About
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Datang diucapkan kepada semua pembaca. Blog Cikgu Aiman pada asalnya telah dibina pada tahun 2017 dengan nama cikgunet21.blogspot.com. Tujuan awal blog ini dicipta sebenarnya adalah untuk berkongsi pengalaman sepanjang menjadi guru pelatih/siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Dalam masa yang sama, berkongsi nota-nota sepanjang bergelar seorang siswa guru di IPG.
Tetapi, kekangan masa, kerja telah membataskan saya untuk mengemaskini blog ini. Setelah empat tahun blog ini ditinggal sepi tanpa sebarang kemaskini, saya agak terkejut apabila melihat sambutan yang cukup memberangsangkan! Khususnya berkenaan Pengalaman dan tips di IPG, begitu juga dengan nota-nota yang saya kongsikan di blog ini. Melihat kepada sambutan yang cukup hebat ini, maka ia telah memberi saya satu semangat untuk meneruskan kembali coretan di blog ini.
Bermula tahun 2021 ini, blog ini akan kembali aktif dengan pelbagai coretan seperti perkongsian pengalaman di IPG (walaupun sudah menamatkan pengajian, memori, semangat untuk berkongsi masih lagi ada), nota - nota pengajian sepanjang berada di IPG (kalau tak hilang), pengalaman di sekolah, inovasi dalam pendidikan, tutorial (pendidikan dan sebagainya) malah saya juga akan menjadikan blog ini sebagai platform pembelajaran kepada anak-anak murid saya khususnya yang berada di SK Putrajaya Presint 5(1).
Doakan cikgu supaya terus istiqamah menjadikan menjadikan platform Blog Cikgu Aiman sebagai satu wadah untuk berkongsi segala benda yang memberi manfaat kepada pembaca. Aaamin.
Yang Benar,
Cikgu Aiman