Contoh Ulasan Guru Untuk Pelaporan Murid (Kemaskini 2024)

Table of Contents
Contoh Ulasan PBD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak UPSR dimansuhkan, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah menjadi instrumen utama untuk mengukur tahap pencapaian murid di sekolah. 

Sebagai guru, salah satu tugas utama yang perlu saya laksanakan adalah mengisi rekod serta analisis setiap murid yang saya ajar di dalam templat yang disediakan.

Perkara ini tampak mudah, tapi biasanya saya akan tersekat/terhenti seketika di bahagian ulasan guru. 

Contoh Ulasan PBD
Sampai sini mesti blur sekejap

Namun, saya telah membuat pencarian, dan menjumpai beberapa blog yang telah berkongsikan ulasan PBD yang boleh digunapakai.

Jadi dalam penulisan hari ini, saya gabungkan beberapa contoh ulasan PBD yang telah dikongsikan oleh guru-guru di luar sana. Moga ia memberi manfaat kepada semua guru di Malaysia.

CONTOH ULASAN PBD

Ulasan Bagi Murid Berpencapaian Rendah

  • Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.
  • Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pelajaran  di  dalam kelas.
  • Anda mampu  meningkatkan pencapaian  dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
  • Lemah dalam penguasaan Subjek Sejarah, banyakkan latihan.
  • Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
  • Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas. Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.
  • Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

Ulasan Bagi Murid Berpencapaian Sederhana

  • Keputusan masih ditahap sederhana. Ia memerlukan komitmen daripada anda untuk memperbaiki pencapaian.
  • Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.
  • Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.
  • Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
  • Berpotensi untuk memcatat kejayaan lebih cemerlang. berusahalah untuk lebih berinteraksi di dalam kelas dan tunjukkan potensi anda.

Ulasan Bagi Murid Cemerlang

  • Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan  Usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
  • Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
  • Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
  • Tahniah atas kecemerlangan.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com

7 ulasan

Tanpa Nama 23 Februari 2023 pada 2:05 PTG Delete
Ulasan guru perlu merangkumi 3 komponen iaitu ASK (Attitude, Skill, Knowledge)
Cikgu Aiman 24 Februari 2023 pada 7:01 PTG Delete
Ya itu yang sebaiknya. Terima kasih :)
Tanpa Nama 19 Januari 2024 pada 3:34 PTG Delete
Thanks for sharing this cikgu
Tanpa Nama 9 Disember 2024 pada 5:15 PTG Delete
tq cikgu atas perkongsian.
Tanpa Nama 10 Disember 2024 pada 11:25 PG Delete
terima kasih cikgu'
Cikgu Aiman 10 Disember 2024 pada 4:14 PTG Delete
Sama-sama
Cikgu Aiman 10 Disember 2024 pada 4:14 PTG Delete
Sama-sama