Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Laptop Terbaik Tahun 2023 (Berpatutan, Ringan, Laju)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Setelah hampir sebulan saya tidak menulis artikel, hari ini saya kembali dengan artikel bertajuk Laptop Terbaik Tahun 2023 (Berpatutan, Ringan, Laju). Dalam artikel ini, saya akan mengulas tentang sebuah laptop yang telah saya pakai selama 3 bulan. Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang laptop ini, izinkan saya jelaskan kriteria saya dalam memilih laptop iaitu :

  • Harga
  • Prestasi (Performance yang laju untuk pelbagai kerja)
  • Ringan (Mudah untuk dibawa)
  • Bateri (Boleh digunakan lama)
Jadi dalam artikel ini, saya akan berkongsi laptop yang telah saya gunakan sebagai guru dalam pelbagai kerja selama setahun iaitu REALME BOOK. Laptop ini boleh didapati dalam dua versi iaitu i3 dan i5. Ulasan hari ini berkenaan dengan REALME BOOK i3. (Lebih murah tetapi prestasi mantap dan memuaskan ).

Realme Book

Prestasi Mantap, Skrin Cantik & Harga Berpatutan

Spesifikasi yang ditawarkan oleh laptop REALME BOOK i3 adalah seperti di dalam gambar di bawah. Selain itu, Realme Book turut menawarkan  skrin berukuran 14 inci dengan resolusi 2K panel IPS dan kecerahan 400 nits. (Skrin dia memang lawo). Apa yang lebih menarik, pengguna boleh dapatkan REALME BOOK i3 pada harga di bawah RM3000. 

Spesifikasi yang ditawarkan


Bagi saya, spesifikasi yang ditawarkan ini sangat berbaloi khususnya untuk guru-guru ataupun pelajar IPT yang inginkan prestasi yang lancar dalam melaksanakan pelbagai tugasan. (Namun tidak sesuai untuk heavy users seperti gamer dan profesional editor).

Saat artikel ditulis, laptop ini masih lagi berfungsi dengan lancar.  Sebagai seorang guru muda, saya tidak terlepas melakukan pelbagai kerja seperti menghasilkan poster, video dan sebagainya yang berkait dengan teknologi. Namun, dengan adanya REALME BOOK ini, ia sangat membantu dan mengurangkan tekanan kerana tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah lagging dan seumpama dengannya. Terbaik.

Buka tab banyak pun tidak ada masalah


Ringan, Pengecasan Laju & Tahan Lama

Selain mempunyai spesifikasi pertengahan yang mantap, laptop ini juga mempunyai fizikal yang nipis dan ringan, hanya seberat 1.38kg sahaja!. Sangat sesuai untuk dibawa berjalan. Nak bawa pergi kelas pun tidak ada masalah. 



Selain itu, Realme Book ini juga menyokong pengecasan laju (65W Fast charger). Pengecasan  hanya memerlukan sejam sahaja untuk penuh, memang laju! Dahlah pengecasan laju, lepas itu bateri dia pula boleh bertahan lama. Cas 1 jam , tapi boleh pakai sampai 8 sehingga 9 jam. Memang terbaik.

Pengecasan pantas


Dapatkan Realme Book Melalui Pautan di bawah 



Huawei Matebook D15 & Dell Inspiron 15

Selain daripada laptop Realme Book, Saya juga kongsikan dua laptop yang terbaik untuk guru dan pelajar iaitu Huawei Matebook D15 (±RM2500) dan Dell Inspiron 15 (±RM2400).  Antara sebab kenapa laptop ini dipillih adalah:

  • Mempunyai processor yang terkini dan berkuasa.
  • SSD sehingga 256GB. SSD ini memainkan peranan yang penting bagi kelajuan sesebuah laptop.
  • Huawei Matebook D15 mempunyai RAM 8GB, manakala Dell Inspiron RAM 4GB. RAM juga memainkan peranan penting bagi performance laptop. 
  • Saiz skrin yang besar (15.6 Inch)



Lenovo ThinkPad

Satu lagi laptop yang menerima banyak pujian daripada guru-guru adalah Lenovo ThinkPad. Antara aspek utama laptop ini menjadi pilihan guru adalah best value for money dan ketahanan.

Bab kata salah seorang cikgu yang menggunakan laptop ini iaitu Cikgu Soffea Rahim "Tagline Thinkpad ni should be "durable like the Mac, ease of use like the Surface". Best of both worlds"

Antara Lenovo ThinkPad yang menjadi pilihan adalah :
  • Lenovo ThinkPad Yoga 370 (±RM1700)
  • Lenovo ThinkPad Yoga X380 (±RM1900)
Saya juga sertakan beberapa screenshot oleh cikgu-cikgu yang menggunakan Lenovo ThinkPad. Ramai yang berpuas hati. 






Dapatkan Lenovo ThinkPad

Untuk memudahkan cikgu-cikgu mendapatkan laptop ini, saya telah sertakan pautan dibawah.

Nota Kaki (Baca jangan tak baca)

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan juga kajian yang mendalam. Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru yang sudi berkongsi. Pilihan tak banyak sebab nak memudahkan cikgu-cikgu untuk membuat pilihan. :)

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com





Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Laptop Terbaik Tahun 2023 (Berpatutan, Ringan, Laju)"