Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Melengkapkan Kursus Google Certified Educator (GCE) Level 1 & Level 2 (Tutorial Penuh)


Kursus Google Certified Educator (GCE) Level 1 &  Level 2
Lengkap dua level


Panduan Melengkapkan Kursus Google Certified Educator (GCE) Level 1 &  Level 2 | Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam melengkapkan kursus Google Certified Educator (GCE) Level 1 dan Level 2 dan seterusnya memperolehi sijil GCE Level 1 dan Level 2. 

Tapi mesti ramai yang tertanya apakah sebenarnya manfaat apabila kita berjaya melengkapkan kursus ini? Yang pertama kita mendapat pelbagai ilmu yang bermanfaat tentang setiap tools yang ada di dalam Google yang boleh digunakan untuk pendidikan. 

Yang kedua melalui kursus ini anda berpeluang untuk menduduki peperikaan GCE. Peperiksaan ini bukan percuma ya, tapi melalui program DCTP, anda berpeluang untuk mendapatkan baucer. Yang terakhir, haa boleh tengok gambar di bawah:


Jadi jangan lepaskan peluang, dan bacalah panduan yang saya sediakan di bawah.


1. Login Akaun DELIMa / Moe
  • Sebelum anda menekan pautan yang disediakan, pastikan anda telah login ke dalam akaun DELIMa bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Masalah seperti di bawah akan timbul sekiranya anda login selain daripada akaun DELIMa. 




2. Klik pada pautan yang disediakan
  • Setelah anda login ke dalam akaun DELIMa, langkah seterusnya adalah pendaftaran melalui pautan yang disediakan - DELIMa Certification Programme.
  • Klik pada Google For Education Certified Educator.
  • Pada halaman utama, baca dahulu 6 langkah yang telah disediakan.



3. Daftar Kursus 
  • Untuk pendaftaran, klik pada tab Daftar Kursus
  • Masukkan maklumat yang diminta, yang penting pastikan anda menggunakan akaun DELIMa yang betul !




4. Kursus GCE bermula!
  • Sebaik selesai mendaftar, maka bermulalah kursus anda. Akan ada 2 Level GCE, mulakan dahulu dengan level 1 dan apabila selesai barulah beralih kepada level 2.
  • Untuk mendapatkan sijil, anda perlu mendapat perfect score (semua betul) dalam semua modul. 
  • Tips - sebaik sahaja anda menyelesaikan 1 modul, jangan lupa untuk view score. Kalau ada jawapan anda yang salah, anda boleh edit response anda, untuk mendapatkan perfect score.
Boleh edit your response :)



5. Semak Status Kursus
  • Selesai menjawab semua modul? Langkah seterusnya adalah semak status kursus dengan cara klik pada tab Semak Status Kursus.
  • Untuk menyemak, pastikan anda masukkan email yang didaftarkan pada langkah pertama tadi.
  • Anda akan menerima sijil apabila kesemua ikon Google Tools menyala/berwarna dan kotak merah bertukar kepada hijau.



6. Menerima Sijil Kursus
  • Apabila anda menerima sijil bagi kedua-dua level maka selesailah kursus anda. Tapi masih lagi belum siap ya.
  • Langkah seterusnya adalah klik pada Ke Jadual Webinar GEG


7. Ikuti Panduan Yang Disediakan
  • Bagi langkah yang seterusnya seperti daftar masuk group, terima pautan, dan bimbingan serta webinar. Cikgu-cikgu boleh lihat kepada panduan yang disediakan.


 Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Panduan Melengkapkan Kursus Google Certified Educator (GCE) Level 1 & Level 2 (Tutorial Penuh)"