Panduan Projek Seni Visual Sekolah Rendah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk projek seni visual kali ini, murid-murid dikehendaki menghasilkan slaid atau video yang memaparkan lima hasil karya seni mereka. Projek ini bertujuan untuk memupuk kreativiti serta kemahiran teknikal dalam seni visual. Berikut adalah panduan lengkap untuk membantu murid-murid dan ibu bapa memahami dan melaksanakan projek ini dengan baik.
Panduan Lengkap Projek Seni Visual
1. Pilih 5 hasil karya
Murid-murid perlu memilih lima hasil karya seni yang telah dihasilkan sebelum ini. Berikut adalah tema-tema yang perlu dipamerkan:
- Alat Tulis Saya
- Tingkap Damai
- Bersatu Teguh Bercerai Roboh
- Kaktus Khatulistiwa
- Si Cilik Koi
2. Hasilkan Slaid atau Video
Murid-murid boleh memilih untuk menghasilkan slaid atau video untuk mempamerkan hasil karya mereka.
Slaid:
- Gunakan perisian seperti Microsoft PowerPoint, Google Slides, atau Canva.
- Setiap slaid perlu memaparkan satu hasil karya bersama penerangan ringkas.
- Penerangan boleh merangkumi tajuk karya, bahan yang digunakan, harga yang ingin dipasarkan serta teknik yang dipelajari.
Video:
- Gunakan aplikasi seperti Capcut, Windows Movie Maker, atau mana-mana aplikasi suntingan video yang mudah.
- Video perlu memperkenalkan setiap karya satu persatu.
- Pastikan audio dan visual dalam video jelas dan mudah difahami.
3. Hantar Projek
Setelah selesai, murid-murid boleh menghantar slaid atau video melalui Google Form yang telah disediakan di bawah.
4. Tarikh Akhir Penghantaran
Projek perlu dihantar selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2024.
Panduan Tambahan
Contoh projek yang pernah dihasilkan oleh murid-murid sebelum ini boleh dirujuk melalui pautan Canva yang saya kongsikan ini.
Post a Comment for "Panduan Projek Seni Visual Sekolah Rendah"