi mata dari skrin dengan flux


Kurangkan Strain Mata Dengan Aplikasi F.LUX | Adakah anda mengalami masalah keletihan mata seperti sakit di dalam atau di sekitar mata, penglihatan kabur, sakit kepala dan penglihatan berganda sekali-sekala.kerana terlalu lama melihat skrin komputer? Dahla sakit mata, ditambah pula dengan PdPR, lagilah bertambah derita mata kita. Jadi hari ini saya ingin berkongsi satu aplikasi yang dinamakan sebagai F.LUX yang boleh membantu dalam mengurangkan masalah keletihan mata. (Ini bukan ubat ya, ini adalah aplikasi).

Apakah itu F.LUX?

F.LUX merupakan satu aplikasi yang mengubah paparan warna skrin mengikut masa. Pada siang hari, paparan skrin adalah normal (cerah) dan pada waktu malam F.LUX akan membantu menjadikan skrin kita lebih warm/suam. Nak jelas susah, saya letakkan ayat dalam Bahasa Inggeris yang menjelaskan bagaimana ia berfungsi.

  • f.lux fixes this: it makes the color of your computer's display adapt to the time of day, warm at night and like sunlight during the day.
  • It's even possible that you're staying up too late because of your computer. You could use f.lux because it makes you sleep better, or you could just use it just because it makes your computer look better
  • f.lux makes your computer screen look like the room you're in, all the time. When the sun sets, it makes your computer look like your indoor lights. In the morning, it makes things look like sunlight again.
  • Tell f.lux what kind of lighting you have, and where you live. Then forget about it. f.lux will do the rest, automatically.


Berfungsi ke F.LUX?

Masuk kepada tahun 2021, sudah 5 tahun saya memakai aplikasi F.LUX. Bagi saya aplikasi F.LUX ini sememangnya membantu, lebih-lebih lagi apabila saya menghadap skrin terlalu lama ataupun menghadap skrin pada waktu malam. Disebabkan saya seorang sangat gemarkan kepada IT, maka melihat skrin adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun semenjak saya memakai aplikasi F.LUX ini, ia mengurangkan masalah mata berair ataupun kepenatan mata. Malah F.LUX juga mengurangkan cahaya biru (blue light) yang boleh menjejaskan waktu tidur kita pada waktu malam. Apa yang menarik, F.LUX ini berfungsi secara automatik. 

Kurangkan Strain Mata Dengan Aplikasi F.LUX
Paparan skrin dengan F.LUX (kanan) dan tanpa F.LUX (kiri)

F.LUX dan Saintifik

Mengikut kepada kajian, warna cahaya diukur melalui skala CCT (correlated color temperature) terbahagi kepada tiga iaitu:
  • The warm light of 2,500 to 3,000 K will help you relax while reading and rest better after that.
  • The natural light of 4,900 to 6,500 K is the best solution for eyes that allows comfortable work.
  • The cold light of 6,500 K offers an excellent level of brightness and improves overall attention.
Melalui F.LUX kita boleh pilih warna cahaya yang diinginkan selaras dengan mata kita. Malah kita juga boleh memilih tetapan yang telah disediakan oleh F.LUX.

Cara Menggunakan Aplikasi F.LUX

1.Download aplikasi F.LUX. Boleh download disini (khusus untuk Windows)
2. Install aplikasi F.LUX. Boleh pilih untuk restart terus ataupun later.


Kurangkan Strain Mata Dengan Aplikasi F.LUX



3.Masukkan poskod tempat kita berada untuk F.LUX kenalpasti masa dan selaraskan warna paparan skrin mengikut masa. 

Kurangkan Strain Mata Dengan Aplikasi F.LUX


4. Masukkan waktu bangun kita (optional). 

5. Siap. (Boleh juga pilih tetapan yang telah disediakan oleh F.LUX).

Kurangkan Strain Mata Dengan Aplikasi F.LUX

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Lindungi Mata Dengan Aplikasi F.LUX"