Telegram untuk Guru: Cara Kumpul & Semak Hasil Karya Murid
Dalam era digital ini, guru semakin memanfaatkan teknologi untuk memudahkan lagi urusan pendidikan. Salah satu aplikasi yang popular ialah Telegram.
Selain digunakan untuk komunikasi, Telegram juga boleh menjadi platform yang sangat berguna untuk mengumpul dan menyemak hasil karya murid khususnya untuk subjek Pendidikan Seni Visual. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara menggunakan Telegram untuk tujuan ini, lengkap dengan tutorial ringkas.
Cetusan idea ini sebenarnya datang dari sahabat saya iaitu Cikgu Soffea Rahim. Beliau yang menjadikan Telegram sebagai alat bantu dalam PBD. Terima kasih Cikgu!
Mengapa Telegram?
Telegram menyediakan pelbagai ciri yang menjadikannya alat yang ideal untuk guru. Antaranya termasuk:
- Channel: Tempat di mana guru boleh berkongsi maklumat, bahan pembelajaran, atau hasil karya murid.
- Group: Platform yang membolehkan interaksi dua hala antara guru dan murid.
- Discussion Feature: Menghubungkan Channel dengan Group supaya murid boleh memberi maklum balas atau berdiskusi mengenai karya yang dikongsi.
Tutorial Cara Kumpul & Semak Hasil Karya Menggunakan Telegram
1. Buat Channel baru:
- Buka aplikasi Telegram dan klik pada ikon pensel di sudut kanan bawah.
- Pilih "New Channel" dan namakan Channel tersebut, contohnya "Karya Murid Tahun 4".
- Masukkan penerangan ringkas mengenai Channel ini dan pilih jenis Channel sama ada Public atau Private.
2. Buat Group baru:
- Kembali ke skrin utama Telegram dan klik pada ikon pensel sekali lagi.
- Pilih "New Group" dan namakan Group, contohnya "Perbincangan Karya Tahun 4".
3. Hubungkan Channel dengan group
- Masuk ke dalam Channel yang telah dicipta, klik pada nama Channel di bahagian atas skrin.
- Pilih "Discussion" dan sambungkan Channel ini dengan Group yang telah anda buat. Ini akan membolehkan setiap kiriman di Channel boleh dibincangkan dalam Group yang dihubungkan.
4. Letakkan gambar dan nama murid di Channel
- Masuk ke dalam Channel yang telah dicipta, muatnaik gambar setiap murid dan pada setiap gambar, letakkan nama mereka.
5. Kongsi pautan Channel kepada ibu bapa dan murid
- Setelah selesai, jangan lupa untuk kongsikan pautan Channel kepada ibu bapa dan murid.
- Pastikan pautan itu telah ditetapkan sebagai Private, untuk pastikan pautan itu hanya dapat diakses oleh ibu bapa dan murid sahaja.
6. Kongsikan karya murid
- Sebagai guru, anda boleh memuat naik karya murid ke dalam Channel. Contohnya, gambar hasil karya atau video pembentangan. Ibu bapa dan murid pun boleh sama-sama muatnaik.
6. Gunakan ruangan komen untuk kemaskini hasil karya serta maklum balas
- Dengan menggunakan fungsi Discussion yang telah dihubungkan, guru, murid atau ibu bapa boleh mengemaskini hasil karya dengan menghantar gambar
- Murid-murid juga boleh memberikan komen atau bertanya soalan mengenai karya yang dikongsikan. Guru juga boleh memberikan maklum balas terus di ruang komen ini.
Post a Comment for "Telegram untuk Guru: Cara Kumpul & Semak Hasil Karya Murid "