Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Checklist Lengkap Sebelum Kahwin (Senarai Semak Kahwin)

 



Pernikahan atau perkahwinan merupakan langkah penting dalam hidup, dan untuk memastikan segalanya berjalan lancar, penyediaan sebelum hari bahagia amat penting. 

Bagi mereka yang ingin memastikan bahawa setiap butirannya terjaga, berikut adalah checklist lengkap sebelum kahwin yang boleh membantu meringankan beban persediaan. 

Dari aspek peribadi sehingga logistik, pastikan segala-galanya tersusun dengan baik sebelum melangkah ke landasan berhias. 

Mari kita lihat beberapa perkara yang perlu disemak sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Senarai semak ini hanyalah sebagai panduan sahaja, tidak semestinya semua harus diikuti. Susun ikut kesesuaian majlis anda. 


12+ BULAN sebelum majlis

• Berbincang dengan ibu bapa & bakal suami tentang tarikh nikah.

• Pilih tarikh majlis pihak perempuan & lelaki.

• Bincang berapa ramai jumlah tetamu yang bakal dijemput.

• Senaraikan nama tetamu seperti saudara-mara, kawan-kawan sekolah, universiti, tempat kerja & lain-lain.

• Bincang mas kahwin, jumlah wang hantaran & bilangan dulang hantaran serta balasannya.

• Bincang & senaraikan bajet yang diperlukan.

• Sediakan satu file khas untuk simpan segala resit, dokumen penting & borang berkaitan.

• Survey lokasi majlis yang mash available dengan tarikh yang dipilih.

• Tentukan lokasi akad nikah, majlis pihak perempuan & lelaki. (rumah/dewan/masjid/).

• Bayar booking lokasi majlis perkahwinan.

• Bincang tema / konsep majlis.

• Pergi ke pameran / ekspo pengantin untuk bandingkan harga dari pelbagai vendor.

• Buat survey untuk setiap vendor & pakej perkahwinan seperti katering, pelamin. baju pengantin, jurugambar, jurusolek, dil.

• A Upah wedding planner (jika perlu).

• Rancang tempat tinggal selepas berkahwin.


5 hingga 8 BULAN sebelum majlis (Part 1)

• Hadiri kursus pra-perkahwinan.

• Pilih pengapit, bridesmaids & dulang boys.

• Rancang barangan yang ingin dijadikan sebagai barang hantaran.

• Mula beli barang hantaran.

• Mula buat rawatan facial & spa.

• Bincang rekaan baju majlis nikah & resepsi.

• Tempah tiket flight awal untuk dapat harga murah. (jika majlis di sabah / sawarak)

• Hadir ke butik pengantin untuk pilih baju perkahwinan & ambil ukuran.


5 hingga 8 BULAN sebelum majlis (Part 2)

• Buat ujian saringan HIV di klinik kesihatan. (Sah 3-8 bulan sebelum tarikh nikah).

• Buat pemeriksaan Talasemia. (Digalakkan)

• Berbincang mengenai menu, bil. pax untuk katering serta rancang sesi food sampling.

• Tempah & bayar deposit untuk setiap vendor perkahwinan seperti katering, pelamin, baju pengantin (nikah & sanding). jurugambar, jurusolek, dan lain-lain.

• Beli kain & tempah baju untuk ahli keluarga, bridesmaids & dulang boys.

• Bincang & senaraikan lokasi bulan madu.

• Tempah tiket flight destinasi bulan madu.

• Rancang itinerari & bajet untuk hotel, tiket flight, pengangkutan dan lain-lain.

• Mula jaga makan & jaga kecantikan kulit untuk dapatkan bentuk badan ideal.


4 BULAN sebelum majlis 

• Beli barang hiasan untuk buat dulang hantaran sendiri.

• Tempah / beli doorgift untuk tetamu.

• Pilih & tempah design yang sesuai untuk kad kahwin anda (Kad digital / kad fizikal).

• Rancang aturcara majlis.

• Pergi spa / buat rawatan muka & badan.

• Pihak perempuan perlu pastikan dengan tepat siapa wali & dimana dia berada.

• Mula sediakan dokumen penting untuk permohonan nikah seperti IC wali, surat nikah / surat cerai ibu bapa (pihak perempuan) & sijil kematian wali (Jika perlu).

• Dapatkan nasihat & panduan dari PAID sekiranya pihak perempuan perlu menggunakan wali hakim.

• Semak & pastikan nama anda tidak kena ban sebab ada hutang CCRIS / CTOS.

• Renew / buat passport jika berbulan madu di luar negara.

• Mohon visa perlancongan negara yang dipilih. (Jika perlu).


3 BULAN sebelum majlis 

• Lelaki mula uruskan borang permohonan nikah & dapatkan pengesahan.

• Beli cincin / barang kemas untuk pernikhahan.

• Tempah kek untuk majlis perkahwinan.

• Tempah kereta sewa untuk pengantin.

• Beli hadiah untuk ibu bapa & sesiapa yang terlibat menjayakan majlis.

• Sahkan tempahan bersama vendor perkahwinan seperti jurusolek / pelukis inai / pengacara majlis / DJ / persembahan / jurugambar & juruvideo dan lain-lain.

• Bincang design pelamin, kedudukan meja makan beradab, susun atur meja makan, backdrop,  pintu gerbang, dan lain-lain.

• Serahkan barang hantaran kepada penggubah hantaran. (kecuali makanan)

• Pilih studio / jurugambar untuk gambar pra-perkahwinan.

• Tempah homestay / hotel untuk rombongan sedara mara yang jauh.

• Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah.


2 BULAN sebelum majlis

• Pihak lelaki serah borang nikah yang sudah disahkan kepada pihak perempuan.

• Mohon cuti dari majikan.

• Tulis alamat tetamu pada kad jemputan untuk dipos.

• Pos kad jemputan bagi tetamu yang jauh.

• Tempah bunting / banner / backdrop untuk digantung di lokasi majlis.

• Tempah penanda jalan / penunjuk arah.

• Sahkan menu makan tetamu & menu makan beradab dengan pihak katering.

• Bincang aturcara / flow majlis bersama floor manager / pengacara majlis.

• Bincang pelan layout majlis & bilangan khemah kanopi. (Majlis di kawasan rumah)

• Buat tempahan & bayar booking pakej berbulan madu.


1 BULAN sebelum majlis

• Mengirim kad jemputan bagi tetamu berdekatan.

• Mengirim kad jemputan melalui media sosial. (Whatsapp /Facebook / Instagram)

• Buat rawatan spa & badan.

• Melakukan fitting terakhir baju kahwin berserta aksesori & kasut kahwin.

• Mula bungkus doorgift. (jika perlu)

• Buat pre-wedding photoshoot. (jika perlu)

• Bincang & sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga & bridesmaids.

• Follow up tempahan anda dengan semua vendor yang terlibat.

• Pilih & hubungi saksi untuk jadi saksi nikah.

• Hubungi Pejabat Agama Islam Negeri untuk mengesahkan jurunikah / tok kadi.

• Hubungi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk mengawal trafik lokasi majlis.


2 MINGGU sebelum majlis

• Pastikan semua dokumen berkaitan prosedur pernikahan telah selesai.

• Buat rawatan spa & badan yang terakhir.

• Pastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, ditempah atau disewa.

• Senaraikan lagu kegemaran urituk dimainkan oleh DJ semasa majlis.

• Mencuba kasut kahwin & berlatihmenggayakannya.

• Sahkan semula percutian bulan madu termasuk tiket flight, hotel & itinerari.


1 MINGGU sebelum majlis

• Kumpulkan semua dokumen penting pernikahan dalam satu fail.

• Selesaikan baki bayaran kepada vendor.

• Sahkan semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah samada dah sedia & boleh diambil.

• Pastikan kedua-dua pengapit tidak lupa tarikh majlis anda.

• Sahkan jumlah tetamu yang hadir dan maklumkan pada pihak katering.

• Senaraikan tugasan ahli keluarga semasa hari majlis.


2-3 HARI sebelum majlis

• Pastikan jurunikah & saksi alert dengan tarikh nikah anda.

• Gantung banner, banting & papan tanda penunjuk arah.

• Lakukan raptai & bincang flow majlis.

• Lantik wakil untuk berurusan dengan semua vendor semasa hari majlis.


1 HARI sebelum majlis

• Siapkan hantaran dalam bentuk makanan.

• Berikan info kepada jurugambar / juruvideo tentang orang-orang penting untuk dirakamkan & diambil gambar.

• Berlatih lafaz nikah.

• Pastikan baju pengantin sudah digosok.

• Pastikan segala keperluan majlis yang ditempah sudah tersedia.

• Pastikan pihak khemah pasang khemah mengikut pelan yang dirancang.

• Pakai inai di jari.

• Rehat dan tidur awal. Pastikan cukup tidur.


HARI MAJLIS ANDA

• Bangun awal.

• Pastikan anda ada banyak masa untuk bersiap & makeup.

• Makan sedikit untuk alas perut.

• Bawa dokumen penting pernikahan, cincin nikah, IC & mas kahwin ke lokasi nikah.

• Enjoy the day!! Tarik nafas dalam-dalam, tenang dan doa semoga semuanya dipermudahkan.
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

1 comment for "Checklist Lengkap Sebelum Kahwin (Senarai Semak Kahwin)"