Pengalaman Sebagai Penyelaras TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali terakhir saya menulis artikel di blog CikguAime adalah pada bulan April. Kali ini saya hadir dengan satu artikel baru iaitu untuk berkongsi pengalaman apabila saya dilantik menjadi Penyelaras TV Pusat Sumber ataupun Penyelaras TVPSS bagi Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1). Apakah sebenarnya TVPSS?
PENGENALAN TVPSS
TVPSS merupakan satu projek khas Inovasi Pusat Sumber dalam menyokong PdPc Abad ke-21. Projek ini telah dimulakan di Terengganu pada tahun 2014 oleh SSTP JPN Terengganu dan telah disebarluaskan ke sekolah seluruh Malaysia.
Kalau saya jelaskan dalam bentuk penulisan mungkin agak kompleks, jadi untuk pemahaman yang lebih mudah tentang TVPSS boleh lihat gambar di bawah:
KIT TVPSS KEBANGSAAN
Sekiranya cikgu tiba-tiba dilantik menjadi penyelaras TVPSS, jangan risau. Segala benda berkenaan TVPSS boleh didapati melalui KIT TVPSS yang telah disediakan oleh SSTP JPN Terengganu. Semuanya ada dalam kit ini, boleh tengok di bawah.
PERJALANAN TVPSS SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
Permulaan perjalanan TVPSS sekolah saya bermula pada tahun 2021 apabila adanya punca kuasa (surat) yang menggalakkan semua sekolah di Malaysia mempunyai TV Pusat Sumber (TVPSS) di sekolah. Bermula dari situ, saya telah dilantik menjadi Penyelaras TVPSS bagi SK Putrajaya Presint 5(1). Berikut adalah langkah yang telah saya diambil setelah dilantik:
- Menyertai Telegram TVPSS Malaysia
- Menghasilkan Kertas Kerja
- Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Guru
![]() |
8 orang guru Jawatankuasa TVPSS |
- Penciptaan Logo TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)
- Pembangunan Media Sosial TVPSS
Salah satu objektif TVPSS adalah menjadi platform untuk murid menonjolkan diri mereka dalam bidang kewartawanan. Maka untuk mencapai objektif ini, media sosial digunakan sebagai tempat mereka menonjolkan bakat mereka. Youtube, Facebook dan Instagram yang khusus bagi TVPSS telah dicipta.
- Pencarian KRU TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1)
Pencarian KRU TVPSS telah dibuat pada bulan April 2022. Sekarang TVPSS mempunyai 16 orang kru murid yang terdiri daripada pelbagai tahun.
- Pembangunan Studio TVPSS
![]() |
Pembangunan Studio TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1) |
- Latihan Dalam Bidang Media dan Kewartawanan
- Proses Kemenjadian Murid Bermula !
JOM IKUTI TVPSS KAMI !
Itulah serba sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan sepanjang menjadi penyelaras TVPSS SK Putrajaya Presint 5(1). Mengambil ruang dan peluang yang ada, jom ikuti media sosial kami.
Youtube - Klik sini untuk Follow
Facebook - Klik Sini untuk Follow
Instagram - Klik Sini Untuk Follow
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCikgu boleh email saya.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemohon bantuan untuk group telegram. sekolah saya baru je nak tubuhkan tvpss
ReplyDelete