Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PSV Tahun 4: Bunga Gergasi (Arca Asemblaj)

Assalamualaikum dan Selamat Datang diucapkan kepada semua pembaca.Untuk subjek Pendidikan Seni Visual Tahun 4, bagi minggu 11 dan minggu 12, kita akan mempelajari berkenaan Arca Asemblaj. Yang mana melalui teknik ini, awak semua perlu menghasilkan Bunga Gergasi Hiasan. Bagi memudahkan awak faham dan mendapat gambaran yang jelas berkenaan Arca Asemblaj, cikgu akan menggunakan blog ini sebagai platform untuk menjelaskan 4 perkara iaitu 

  • Apakah itu arca?
  • Apakah teknik yang digunakan dalam menghasilkan arca?
  • Alat dan bahan yang diperlukan.
  • Proses menghasilkan karya Arca Asemblaj Bunga Gergasi.

1. Apakah itu Arca?

ARCA adalah sebuah karya seni halus yang mempunyai bentuk 3 dimensi (3D). Perkataan arca datangnya daripada perkataan Yunani Kuno iaitu "Sculpere" yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya. Arca ini ada banyak jenis seperti :
  • Arca Berfungsi : Arca ini kebiasaanya  boleh digunakan disamping memperlihatkan nilai estetiknya, ataupun nilai keindahannya.
Arca ini berfungsi sebagai kerusi

  • Arca Estetika : Arca ini hanya memaparkan tentang nilai keindahannya sahaja, tidak mempunyai fungsi tertentu, biasanya terdapat di taman,kawasan peranginan dan galeri.
Arca ini hanya dijadikan hiasan semata-mata

  • Arca Asemblaj : hasil cantuman dari bahan-bahan yang terbuang, hasil penggabungan daripada pelbagai bahan sehingga mewujudkan satu struktur dan bentuk baru yang mempunyai makna dan nilai estetik.

Arca ini dibuat menggunakan gabungan pelbagai bahan

2. Apakah teknik yang digunakan?

Bagi murid tahun 4, teknik yang mesti dilaksanakan dalam menghasilkan arca Bunga Gergasi ini adalah teknik arca asemblaj. Melalui teknik ini, murid-murid perlu menghasilkan arca dengan menggunakan gabungan pelbagai bahan, sama ada bahan yang baru ataupun bahan terbuang. Penggunaan bahan akan menentukan kekuatan sesuatu arca. 

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan dalam menghasilkan arca


Bahan cantuman penting untuk mencantumkan bahan dengan bahan lain

3. Apakah alat dan bahan yang diperlukan?

Untuk menghasilkan arca asemblaj Bunga Gergasi, alat dan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Cawan kertas
  • Penutup botol
  • Butang 
  • Mangkuk aluminium
  • Berus keluli
  • Putik kapas
  • Pelekat dua muka
  • Penutup plastik 
  • Gam
Alat dan bahan di atas digunakan bagi menghasilkan bentuk bunga. Penggunaan bahan ini mungkin berbeza bergantung kepada kreativiti guru dan murid. Sebagai contoh, penggunaan alat dan bahan di atas akan menghasilkan bentuk bunga seperti di bawah:




Manakala untuk menghasilkan bahagian tangkai dan daun bunga arca, alat dan bahan yang boleh digunakan adalah seperti :



Penggunaan alat dan bahan ini akan menghasilkan gabungan arca yang lengkap :



4. Proses penghasilan arca asemblaj Bunga Gergasi.

Untuk menghasilkan arca ini, murid boleh rujuk di dalam buku teks mukasurat 36 sehingga 39 atau melihat video di bawah:




Penghasilan arca asemblaj bunga gergasi oleh murid saya





Bunga Gergasi pelbagai bentuk




Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "PSV Tahun 4: Bunga Gergasi (Arca Asemblaj)"