Templat Ringkas Pengurusan Jawatan

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca semua.

Setiap tahun, sebelum bermulanya sesi persekolahan yang baru, perkara yang paling ditunggu oleh guru-guru sudah pasti BUKU PENGURUSAN SEKOLAH.

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan

Sebab apa? Sebab melalui buku pengurusan, guru boleh mengetahui apa jawatan yang mereka dapat serta seberapa banyak jawatan yang digalas. Tunai tetap kami tunaikan walaupun sebanyak butir pasir di pantai. 😂

Bila dah dapat, langkah pertama yang cikgu-cikgu biasa lakukan adalah pindahkan jawatan tersebut sama ada di dalam telefon, ipad, laptop ataupun tulis balik di atas buku nota.

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan

Ada juga yang menunggu surat pelantikan jawatan. Apa sahaja cara yang digunakan tidak ada salahnya. Cuma kali ini saya ingin berkongsi **TEMPLAT RINGKAS PENGURUSAN JAWATAN.**Templat ini saya sediakan di Google Sheet sahaja. Apa yang menarik adalah ia mudah untuk disunting, berbentuk digital, paparan mudah dan cikgu boleh akses bila-bila masa sahaja andai kata cikgu terlupa jawatan cikgu.

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan

Kalau cikgu berminat, cikgu boleh download sahaja melalui TELEGRAM saya. Kalau rasa benda ini renyah, tak mengapa, ikut kepada selera masing-masing. Panduan saya sertakan dibawah:

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan

                  Klik gambar untuk sertai Telegram             

Cara Download/Make A Copy Template

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan

Cara Tambah Jawatan pada Dropdown Menu

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan
Iklan
Iklan
Iklan

Komen

Kongsi pendapat cikgu, atau soalan lain yang berkaitan.

Cikgu Aime

Cikgu Aime

Guru Sekolah Rendah di SK Putrajaya Presint 5(1). Pembina aplikasi pendidikan — e-Rekod, RPH Assist. Suka berkongsi pengalaman dari bilik darjah ke dunia luar.

Lebih lanjut tentang saya →