Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips dan Pengalaman di IPG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya Ahmad Aiman merupakan salah seorang guru pelatih/siswa guru yang telah pun menuntut di IPG Kampus Kota Bharu. Jadi pada hari ini saya nak kongsikan kepada semua pembaca khususnya yang berminat dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengenai SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MEMASUKI IPG. Okay pada hari ini, saya mendapat satu soalan daripada seorang hamba Allah yang ingin sangat melanjutkan pengajian di Institut Perguruan (IPG). Jadi beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada saya, yang mana soalan beliau mungkin juga soalan yang sering bermain di fikiran anda yang ingin memohon IPG. Jadi disini, saya kongsikan beberapa soalan beliau.

Pengalaman semasa Ujian Kecergasan (UKCG)


Pengalaman semasa UKCG ada yang manis, ada yang pahit. Yang manis apabila  dapat bertemu ramai kawan-kawan. Manakala yang pahit pula, untuk ujian UKCG ni, para peserta perlu mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kerana ujian UKCG amatlah memenatkan terutama bagi mereka yang jarang melakukan aktiviti kecergasan seperti senaman. Oleh itu, amatlah digalakkan seminggu sebelum awak datang UKCG, sentiasa bersenam. Kalau boleh sentiasa berjogging pada waktu pagi dan petang, untuk meningkatkan stamina dan ketahanan badan. Kalau awak tak bersedia, memang awal-awal lagi akan layu. Untuk jenis ujian fizikal yg disediakan, awak boleh baca dekat disini. Selain itu, awak juga perlu menghadapi ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Ujian ini dibuat untuk menguji sahsiah guru yang ada di dalam diri kita, sama ada awak mempunyai nilai dan ciri seorang guru ataupun tidak.

Tips Semasa Temuduga IPG

Kalau dari segi berpakaian. Pastikan cara pemakaian awak itu ada ciri-ciri seorang cikgu. Itu sahaja. Jangan pakai baju yg terlalu menonjol, kalau lelaki, senang sahaja. Cuma kena pakai baju berkolar + seluar slack hitam + tie. Susunan sijil itu , susunlah dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat terendah. Saya interview di IPG Mizan dan alhamdulillah interview berakhir dengan baik, tapi saya terpaksa menunggu lama untuk diinterview. Bayangkan datang pada pukul 8.00 pagi, pukul 3 petang, baru saya diinterview (group terakhir). Dia akan panggil seramai 8-9 orang bagi satu setiap satu interview. Kalau dlm iv saya, dia ada 3 test. Yang pertama individu, yg kedua pun secara individu (kena soal), yg ketiga barulah secara berkumpulan. Tips saya semasa iv, apabila bercakap, jangan kita nak memonopoli semua, bagi juga peluang kepada sahabat kita untuk bercakap. Kerana dekat situ, panel penemuduga akan melihat komunikasi dan interaksi, jawapan yang logik, munasabah serta menarik dan yg paling penting nilai timbang rasa semasa bercakap. (Tidak bercakap panjang sehingga lari daripada topik).

Kemudian satu lagi, soalan yg juri paling kerap ditanya oleh panel ialah " mengapa awak nak jadi cikgu? Kerja cikgu ni dahlah susah, gaji pun bukan banyak sangat" itu adalah satu soalan yang memerangkap kebanyakan orang. Dan jawapan yg awak nak bagi janganlah terlalu cliche seperti " saya nak jadi cikgu sebab mak saya pun cikgu" kalau nak bagi jawapan, bagilah jawapan yg lain dari lain . Kalau macam saya, sy bagitahu berpandukan sunnah dan Al-Quran, yang penting jawapan mesti datang ikhlas dari hati. . Dari situ, Insya-Allah panel penemuduga akan nampak kesungguhan dan keikhlasan kita nak jadi cikgu.

Orientasi IPG 

Masa orientasi itu, memang best, cuma kita sebagai batch yang baru masuk, kena pakai baju putih + seluar hitam (untuk lelaki) dan kain hitam (untuk perempuan). Rasa macam masuk ke tingkatan 6. Tapi sekejap sahaja pakai macam tu, biasanya perkara ni atas senior yang moderate program orientasi tu, kalau mereka suruh pakai baju biasa maka bersyukurlah kita (macam saya, senior memang sangat baik, tidak ada paksa-paksa, malah jauh sekali dari aktiviti ragging). Orientasi ni sama saja dengan orientasi Universiti, seminggu sahaja, dan kebanyakan aktiviti yang dibuat adalah untuk mengukuhkan lagi silaturrahim antara satu sama lain serta mengenali fasiliti dan infrastruktur yang ada di IPG.

Sistem Pembelajaran di IPG 

Tahun pertama kita masuk ke IPG, ianya dikenali sebagai PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan). Boleh dikatakan macam asasi lah(setahun sahaja). Selepas tamat tempoh setahun, barulah masuk kepada PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) selama 4 tahun, atau secara mudahnya degree/ijazah perguruan. Habis belajar, kita dah ada degree, tak sama seperti dulu dah.


  Subjek Semasa PPISMP

Dalam semester 1, saya belajar 8 subjek kesemuanya. Antara subjek yg saya belajar ialah GCI1022 (CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA), GEC1033 (English for Effective Communication), GKB1053 (KEMAHIRAN BELAJAR), GKK1043 ( KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI), GSB1012 ( KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA) dan 3 lagi matapelajaran sejarah (sebab kos utama saya adalah sejarah). Manakala untuk semester 2, antara subjek teras yang perlu dipelajari adalah ...

Adakah kita perlu mempelajari subjek lain. Contoh opsyen BM, perlu ke belajar subjek lain seperti Bahasa Inggeris dan lain-lain?  

Kalau semasa PPISMP, walaupun kita ambil subjek BM, kita tidak akan hanya belajar subjek itu sahaja. Subjek lain turut belajar, tapi tidaklah terlalu mendalam dan berfokus, sekadar subjek sampingan sahaja. Dan subjek bahasa Inggeris memang setiap kos akan ada, tetapi hanya semasa PPISMP sahaja. Bila masuk PISMP dia akan fokus kepada subjek yang berkaitan dengan teras/major siswa guru tersebut.

Waktu Pembelajaran di IPG

Ikutkan kepada pengalaman saya, waktu belajar IPG sama sahaja seperti di Universiti tapi pada masa yang sama hampir mirip seperti sekolah. Katanya sebagai latihan kepada siswa guru untuk membiasakan diri apabila berkhidmat di sekolah nanti. Kelas setiap hari, sama seperti sekolah dan kelas bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Kadang-kadang ada semester jadualnya terlalu padat sehingga jam 4.00 petang. Kelas malam juga mungkin ada, sekiranya perlu.


Kiraan Pointer Semasa PPISMP

Ok untuk kiraan pointer, kerja kursus dan peperiksaan akhir tahun semester dikira. Maknanya kedua-duanya penting. Untuk semester 1 PPISMP, saya ada 8 subjek, jadi saya ada 8 assignment kesemuanya. 5 subjek bukan sejarah, assignmentnya dikira 100% sebab tidak ada peperiksaan. Sebaliknya berbeza dengan 3 subjek teras saya iaitu subjek sejarah. Subjek teras ini dia ada assignment dan juga peperiksaan. So be prepared. Yang paling penting, dalam menyediakan assignment, jangan malu-malu untuk bertanyakan lecturer dan senior. Mereka inilah yang paling banyak membantu. ;)

Sebelum, Semasa dan Selepas Masuk IPG
Koleksi kerja kursus sepanjang semester 1 PPISMP. hehe
Emotikon smil.


Artikel ini telah ditulis pada tahun 2016, sekarang penulis telah pun menamatkan pengajian dan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1). Oleh itu, saya memohon maaf sekiranya penulisan di atas sukar dibaca disebabkan oleh susunan ayat yang tidak teratur dan sistematik. Walau bagaimanapun, intipati serta perkongsian ini masih lagi relevan sehingga sekarang (kecuali era pandemik Covid-19).



Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

19 comments for "Tips dan Pengalaman di IPG"

  1. Klau amik kos sejarah , 3 subjek sejarah tu mcm mna ? N contoh assignment mcm kna buat apa ye ?

    ReplyDelete
  2. ppismp ada ambil muet x? kalo saya dah ambil di tmpt lain, adakah saya perlu mengulanginya semula

    ReplyDelete
  3. Nak tanya ni. Mreka directly bgitau keputusan boleh masuk ke ipg ke lepas selesai temuduga tu? Curious ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan u kene check laman pismp ...masuk ic.. surat tawaran akan klur klu dpt...13 june 2018..result kluar

      Delete
  4. Salam, intake ipg selalu brp org utk satu course ?

    ReplyDelete
  5. Salam,result spm sya math A , science A and pd A , agak2nye klau sya mohon ipg kos math bole tak ?

    ReplyDelete
  6. Awk pnye result spm brape aritu utk apply kos sejarah?

    ReplyDelete
  7. Awk pnye result spm brape aritu utk apply kos sejarah?

    ReplyDelete
  8. I've got 4A+ in spm and slah satu subject tu adalah BM..so,boleh tak sya apply utk kos Bahasa Melayu ??

    ReplyDelete
  9. Bila dah dapat masuk tu,boleh tak tukar course ?

    ReplyDelete
  10. masuk ipg ni makan minum sendiri ke atau makan macam duduk di asrama ek

    ReplyDelete
  11. thanks for the info.. saya sama kursus sejarah dan merupakan ppismp 2019. memang benar jadi ppismp ni mmg banyak assingment. dan bukan senang nak imbangkan dari aspek kerja dan kesihatan kita lagi. namun setelah awk bentangkan perkara ni saya rasa lebih bersemangat meneruskan karier ni sbb bila saya tengok balik tak lama pun hanya 2 tahun je subjek byk. saya selalu rasa give up tapi selepas tengok balik, belajar semua ni memang sukar tapi tak mustahil untuk dapat high score in cgpa :) Thanks again. Harap ada lagi penulisan sebegini agar ramai yang berminat menjadi seorang guru. Sebab menjadi guru ni mungkin tidak popular di mata dunia namun akan tersemat di setiap hati pelajar bahawa menjadi seorng guru ini banyak pengorbanan. Saya harap maklum balas anda spy dapat bertanyakan byk lagi berkenaan opsyen sejarah ni since saya pun sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun opsyen sejarah ppismp 2019.Semoga kita sama-sama dapat tamatkan pengajian kita dengan cemerlang

      Delete
  12. assalam nak tanya kalau bahasa inggeris spm dapat E boleh tak mohon ipg?

    ReplyDelete
  13. Result saya untuk spm2019 ni adalah 5A- dan 1A+. Sy sungguh berminat untuk mengambil subjek Sejarah kerana mmg minat tetapi hanya mendapat A- untuk subjek itu. Pada masa yg sama, ibu bapa pursue suruh ambil Seni yg mendapat A+. Sy sgt buntu, tolong sgt sesiapa bagila advice :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dpaat interview untuk Kos apa sekarang? Saya dapat kaunseling , usaha sikit je.

      Delete
  14. good info and nice blog..jd cikgu kan bgus byk pahala...btw akak share ya..kalau ade yg minat program under UPSI-dengan kerjasama Regent international kampus seremban-ada program dip PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..

    Reply

    ReplyDelete
  15. Thank you, this is very usefull. Soalan-soalan lazim yang sering pelajar baru dan pemohon tanya. Saya pun temui jawapan dalam artikel ni.

    ReplyDelete
  16. Boleh saya tahu kalau tredapat tempat yang membolehkan pelajar memasak dalam kampus?

    ReplyDelete