Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Positif COVID-19 : Apa Yang Perlu Dibuat?

Pengalaman Positif COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Setelah lama tidak menulis artikel (artikel terakhir adalah pada bulan September), hari ini saya kembali dengan artikel bertajuk Pengalaman Positif COVID-19 : Apa yang perlu dibuat?. Tak dinafikan tiada siapa yang minta untuk terkena virus ini. Tapi kita manusia hanya mampu merancang, segala ketentuan adalah dari-NYA. Saya salah seorang yang ditakdirkan, namun pengalaman menjadi individu positif COVID-19 adalah satu perkara yang berharga dan memberi keinsafan kepada kita untuk sentiasa menghargai nikmat kehidupan yang diberikan.

  • Bagaimana boleh dijangkiti?
Kisahnya bermula pada 2 November 2021, apabila salah seorang housemate saya mula mengalami gejala. Pada mulanya kami semua menganggap ianya demam biasa, tapi disebabkan housemate saya mempunyai hubungan rapat (close contact) dengan individu yang positif, maka kami semua telah membeli kit ujian air liur. Hasil ujian, alhamdulillah saya negatif, tetapi salah seorang housemate kami (yang bergejala) menunjukkan keputusan yang positif (double line timbul pada kit).

Disebabkan tidak yakin dengan keputusan itu, housemate saya telah melakukan Swab Test di klinik swasta (bayar RM90, 15 minit terus dapat keputusan). Keputusan akhirnya keluar dan housemate kami disahkan positif COVID-19, 2 jam sebelum pulang ke kampung (Kit Ujian Air Liur memang betul dan boleh dipercayai). Menyedari risiko yang ada sekiranya pulang, maka kami semua mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung dan melaksanakan kuarantin sendiri di rumah.

Kerana apa kami mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung? Kerana kami telah berada bersama housemate yang positif dalam jangka masa yang panjang (close contact) dan tidak mustahil virus tersebut telah tersebar. Jadi bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Alhamdulillah keputusan yang kami ambil sememangnya tepat, kerana beberapa hari selepas itu, saya bersama housemate yang lain turut positif COVID-19.

Disini saya akan menceritakan pengalaman tentang apa yang perlu dibuat setelah dijangkiti oleh COVID-19. Khususnya apabila mengetahui diri positif melalui Kit Ujian Air Liur. 

  • Mulai bergejala pada 4hb, positif pada 5hb
Sehari selepas housemate disahkan positif, iaitu pada 3 November saya masih lagi sihat dan tidak bergejala. Kit ujian air liur juga menunjukkan keputusan negatif. Namun bermula petang 4 November, saya mula mengalami gejala seperti demam, selsema dan kelesuan badan. Keesokan harinya iaitu 5 November sebaik sahaja solat subuh, kit ujian saliva digunakan dan result yang diperoleh adalah POSITIF!. Setelah menyedari diri ini POSITIF COVID-19, perkara yang perlu dilakukan ialah:

1. Ambil gambar kit tersebut. (Kit yang menunjukkan kita positif). 

Pengalaman Positif COVID-19
Double line pada kit menunjukkan positif


2. Kemaskini di MYSEJAHTERA di bahagian COVID-19 SELF TEST. (Video di bawah).



3. Masukkan segala maklumat yang diminta, kalau diminta untuk masukkan gambar kit, masukkan.

4. Dalam 24 jam, status PROFILE MYSEJAHTERA anda akan berubah, dan anda akan menerima notis HOME SURVEILLANCE ORDER (tarikh kuarantin di rumah).

Pengalaman Positif COVID-19
Status MYSEJAHTERA berubah

Pengalaman Positif COVID-19
Digital HSO


5. Anda juga perlu mengemaskini status kesihatan di dalam MYSEJAHTERA di bahagian Things to do.
Sentiasa kemaskini status kesihatan 


6. Anda  akan menerima panggilan (Robot) dan mesej daripada KKM yang menyatakan untuk pergi ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan. (Sekiranya tidak bergejala, anda tidak perlu untuk ke CAC)

7. Secara ringkasnya, di bawah ini saya sertakan infografik.



  • Gejala mulai teruk pada 5hb dan 6hb
Pada hari saya didapati positif, gejala mulai teruk. Badan semakin lesu sehinggakan dua hari tersebut iaitu 5 dan 6 November saya hanya mampu terbaring, tidak ada tenaga langsung. Deria rasa dan bau mulai hilang pada 6 November. Sah! Ini memang COVID-19, kerana simptom utama COVID adalah hilang deria rasa dan bau. 

Pada 5hb kedua-dua housemate saya telah bertolak CAC, namun akhirnya pulang dengan kehampaan kerana CAC di Dewan Orang Ramai Dengkil telah ditutup. Jadi disini penting untuk anda pastikan terlebih dahulu CAC yang hendak dituju, dibuka. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan CAC boleh lihat disini - https://covid-19.moh.gov.my/hotline

  • Bertolak ke CAC Salak Tinggi pada 7hb
Pada 7 November, kami semua telah bergerak ke CAC Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi (setelah beberapa kali diarahkan melalui mesej). Disebabkan ini adalah kali pertama, kami tak tahu bahawa sangatlah penting untuk pergi ke CAC kerana disana kami akan:
  • Menjalani pemeriksaan kesihatan. 
  • Pemakaian gelang.
  • Diberi surat kuarantin sekiranya kuarantin di rumah. (Surat ini sangat penting khususnya bagi orang yang bekerja, sebagai bukti)
Setelah selesai pemeriksaan, alhamdulillah kami semua dibenarkan kuarantin di rumah kerana kami hanya bergejala ringan. (gejala teruk hanyalah dua hari pertama). Doktor di sana akan menentukan sama ada anda perlu kuarantin di rumah ataupun pusat kuarantin berdasarkan tahap kesihatan dan risiko dari pelbagai aspek.

  • Bermulanya kuarantin sehingga 15hb
Setelah selesai pemeriksaan di CAC, saya telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah sehingga 15 November. Semasa menjalani kuarantin di rumah pelbagai perkara penting perlu diambil kira:
  • Pastikan ubat mencukupi, sekurang-kurangnya panadol. Ubat ini hanya untuk mengurangkan gejala seperti demam, selsema. Ianya bukan untuk COVID-19 kerana sehingga sekarang masih lagi belum ada ubat untuknya.
  • Amalkan makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan lagi imuniti badan. 
  • Saya juga mengamalkan pengambilan Habbatus Sauda. Bagus untuk imuniti badan.
  • Pastikan sentiasa sanitize bilik dan rumah anda dan sentiasa menjaga kebersihan diri. 
  • Pastikan anda juga mempunyai mesin Oximeter untuk mengukur tahap oksigen di dalam badan. Sebab apa? Sebab virus COVID-19 mudah untuk menyerang paru-paru, jadi sentiasalah pantau tahap oksigen di dalam badan. Pastikan tahap oksigen tidak kurang dari 95%.
  • Sentiasa kemaskini tahap kesihatan melalui MYSEJAHTERA dan juga Google Form yang diberikan oleh CAC masing-masing.

Pengalaman Positif COVID-19
Pastikan anda membeli Oximeter yang diakui oleh MDA

Pengalaman Positif COVID-19
Pemeriksaan tahap oksigen setiap hari







Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Pengalaman Positif COVID-19 : Apa Yang Perlu Dibuat?"