Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Tahun 2021)






Alhamdulillah permohonan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi tahun 2021 telah pun dibuka melalui laman web SPP pada 7 Julai 2021. Justeru, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi dalam penulisan kali ini saya akan berkongsi beberapa intipati penting yang terkandung seperti syarat kelayakan, kaedah temuduga dan pengemaskinian dokumen berdasarkan apa yang terkandung dalam laman web mySPP

Syarat Kelayakan

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA). Maknanya disini, keutamaan diberi terlebih dahulu kepada graduan ikhtisas pendidikan tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan. Namun sekiranya bilangan calon yang berjaya dari kalangan graduan pendidikan tidak mencukupi maka permohonan dari kalangan calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan akan dibuka. Jadi disini, usaha dulu, Insya-Allah pasti ada rezeki.

Syarat Lantikan

Untuk syarat lantikan, saya kongsikan disini screenshot syarat lantikan yang khusus untuk Gred DG41.



Opsyen Yang Ditawarkan

a) Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:






b) Opsyen bagi (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:


Pengemaskinian Dokumen

Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam mengikut :

a) Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;
b) Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;
c) Senarai Semak Dokumen Temu Duga. 

Kesemua perkara di atas boleh download disini - Download Disini

Soalan Lazim (FAQ)



Pengalaman Saya Menghadapi SPP 2020

Saya juga ada berkongsi pengalaman saya menghadapi temu duga SPP pada tahun 2020. Boleh baca pengalaman saya disini Pengalaman Temu duga SPP 2020 
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

2 comments for "Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Tahun 2021)"

  1. selamat memohon. pastikan anda bersedia utk menjadi guru dan sanggup memikul tanggungjawab yg berat...

    ReplyDelete