Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Projektor Terbaik Untuk Guru



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam era teknologi ini, penggunaan projektor sudah menjadi satu keperluan dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan mudah dan berkesan kepada murid-murid. 

Penggunaan projektor juga menjimatkan masa dan tenaga kerana guru sudah tidak perlu lagi menulis nota yang panjang pada papan putih yang sudah pasti memakan masa (Salah satu kebaikan). 

Kalau nak dihuraikan kelebihan penggunaan projektor, pasti panjang penulisan ini. Saya yakin guru-guru juga mengetahui kelebihan yang ada, namun ia juga mempunyai kelemahan (semua di dunia tak sempurna). Namun penulisan kali ini berfokus kepada PROJEKTOR TERBAIK UNTUK GURU. 

Tips Memilih Projektor Untuk Guru

1. Kecerahan / ANSI Lumens 
Dalam memilih projektor, ciri utama yang perlu dilihat adalah ANSI lumens yang ada pada projektor tersebut. Semakin tinggi ANSI lumens, semakin cerah cahaya projektor tersebut dan sesuai digunakan di dalam kelas. ANSI Lumens yang dicadangkan adalah 3000 dan ke atas. Jangan terpedaya dengan LUMENS sahaja, pastikan anda convert LUMENS tersebut kepada ANSI LUMENS. 

2. Jenama 
Jenama sangat penting apabila guru hendak membeli projektor. Kadang-kadang ada guru sanggup membeli projektor tanpa melihat jenama kerana inginkan harga yang murah. Jenama yang tidak dikenali biasanya menawarkan Lumens tinggi walaupun pada realitinya tidak. Akibatnya guru mengalami kerugian kerana tidak dapat menggunakannya di dalam kelas. 

Jenama saranan saya adalah EPSON, satu jenama yang tidak asing dengan projektor. Lebih baik guru mengeluarkan modal yang banyak sedikit untuk membeli jenama ini kerana setakat ini jenama EPSON menawarkan projektor yang terbaik!

3. Kepelbagaian Sambungan Port
Carilah projektor yang menawarkan pelbagai sambungan port. Sambungan port yang pelbagai memudahkan guru untuk memadankan projektor tersebut dengan pelbagai jenis laptop, tidak kira jenama lama ataupun baru.

4. Kecil & Mudah Dibawa
Salah satu ciri yang sangat diidamkan oleh guru adalah projektor yang kecil, ringan dan mudah untuk dibawa, lebih indah kalau tidak ada wayar. Ya, projektor ini ada dan digelar sebagai Portable Projector.

Namun dalam mencari projektor ini, guru-guru perlu mengeluarkan modal yang banyak. Padanan antara mudah alih dan lumens yang tinggi adalah satu padanan yang eksklusif. Bagi saya jenama EPSON sudah memadai kerana kebanyakan projektornya tidaklah terlalu berat. 

5. Waranti dan Jangka Hayat Lampu
Semasa membeli projektor, pastikan projektor tersebut mempunyai tempoh waranti! Paling kurang 1 hingga 2 tahun. Jika berlaku apa-apa kerosakan pada projektor yang bukan disebabkan oleh kecuaian, waranti tersebut boleh digunakan. 

Satu lagi yang guru perlu tahu, lampu pada projektor juga mempunyai jangka hayat. Kebiasaanya jangka hayat lampu sekitar 12,000 hingga 15,000 jam.  Bila sampai jangka hayatnya, maka lampu tersebut perlu ditukar, bukan projektor, jangan risau.

Pilihan Projektor Terbaik Untuk Guru

Bagi memudahkan para guru dalam mencari projektor yang menepati kriteria seperti di atas, saya senaraikan pilihan projektor yang boleh guru dapatkan di bawah:

EPSON EB-E10 (RM1379.99)
  • Jika guru inginkan projektor yang berkualiti tapi pada harga yang mampu milik. Inilah projektor yang anda cari selama ini.


EPSON EB-X06 (RM1639.99)


EPSON EB-X51 (RM1728.88)


EPSON EB-1785W (RM3749.00)
  • Ini adalah projektor yang berada di dalam wishlist saya. Selain RINGAN DAN NIPIS projektor ini juga mempunyai fungsi WIRELESS BUILT IN.
  • Bagi guru yang tidak mempunyai masalah dengan harga dan inginkan kualiti yang menakjubkan, inilah projektor pilihan anda!

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com








Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Projektor Terbaik Untuk Guru"