IDME PBD Helper: Memudahkan Guru Mengisi PBD di IDME
Cikgu yang baca post ni mesti faham. Bila tiba musim isi PBD di IDME, sekolah serentak masuk mod silent. Setiap cikgu duduk depan laptop, klik radio button TP satu-satu, taip ulasan murid satu-satu. Kalau kelas 30 orang × 6 mata pelajaran × beberapa kemahiran, anda boleh kira sendiri berapa ratus klik yang cikgu kena buat.
Saya pun cikgu. Saya pun pernah lalui benda yang sama. Jadi saya bangunkan IDME PBD Helper untuk memendekkan kerja yang berulang ni.
Apa Itu IDME PBD Helper
IDME PBD Helper ialah satu Chrome Extension yang bekerja secara automatik dalam sistem IDME KPM. Bila cikgu buka halaman PBD atau UASA, extension ni akan keluar sebagai panel di tepi skrin — siap dengan butang untuk pilih TP, pilih Usaha Murid, dan auto-fill ulasan guru.
Tak perlu klik satu-satu. Tak perlu taip ulasan yang sama berulang kali. Pilih murid, pilih tahap, klik sekali — siap.
Apa Yang Helper Boleh Buat
- Auto pilih Tahap Penguasaan (TP) — pilih TP murid satu kelas dalam beberapa saat
- Auto isi Usaha Murid — boleh set custom Usaha per murid kalau perlu
- Bank Ulasan Guru — koleksi ulasan siap pakai mengikut kategori
- Custom Ulasan — cikgu boleh tulis ulasan sendiri dan simpan dalam bank
- Mode Auto Isi — compute TP automatik dari kemahiran (untuk subjek yang ada banyak kemahiran macam BI/BM)
- Setting Kemahiran — atur kemahiran ikut bidang BI/BM
Semua data murid kekal dalam browser cikgu sendiri. Tiada transmisi ke mana-mana server. IDME PBD Helper hanya bercakap dengan domain moe.gov.my sahaja.
Versi FREE vs PRO
FREE boleh guna selama-lamanya. Cikgu dapat fungsi asas auto-pilih TP, auto-isi Usaha, dan bank ulasan basic.
PRO untuk cikgu yang nak fungsi lanjutan macam custom ulasan unlimited, Mode Auto Isi, dan setting Kemahiran per bidang. Satu lesen PRO boleh digunakan pada 3 device (laptop sekolah, laptop rumah, PC bilik guru).
Cara Install
- Pergi ke Chrome Web Store, search “IDME PBD Helper”
- Klik “Add to Chrome”
- Pin icon extension dekat toolbar Chrome supaya senang akses
- Buka IDME, masuk ke halaman PBD — panel helper akan keluar automatik
Cuba Dulu, Baru Nilai
Saya tak suka cara “limited offer, beli sekarang”. Saya lebih percaya cikgu cuba dulu versi FREE, rasai sendiri sama ada extension ni betul-betul mempercepat kerja cikgu atau tak. Kalau berbaloi, baru upgrade PRO.
Kalau ada cadangan atau bug, terus DM saya. Saya update extension hampir setiap minggu berdasarkan feedback cikgu.