Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2023)
Ini adalah penulisan saya berkenaan Pencapaian pada tahun 2023, iaitu tahun ketiga saya berkhidmat sebagai GURU di SK Putrajaya Presint 5(1).
Tulisan ini adalah dokumentasi kepada diri saya dan juga kepada para pembaca di luar sana. Terima kasih sudi hadir!
- TOP 150 #Cikgu Juara Digital (2023)
Percubaan untuk menyertai Pencarian Cikgu Juara Digital bagi tahun 2023 membuahkan hasil apabila resume dan video yang saya hasilkan telah dipilih sebagai pemenang.
Bersama-sama dengan 150 guru hebat dari seluruh Malaysia. Alhamdulillah.
Nama saya ke 112 :) |
- Penghasilan Video Raya Pertama untuk Sekolah (2023)
Inspirasi untuk menghasilkan video raya sekolah tercetus setelah kami melihat pelbagai video raya yang dihasilkan oleh sekolah-sekolah lain.
So, why not kami buat juga? Kelengkapan semua ada, guru yang mahir dalam rakaman dan suntingan pun ada, jadi kita jalan terus!
Alhamdulillah, hasil kerjasama mantap, maka terhasillah video raya pertama SKPP5(1) yang berkualiti dan merupakan video paling banyak VIEWS.
Bukan di Malaysia, tetapi paling banyak views dalam Channel Youtube TVPSS FiveOne. Hehe.
Proses suntingan video raya |
- Hakim Pertandingan Membaca Berita (Pencarian Bakat TVPSS FiveOne)
Nak pilih kru yang berkualiti untuk TVPSS bukan mudah ya. Ada tapisan perlu dilalui, salah satunya melalui pertandingan Membaca Berita di Sekolah.
Dengan cara ini, saya dapat melihat bakat-bakat yang ada pada murid yang boleh dikembangkan lagi.
Tambahan pula sejak nama TVPSS meningkat naik, ramai murid berminat nak masuk, jadi untuk jaga kualiti, tapisan perlu ada!
Hakim membaca berita |
- Pelantikan sebagai CJD Putrajaya (2023)
Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan WP Putrajaya yang telah melantik saya sebagai Cikgu Juara Digital bagi Putrajaya, dek kejayaan di peringkat Kebangsaan.
Terima kasih atas peluang yang diberikan |
- Program Pembangunan Pasukan Pakar (JAUHARI)
Program ini merupakan satu program untuk mewujudkan pasukan pakar jauhari digital dalam kalangan guru. Tugas dan peranan guru adalah sebagai mentor dan pakar rujuk dalam pelbagai kemahiran digital.
Alhamdulillah! Saya salah seorang yang dipilih untuk mengikuti program ini. Pelbagai input berkenaan Digital khususnya Google Workspace berjaya saya perolehi.
Ilmu yang cukup berharga dalam mendepani arus permodenan.
Bersama pasukan pakar Jauhari Digital |
- Persidangan Edufluencers (2023)
- Photoshoot Guru di Sekolah (2023)
Tahun ini photoshoot tak perlu lagi ambil pihak luar. Sebab apa? Sebab guru di sekolah sendiri ada kemahiran dibantu pula dengan kelengkapan yang ada di sekolah.
Hasilnya! |
- Penerbitan Pelbagai Episod TVPSS FiveOne (2023)
Saya turut terlibat secara langsung dalam rakaman pelbagai episod TVPSS sama ada yang berlaku di sekolah ataupun di luar sekolah.
24 Episod pada tahun 2023 |
- Pertandingan TikTok BSTP Semarak Merdeka (2023)
Menyahut cabaran yang diberikan, saya bersama salah seorang kru TVPSS FiveOne iaitu adik Amalin telah menyertai pertandingan BSTP Semarak Merdeka sempena Hari Kebangsaan. Satu pengalaman yang berharga walaupun kami tak menang.
- Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah menjemput saya ke Majlis Pelancaran Laporan Tahunan bagi tahun 2022.
Majlis ini dilancarkan sendiri Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek. Menjadi antara orang pertama yang dapat melihat sendiri Laporan Tahunan ini adalah sesuatu yang sangat berharga.
Sekali sekala bergambar macam VVIP |
- Rakaman Pelbagai Pertandingan (2023)
Selain terlibat dengan rakaman episod untuk TVPSS, saya bersama rakan-rakan yang lain turut terlibat dengan pelbagai rakaman pertandingan secara dalam talian.
Kalau nak tulis dalam artikel ini, rasanya memang panjang. Cukuplah gambar ini sebagai salah satu bukti.
Ini antaranya, nak masukkan semua banyak. |
- Photobooth Hari Kanak-Kanak TVPSS FiveOne (2023)
Melalui TVPSS FiveOne, saya bersama dengan rakan kerja yang lain berjaya merealisasikan IMPIAN untuk membuat Photobooth sendiri (DIY). Penat dan tak berbaloi, sebab kami kenakan harga yang murah sahaja.
Ringkas sahaja |
Ini hasilnya |
- Lawatan ke Karnival #MyDigitalMaker (2023)
Kejayaan menjadi Cikgu Juara Digital turut memberi kelebihan kepada sekolah saya apabila dipilih untuk membawa 40 orang murid ke Karnival #MyDigitalMaker.
Pelbagai teknologi yang menarik tentang Pendidikan Digital dapat diterokai oleh murid saya. Terima kasih MDEC!
Kemain happy! |
- Anugerah Perak Pertandingan Kolokium Putrajaya (2023)
Pada tahu ini saya turut menyertai Pertandingan 3 Minutes Pitching sempena Hari Kolokium Putrajaya.
Alhamdulillah saya berjaya mendapat Anugerah Perak melalui inovasi digital yang saya hasilkan untuk subjek Sejarah iaitu Malaya Heroes.
Bersama Inovasi Malaya Heroes |
Alhamdulillah, Perak pun jadilah |
- Johan Video Terbaik TV PSS Peringkat Negeri (2023)
Alhamdulillah, tahun 2023 adalah tahun yang cukup gemilang buat TVPSS FiveOne apabila berjaya menjadi Johan Video Terbaik TV PSS Peringkat Negeri.
Namun di peringkat Kebangsaan, kami terpaksa akur dengan kehebatan negeri-negeri lain. Namun kami akan bangkit di tahun 2024.
Johan Negeri! |
- Ikon Guru TV PSS Negeri (2023)
Selain menjadi Johan Video TV PSS terbaik, saya turut dinobatkan sebagai Ikon Guru TV PSS peringkat Putrajaya. Nak menang bukan mudah, portfolio harus mantap.
Next! Kita try Johan KEBANGSAAN pula. |
- Jelajah TV PSS Sinar Bestari (2023)
Bermula tahun 2023, Sinar Bestari mula mengadakan Jelajah TV PSS di seluruh semenanjung. Objektif utama adalah berkongsi tentang ilmu kewartawanan kepada murid-murid di seluruh Malaysia.
TVPSS FiveOne turut diberi peluang untuk menyertai Jelajah TV PSS ini yang diadakan di Sekolah Alam Shah (SAS).
Saya bersama kru TVPSS FiveOne |
- Persembahan Drama Hari Kanak-Kanak Sedunia (2023)
Saya berpeluang menelusuri perjalanan pasukan Drama SKPP5(1) di bawah Cikgu Reyysmaan yang telah ditawarkan untuk membuat persembahan di Petrosains sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Terima kasih Petronas, layanan VIP A+++.
Di hadapan Petrosains |
- Photoshoot Graduasi Tahun Enam (2023)
Kualiti yang ada pada gerak kerja TVPSS FiveOne membolehkan kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan Photoshoot Graduasi Tahun Enam.
Banyak kelebihan bila sekolah sendiri yang handle, antaranya dari segi kos dan masa. Murid yang tak hadir pun ada peluang untuk photoshoot hari lain. Yang penting, murah!.
Sebelum photoshoot, bagi taklimat dulu |
- Pertandingan TikTok TNB Jimat Tenaga (2023)
Ini adalah kali pertama dalam penghasilan video, saya TAK TERLIBAT LANGSUNG sebagai pengarah, penulis skrip, jurukamera, juruaudio, penyunting.
Sebab apa? Sebab saya banyak kerja 🤣. Tapi budak-budak ni semangat nak masuk, jadi saya hanya pinjamkan peralatan TVPSS, mereka yang buat semua. 100 peratus!
Tugas cikgu bergambar sahaja! |
- Siaran Langsung Majlis Anugerah Semarak Pendidikan (2023)
Peruntukkan yang diberikan kepada TVPSS FiveOne untuk alatan live streaming digunakan dengan sebaik mungkin.
Alatan padu tambah pula dengan rakan yang hebat memberi banyak kelebihan, Alhamdulillah, kami dapat memberi siaran langsung pada kualiti yang terbaik.
Turunkan ilmu pada kru TVPSS |
- Anugerah Kehadiran 100% ke Sekolah (2023)
Anugerah yang paling tak disangka. Anugerah Khas Guru Hadir 100%.
Ramai tanya, takkan tak pernah sakit? Jatuh sakit tu ada, tapi dia punya timing tu biasanya hari cuti atau hujung minggu.
Bila tiba hari persekolahan, Alhamdulillah dah kembali sembuh. Sakit daripada Allah, kesembuhan juga daripada Allah.
Kalau ikutkan ada juga tak hadir ke sekolah tapi semuanya atas urusan rasmi dan ada surat. CRK pula setakat ini tak ada minta.
Apa-apa pun Pentadbir dah bagi anugerah ini, maka kita terima dengan hati yang terbuka 🫰🏻.
Anugerah paling tak disangka. Terima kasih GB. |
- Pembantu Pelajar Kem Genius Permata Pintar (2023)
Tahun 2023 diakhiri dengan saya telah terpilih untuk menjadi Pembantu Pelajar di Kem Genius Permata Pintar.
Satu pengalaman baru apabila berjaya mengharungi tugas menjadi pengasuh selama dua minggu di Kem ini.
Bakal merindui mereka! |
Sekian sahaja refleksi daripada saya, Cikgu Aiman @ Aime untuk tahun 2023. Kita jumpa lagi pada tahun hadapan untuk refleksi 2024. Bye. Assalamualaikum.
Post a Comment for "Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2023)"