Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2021)


Tahun 2021 merupakan tahun pertama saya bergelar sebagai seorang pendidik. Tahun pertama yang begitu mencabar dek pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. 

Jadi pada hari ini saya ingin menulis Refleksi untuk tahun 2021 bagi mengimbau sumbangan yang sempat saya berikan sepanjang tahun 2021. Jom baca.


  • Penempatan Pertama di SK Putrajaya Presint 5(1)
Tahun 2021 dimulakan dengan berita manis apabila penantian selama 7 bulan terjawab dengan panggilan penempatan yang pertama. 

Siapa sangka penempatan pertama bagi saya bermula di Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Boleh baca pengalaman penempatan saya di bawah.




Penempatan pertama di Putrajaya!

  • Permulaan laman web cikguaime.com
Pada asalnya blog ini telah dibina bermula tahun 2017 lagi sewaktu saya memulakan pengajian di IPG Kampus Kota Bharu. Dek pelbagai kekangan semasa zaman belajar, blog ini berada dalam keadaan hiatus.

Laman web cikguaime.com berwajah baru

Bermula pada tahun 2021, PdPr semakin rancak kerana pandemik Covid-19, jadi saya terfikir why not saya luangkan masa di rumah dengan menulis artikel yang memberi manfaat kepada semua khususnya dalam niche Pendidikan. Maka disitula bermula perjalanan cikguaime.com.

Sehingga sekarang, laman web CikguAime telah dikunjungi oleh hampir 500,000 pengunjung. Terima kasih semua!
Terima kasih semua pengunjung!

  • Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Setiap apa yang berlaku, adalah ujian dari Allah. Begitu juga dengan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, ada hikmahnya. Salah satunya berlaku kerancakan teknologi dalam pendidikan.

Bermula dengan PKP, pembelajaran banyak berlaku secara maya, kesannya guru mula meneroka teknologi untuk menjadikan PdPc lebih efektif. Saya juga tidak ketinggalan. Antara integrasi teknologi yang saya lakukan (di bawah).

Integrasi Inovasi Malaya Heroes dalam PdPR

Integrasi Powerpoint Interaktif dalam PdPR

Integrasi Canva dalam PdPR

Integrasi Wordwall dalam PdPR
  • Perkongsian Pintar Tentang Teknologi
Selain menggunakan teknologi dalam PdP, saya juga telah dijemput untuk mengadakan perkongsian PINTAR bersama guru-guru. Melalui program ini, saya telah berkongsi cara mengintegrasikan teknologi dalam PdP bersama guru-guru di Malaysia.

Perkongsian Mesra PdPR bersama guru SK Geting

Perkongsian penggunaan Perisian Malaya Heroes bersama guru Putrajaya

Perkongsian penggunaan MyLink bersama guru Putrajaya

  • Pensijilan Guru dalam Pendidikan Digital
Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud:

"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

Berpegang kepada ayat tersebut, saya juga turut menimba ilmu dengan menyertai pelbagai bengkel yang berfokuskan kepada kemahiran teknologi yang dituntut pada era Revolusi Industri 4.0 ini.






  • Anugerah Emas Poster Digital Kajian Tindakan & Anugerah Perak Kajian Tindakan
Tahun pertama penempatan, saya beranikan diri menyertai Pertandingan Kajian Tindakan dan Poster Kajian Tindakan peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Betul lah pepatah mengatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Alhamdulillah saya berjaya mendapat Anugerah Emas dan Anugerah Perak dalam pertandingan tersebut. Satu pencapaian yang sangat baik sebagai pemula dalam dunia pendidikan ini.

Persembahan poster digital

Alhamdulillah anugerah emas untuk poster kajian tindakan

Anugerah Perak kajian tindakan

  • Ketua Kumpulan Inovatif Kreatif  (KIK) 2021
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pentadbir serta rakan guru kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) sekolah bagi tahun 2021.

Perbincangan, perkongsian bersama guru yang lebih berpengalaman memberi banyak ilmu kepada saya Sang Novis dalam dunia Pendidikan. 

Terima kasih kerana beri kepercayaan!

  • Penghasilan Majalah Digital Pertama Sekolah
Majalah Digital pertama untuk sekolah juga berjaya dihasilkan. Terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana memberi kepercayaan kepada saya dan AJK untuk menyiapkan majalah ini. 

Boleh baca perkongsian saya tentang majalah ini di sini Majalah Digital Tahun 6


  • Sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Erti kehebaan pencapaian bukanlah sekadar kepada sijil sahaja, tapi turut merangkumi bagaimana kita memberi impak kepada komuniti yang lebih besar. Oleh itu, saya juga melibatkan diri dalam menjadi sukarelawan.

Bersama cikgu Sukarelawan Imunisasi Covid-19

  • Anugerah Guru Besar (Guru Muda Aktif)
Saya turut menerima pengiktrafan daripada Guru Besar apabila menerima anugerah Guru Besar bagi kategori Guru Muda Aktif. 

Alhamdulillah, yang baik itu datang dari Allah

  • Anugerah Guru Aktif SSDM
Ini antara anugerah yang tak disangka. Hajat di hati nak bantu murid, murid yang baik kita isi dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

Rupanya guru yang aktif mengisi pun dia bagi anugerah. Anugerah Guru Aktif SSDM! Orang bagi kita terima dengan hati yang terbuka.

Terima kasih untuk anugerah ini!

  • Penghasilan Brosur Digital Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Saya juga telah diberi tanggungjawab oleh Unit Peperiksaan Sekolah untuk menghasilkan satu Brosur Digital tentang Pentaksiran Bilik Darjah. Maka terhasillah brosur dibawah.  Alhamdulillah brosur ini telah memberi input kepada guru dan ibu bapa berkenaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)



Begitulah perjalanan saya sepanjang tahun 2021, guru novis yang baru melangkah masuk ke realiti sebenar dunia pendidikan. Nantikan perjalanan saya sepanjang tahun 2022 pula. Terima kasih kerana sudi singgah!

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2021)"