Pengalaman di Institut Pendidikan Guru (IPG) (Versi 2021)
PENGALAMAN DI IPG (2021)
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang setia menjadi pembaca tegar di blog Cikgu Aime ^_^ Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Aime kerana telah memberikan saya peluang keemasan ini untuk menulis sedikit coretan tentang pengalaman saya ketika berada di IPG pada tahun 2021.
Untuk pengetahuan kalian, saya merupakan seorang siswa guru ambilan Jun 2020 dan kini sedang berada di PPISMP Semester 2 dalam opsyen Bahasa Inggeris di IPG Kampus Kota Bharu. Bercerita tentang pengalaman saya sepanjang bergelar seorang siswa guru di IPG, saya boleh katakan bahawa ia satu pengalaman yang sangat bermakna, sangat mencabar dan dalam masa yang sama sangat menyeronokkan untuk dikongsikan. Ini kerana saya pasti pengalaman saya sebagai seorang siswa guru pada zaman pandemik ini merupakan satu pengalaman yang pertama kali dirasakan oleh semua golongan pelajar di mana pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang luar biasa untuk dikongsikan khususnya kepada adik-adik yang bakal bergelar seorang siswa guru di mana-mana kampus yang akan ditempatkan nanti.
ELAUN BULANAN BAGI SISWA GURU
MATA PELAJARAN DI IPG
Seterusnya, saya ingin berkongsikan tentang mata pelajaran yang akan dipelajari sebaiknya anda bergelar seorang siswa guru di IPG. Nasihat awal, janganlah anda semua buang dahulu segala buku-buku rujukan yang digunakan semasa mengambil peperiksaan SPM dahulu. Bukannya apa, saya tidak mahu anda mengulang nasib yang sama seperti saya dan kawan-kawan yang lain😂. Memandangkan pilihan saya untuk ke IPG semuanya adalah berkaitan bidang bahasa, maka setiap buku rujukan ketika saya masih bersekolah dahulu yang berkaitan dengan Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah, dan lain-lain telah saya berikan kepada orang yang lebih memerlukan. Menjadi seorang guru itu bukan bermakna anda hanya mahir tentang bidang subjek anda sahaja, tetapi anda juga perlu memahiri pengetahuan dan ilmu yang meluas dalam menempuh cabaran sebagai seorang guru nanti.
Di IPG, semasa di Semester 1 saya telah mengambil sebanyak
8 kod kursus yang perlu dipelajari. 3 daripadanya adalah subjek major saya
iaitu Bahasa Inggeris manakala 5 yang lain pula berkaitan dengan ilmu dan
pengetahuan lain-lain seperti Kemahiran Belajar (GKB 1053), Cabaran dan Isu
Semasa Dunia (GCI 1022), Kesihatan Diri dan Kecergasan (GKK 1043), Kesantunan
Masyarakat Malaysia (GSB 1012) dan English for Effective Communication (GEC
1033) yang wajib bagi setiap pelajar semester ini untuk ambil. Ini bermaksud walaupun
anda daripada opsyen Bahasa Melayu, Pendidikan Islam atau Pendidikan Khas
sekalipun, tetapi anda perlu juga mengambil 5 subjek yang telah saya nyatakan
di atas. Ketika saya di PPISMP Semester 2 pula, sama juga keseluruhan 8 subjek
yang saya ambil di mana 3 daripadanya adalah subjek major dan 5 daripadanya
pula ialah subjek-subjek lain misalnya Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103),
Statistik Asas (GSA 1072), Wacana Penulisan (GWP 1092), Pengantar Pengajian
Profesional (GPP1063) dan yang terakhir, Pendidikan Islam (GPI 1083) bagi yang
beragama Islam manakala bagi yang bukan Islam, mereka akan mempelajari kod
subjek Pendidikan Moral (GPM 1083).
Semasa pengambilan bagi batch saya diambil pada bulan September 2020
yang lalu, saya berasa agak sedih kerana di IPG Kota Bharu, kami tiada senior
untuk menjadi rujukan bagi setiap permasalahan kami sama ada dari segi akademik
mahupun aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. Ini kerana kesemua daripada
mereka sudahpun tamat belajar. Pada bulan Jun 2020, bulan itu merupakan bulan
terakhir bagi senior kami yang masih menuntut di IPGKKB ketika itu. Kami hanya
sempat berjumpa dengan sekumpulan kecil daripada mereka yang telah banyak
membantu kami sepanjang proses orientasi sebagai pelajar baharu. Walaupun dengan
tempoh yang singkat, namun ilmu yang disampaikan daripada mereka tetap
bermanfaat dan mampu membawa impak yang besar dalam batch kami. Namun begitu,
janganlah risau sekiranya ada di antara kalian yang akan masuk ke IPG Kampus
Kota Bharu pada pengambilan yang seterusnya. Ini kerana untuk masa yang akan
datang, kalian tidak akan menempuh nasib seperti yang batch saya lalui kerana
untuk kemasukan yang terbaharu ini, kami (batch saya) sudahpun menjadi senior
di IPGKKB nanti 😁✌. Inshaa Allah jika ada rezeki kita akan bertemu di
sana nanti ^_^
CARA PEMBELAJARAN DI IPG
Seperti yang kita tahu, akibat daripada pandemik Covid-19, semua pihak menerima
impak yang sama disebabkan keadaan tersebut. Tidak kiralah dari segi
pembelajaran ataupun sebarang aktiviti yang dikendalikan. Semasa saya berada di
PPISMP Semester 1 dahulu, terdapat beberapa kelas fizikal dan kelas atas talian
yang dijalankan. Namun, apabila masuk ke semester yang kedua, semua kelas
adalah dijalankan secara atas talian sahaja. Bagi saya, terdapat kebaikan dan
keburukan di antara kedua-dua jenis kuliah yang diadakan ini. Jika kuliah
segerak dijalankan, ianya mungkin memenatkan sedikit berbanding kuliah atas
talian jika kita lihat dari sudut fizikal. Ini kerana kuliah di IPG
dilaksanakan seawal pukul 7:45 pagi dan berakhir pada pukul 5:30 petang. Tapi
kadangkala ada sahaja hari di mana tempoh kuliah berakhir pada waktu yang lebih
singkat contohnya pada pukul 4:30 petang. Kuliah segerak adalah menyeronokkan
kerana di situlah masanya untuk kita berinteraksi dan membina hubungan sesama para
siswa yang lain, para pensyarah, makcik dan pakcik di cafeteria, kakak koop dan
sebagainya. Sebab apa? Sebab kalau kuliah tidak segerak (online) dijalankan, masa
kita 24 jam hanyalah terikat dengan laptop masing-masing dan hanya turun ke bawah
(untuk beli makan) jika perlu sahaja.
Kuliah yang dijalankan secara atas talian sedikit sebanyak menjadi
penyumbang dan faktor terbesar untuk kita bermalas-malasan dan tidak
berdisiplin dengan masa yang telah ditetapkan untuk setiap kuliah. Ini kerana
jika kuliah segerak dijalankan, siswa guru akan dipantau oleh pensyarah di
dalam bilik kuliah masing-masing. Tapi macam mana pula kalau kelas yang
dilakukan secara atas talian? Dalam kategori ini, kita boleh menjalani kelas
tersebut di mana-mana sahaja tanpa pemantauan daripada sesiapa. Sebab itulah
sebagai seorang siswa, kita sendirilah yang harus peka dan bertanggungjawab
dengan masa sendiri supaya setiap kuliah yang dihadiri secara atas talian itu diikuti
dan setiap tugasan yang diberikan itu disiapkan. Semuanya 100% bergantung
kepada diri kita sendiri dan jika kita malas, maka kita sendirilah yang akan
merasakan bahananya nanti. Tambahan lagi, kelas secara atas talian memerlukan
komitmen untuk kita kekal di hadapan laptop dan telefon bimbit. Pada peringkat
awal boleh ditahan lagi, tapi kalau ia dilakukan setiap hari memang kita akan
merasakan kepenatannya sendiri dari segi fizikal, emosi, serta mental. Tapi tak
mengapa, setiap kejayaan itu kan memerlukan sesuatu pengorbanan untuk kita
capai, betul tak? Jadi mahu atau tak, kita sendiri yang kena selfmotivate diri
kita sendiri supaya terus maju untuk langkah ke hadapan. 😊
Itu jika kita sentuh daripada cara pembelajaran yang dijalankan.
Bagaimana pula dengan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan dalam keadaan kita
berdepan dengan wabak Covid-19 ini? Sama juga, setiap aktiviti yang dijalankan
sama ada perhimpunan, ceramah, kursus, mahupun pertandingan, segala-galanya
dilakukan secara atas talian. Di sini saya sertakan beberapa poster
pertandingan, ceramah, dan program-program yang pernah dijalankan di IPG Kampus
Kota Bharu sepanjang tahun 2021.
AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENARIK DI IPG (2021)
1) Program ini dinamakan sebagai InstaFest 2021. Ia dilaksanakan di bawah anjuran Biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI) JPP IPG Kampus Kota Bharu. Dalam program ini, terdapat 3 aktiviti yang dijalankan di bawahnya iaitu InstaChef, InstaVogue, dan InstaMakeup. Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan keadaan semasa pandemik Covid-19 dan pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam siswi guru bagi mempamerkan kreativiti mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.
2) Dalam setiap kerja kursus yang dibuat, rujukan merupakan sesuatu perkara yang sangat-sangat penting bagi memastikan penggredan kerja kursus kita nanti dikategorikan sebagai penulisan yang berilmiah atau tidak. Cara penulisan rujukan juga bukanlah seperti anda menulisnya mengikut sesuka hati sahaja, tetapi ia juga memerlukan spesifikasi dan cara tertentu dalam menulis gaya penulisan rujukan tersebut. Oleh itu, Biro Akademik JPP IPG Kampus Kota Bharu telah melahirkan satu inisiatif untuk membantu siswa siswi guru menerusi Bengkel Penulisan Rujukan Format Gaya APA yang disampaikan oleh pensyarah dari IPGKKB sendiri.
![]() |
Bengkel penulisan APA Style |
Siapa
kata walaupun kita duduk berjauhan, walaupun kita membuat aktiviti secara atas
talian, tapi kita tak boleh menjalani gaya hidup sihat? Jadi, dengan itu Biro
Sukan dan Rekreasi JPP IPG Kampus Kota Bharu telah bekerjasama dengan para
pensyarah dari kampus ini untuk melaksanakan satu pertandingan Larian Maya
peringkat IPGKKB bagi kategori pensyarah, staf-staf, kategori pelajar PDPP dan
para siswa siswi guru.
![]() |
Virtual Run IPG |
Bersesuaian
dengan bulan Ramadan, Biro Kerohanian dan Disiplin IPG Kampus Kota Bharu telah
menjalankan satu program yang berterusan sepanjang menyambut kedatangan bulan
yang mulia ini. Program tersebut dinamakan ‘Ahlan Wasahlan Ramadan’ dan
terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan di bawah program tersebut antaranya
Ceramah Ambang Ramadan, pertandingan Quiz Ramadan, pertandingan Perfect Notes,
pertandingan Sharing Talk, dan banyak lagi.
Terima kasih diucapkan kepada saudari Nurmaisarah kerana sudi berkongsi pengalaman di blog Cikgu Aime tentang IPG. Diharapkan perkongsian ini memberi satu gambaran tentang IPG. Bagi yang ingin membaca pengalaman saya sendiri, boleh baca di sini.
Post a Comment for "Pengalaman di Institut Pendidikan Guru (IPG) (Versi 2021)"