Canva Code: Bina “Sistem Mini” Interaktif Tanpa Coding

Table of Contents

Bayangkan cikgu boleh hasilkan sistem pengurusan tugasan digital hanya dengan satu kod mudah. Dengan Canva Code, guru kini boleh mencipta, mengurus dan berkongsi pelbagai sistem pembelajaran kreatif, sistem tempahan, sistem merekod pembayaran hingga sistem laporan murid tanpa perlu tahu coding yang rumit.

Canva Code:Bina Sistem Mini Interaktif Tanpa Coding
Canva Code:  Bina “Sistem Mini” Interaktif Tanpa Coding

. . .

Apa Itu Canva Code?

Canva Code ialah pembantu AI yang menukar prompt kepada fungsi interaktif, seperti kalkulator, borang ringkas, garis masa, permainan mini, atau kuiz. Ia sebahagian daripada pelancaran AI Canva 2025, direka supaya siapa pun boleh “design + code” dalam satu aliran kerja, kemudian guna semula komponen interaktif itu merentas jenis projek Canva.

Mengapa penting untuk guru?

  • Aktifkan PdP: bahan tidak lagi pasif, murid boleh klik, isi, cuba & teroka.
  • Skalakan idea: satu widget (sistem tempahan bilik khas) boleh dipakai oleh guru-guru di sekolah.
  • Masa tersimpan: bina cepat dengan prompt; ubah gaya & fungsi dengan arahan susulan.
. . .

Cara Guna Canva Code (Langkah Ringkas)

  1. Buka Canva → pilih projek (Website/Presentation/Docs)
  2. Lancarkan Canva AI → pilih “Code for me” untuk mula berbual dengan pembantu kod. Taip prompt seperti:
    • “Bina kalkulator markah: input bilangan item betul, papar peratus & gred.”
    • “Cipta kuiz objektif Sejarah Tahun 5: 5 soalan, feedback betul/salah.”
  3. Uji & Ubah: minta AI tukar label, warna, formula, atau tambah medan input.
  4. Guna dalam reka bentuk: sisipkan widget ke slide, laman, atau dokumen dan teruskan mengajar.
. . .

Contoh “Sistem Mini” Untuk Guru

Sistem Tempahan Bilik

Sebagai contoh saya telah menggunakan Canva Code untuk menghasilkan satu sistem tempahan studio TVPSS yang boleh digunakan oleh semua guru. 

Fungsinya lengkap seperti sistem tempahan yang sebenar. Tapi lagi menarik sebab cikgu-cikgu tak perlu ada kemahiran coding pun boleh buat!


Sistem Semakan Pembayaran

Malah saya juga ada menghasilkan satu sistem yang membolehkan saya merekod pembayaran oleh ibu bapa dan dalam masa yang sama ibu bapa juga boleh melihat segala paparan berkaitan dengan pembayaran yang dibuat oleh mereka.


. . .

Cara Terbaik Tulis Prompt

1. Tulis Prompt yang jelas

Pastikan prompt yang ditulis adalah jelas, straight to the point. AI sangat gemarkan mereka ayat yang memberi arahan bukannya bercerita. Sebagai contoh
Cipta kalkulator markah 100% dengan input betul/salah, papar gred A–E dan mesej motivasi.
Bina kuiz 5 soalan objektif, satu jawapan betul, papar skor akhir.

2. Minta bantuan AI hasilkan Prompt

Nyatakan terus isi penting kepada Canva Code, paling mudah minta tolong ChatGPT hasilkan prompt. Sebagai contoh ada di bawah.

Apa yang dibuat: Widget ringkas untuk book slot masa, semak konflik, dan jana rujukan tempahan.
  • Medan input cadangan:
    • Nama pemohon / kelas
    • Tujuan penggunaan
    • Tarikh
    • Masa mula & masa tamat (validasi: tamat > mula)
    • Pilihan bilik (contoh: “Bilik Mesyuarat / Studio TVPSS / Bilik Khas 1”)
  • Output / Logik:

    • Ringkasan tempahan + ID/Reference (contoh: BK-2025-08-30-003)
    • Amaran jika bertindih (basic check dalam widget: banding masa yang dipilih dengan senarai “slot ditempah” yang cikgu maintain di widget yang sama)
    • Butang “Salin Ringkasan” untuk tampal ke WhatsApp/Telegram
  • Tip praktikal:
    • Untuk rekod jangka panjang, kekalkan senarai tempahan pada satu slide/halaman “Admin” (boleh jadikan jadual kecil) dan rujuk dalam widget sebagai “slot ditempah”.
    • Jika mahu pengesahan, tambah toggle “Diterima / Ditolak” (manual oleh guru)

3. Kawal Prestasi

  • Jangan saratkan satu halaman dengan terlalu banyak widget interaktif. Pastikan setiap apa yang diminta adalah rasional dan sesuai.
  • Uji di telefon murid — pastikan butang & input mudah ditekan.

4. Fikirkan data 

  • Canva Code bagus untuk interaksi segera. Untuk rekod jangka panjang (contoh markah kelas), pertimbangkan guna Canva Sheets untuk carta/analisis visual, atau gabung dengan alatan lain yang menyokong penyimpanan data.
. . .

Soalan Lazim (FAQ) – Ringkas

Adakah Canva Code sama dengan “class code” di Canva Education?
Tidak. “Class code” hanyalah kod jemputan untuk masuk kelas. Canva Code ialah pembina interaktif berkuasa AI.

Perlu tahu coding?
Tidak — konsepnya “no code”, bina dengan prompt dan tambah baik melalui chat.

Perlu tahu coding?
Reka bentuk Canva menyokong smart embed/pautan, dan Canva Code direka “build once, share everywhere” dalam ekosistem Canva (website/docs/presentation). Untuk tanam di laman lain, guna fungsi embed/publish Canva.

. . .

Penutup

Canva Code membuka peluang baharu untuk guru: daripada slide biasa kepada alat interaktif yang meningkatkan penglibatan murid. Mulakan dengan satu sistem dahulu, contohnya kalkulator markah atau kuiz pantas. Uji dalam kelas, kemudian kembangkan mengikut keperluan. Satu prompt, satu sistem mini, terus berfungsi dalam ekosistem Canva

. . .

Telegram Rasmi Cikguaime.com

1 ulasan

Nur 5 September 2025 pada 12:59 PTG Delete
Assalamualaikum cikgu. Boleh terangkan dengan lebih jelas.. Macam mana nak buat sistem semakan pembayaran tu?