Teka Teki Menarik Untuk Murid-Murid
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Penulisan pada hari ini agak menarik kerana saya ingin berkongsikan teka teki menarik yang boleh digunakan untuk murid-murid di sekolah ataupun anak-anak di rumah.
Teka teki ini sangat sesuai digunakan oleh cikgu khususnya semasa menggantikan kelas (Relief). Sangat santai tetapi menghiburkan murid. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hanim Rosli yang telah berkongsikan teka teki ini. Moga bermanfaat.
1. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam, maka ayam jadi apa?
- Ayam jadi banyak
- Kereta Kabel
3. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai DUA huruf sahaja?
- Udang iaitu U dan G.
4. Tak ada kepala, ada leher ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki.
- Baju
5. Permainan apa yang paling berat sekali?
- Catur sebab kena bawa raja, permaisuri, kuda dan sebagainya.
6. Benda apakah, kepala bujur dan ada satu kaki?
- Raket badminton.
7. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
- Pokok pisang
8. Dia lembu, tapi bukan lembu. Apakah ia?
- Gambar lembu.
9. Ubat ini biasanya berwarna hijau, tetapi tak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
- Ubat nyamuk
10. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
- Uganda
11. Apakah anggota badan buaya yang ada di darat?
- Lidah Buaya
12. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
- Talapia (Tali-rafia)
13. Pokok apakah yang ada jantung?
- Pokok pisang
14. Masa dia hidup dia menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. Apakah ia?
- Lilin semasa sambut hari jadi.
15. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia tinggi sedikit. Benda apakah itu?
- Bantal
16. Buah apakah kalau kita nak makan, kita kena langkah dahulu?
- Buah Dam
17. Bila kita nak ambil susah. Bila kita dah dapat kita buang begitu sahaja. Apakah itu?
- Tahi hidung
18. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
- Kalau angkat dua-dua belah kaki, macam mana dia nak berdiri.
19. Pintu apa yang 10 orang pun tak boleh nak tolak?
- Pintu yang tulis TARIK.
20. Apa dia yang "Jauh dimata, tapi dekat dihati"
- Usus
- Sebab harimau itu hanya GARANG SEKALI sahaja.
Post a Comment for "Teka Teki Menarik Untuk Murid-Murid"