Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Sebagai Penyelaras TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Kali terakhir saya menulis artikel di blog CikguAime adalah pada bulan April. Kali ini saya hadir dengan satu artikel baru iaitu untuk berkongsi pengalaman apabila saya dilantik menjadi Penyelaras TV Pusat Sumber ataupun Penyelaras TVPSS bagi Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1). Apakah sebenarnya TVPSS? 

TVPSS Malaysia

PENGENALAN TVPSS

TVPSS merupakan satu projek khas Inovasi Pusat Sumber dalam menyokong  PdPc Abad ke-21. Projek ini telah dimulakan di Terengganu pada tahun 2014 oleh SSTP JPN Terengganu dan telah disebarluaskan ke sekolah seluruh Malaysia. 

Kalau saya jelaskan dalam bentuk penulisan mungkin agak kompleks, jadi untuk pemahaman yang lebih mudah tentang TVPSS boleh lihat gambar di bawah:

TVPSS Malaysia


KIT TVPSS KEBANGSAAN

Sekiranya cikgu tiba-tiba dilantik menjadi penyelaras TVPSS, jangan risau. Segala benda berkenaan TVPSS boleh didapati melalui KIT TVPSS yang telah disediakan oleh SSTP JPN Terengganu. Semuanya ada dalam kit ini, boleh tengok di bawah.


PERJALANAN TVPSS SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

Permulaan perjalanan TVPSS sekolah saya bermula pada tahun 2021 apabila adanya punca kuasa (surat) yang menggalakkan semua sekolah di Malaysia mempunyai TV Pusat Sumber (TVPSS) di sekolah. Bermula dari situ, saya telah dilantik menjadi Penyelaras TVPSS bagi SK Putrajaya Presint 5(1). Berikut adalah langkah yang telah saya diambil setelah dilantik:

TVPSS Malaysia
Surat Galakan Pelaksanaan TVPSS

  • Menyertai Telegram TVPSS Malaysia
Langkah pertama saya apabila dilantik menjadi Penyelaras adalah menyertai group telegram yang telah dibina khusus untuk guru TVPSS di Malaysia iaitu Bimbingan TV PSS Malaysia.

TVPSS Malaysia
Telegram Bimbingan TV PSS Malaysia

  • Menghasilkan Kertas Kerja 
Langkah yang seterusnya adalah penghasilan kertas kerja penubuhan TVPSS serta pembangunan studio di sekolah. Kertas kerja ini berjaya dihasilkan berpandukan kepada contoh yang telah dikongsikan dalam telegram Bimbingan TV PSS Malaysia.

Kertas Kerja Studio TVPSS
Kertas Kerja Studio TVPSS

  •  Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Guru
TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1) mempunyai jawatankuasa guru seramai 8 orang. Perkara pertama yang saya laksanakan bersama jawatankuasa guru ini adalah mesyuarat. Melalui mesyuarat ini. perbincangan telah dibuat bagi merangka perjalanan TVPSS yang seterusnya.

Jawatankuasa TVPSS
8 orang guru Jawatankuasa TVPSS

  •  Penciptaan Logo TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)
Setiap TVPSS mesti mempunyai logo yang melambangkan identiti TVPSS itu sendiri. Penghasilan logo TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1) terhasil setelah melalui beberapa fasa idea dan konsep.

Logo TVPSS
Logo TVPSS kami

  •  Pembangunan Media Sosial TVPSS
Salah satu objektif TVPSS adalah menjadi platform untuk murid menonjolkan diri mereka dalam bidang kewartawanan. Maka untuk mencapai objektif ini, media sosial digunakan sebagai tempat mereka menonjolkan bakat mereka. Youtube, Facebook dan Instagram yang khusus bagi TVPSS telah dicipta.

Media sosial khusus untuk TVPSS
Media sosial khusus untuk TVPSS


  •  Pencarian KRU TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)
Pencarian KRU TVPSS telah dibuat pada bulan April 2022. Sekarang TVPSS mempunyai 16 orang kru murid yang terdiri daripada pelbagai tahun.

TVPSS Malaysia
Proses Pencarian Bakat


  •  Pembangunan Studio TVPSS 
Sumbangan serta sokongan daripada PIBG serta Pentadbir membolehkan studio kami dibangunkan secara berperingkat. Bilik tayangan telah diubahsuai menjadi studio TVPSS.

Pembangunan Studio TVPSS
Pembangunan Studio TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)

  •  Latihan Dalam Bidang Media dan Kewartawanan
Latihan dalam bidang media dan kewartawanan seperti rakaman video, audio, pencahayaan suntingan, serta cara berkomunikasi diajar kepada kru TVPSS.

Latihan kepada KRU TVPSS
Latihan kepada KRU TVPSS

  •  Proses Kemenjadian Murid Bermula !
Setelah selesai semua perkara di atas, maka bermulalah proses kemenjadian murid. TVPSS melahirkan murid yang mampu berdiri dengan sendirinya dan mahir dalam penghasilan video kreatif bagi menyampaikan maklumat global kepada semua golongan.

TVPSS Malaysia
Jom ikuti TVPSS sekolah kami

JOM IKUTI TVPSS KAMI !

Itulah serba sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan sepanjang menjadi penyelaras TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1). Mengambil ruang dan peluang yang ada, jom ikuti media sosial kami. 

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

4 comments for "Pengalaman Sebagai Penyelaras TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)"