Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Buat Rumah Hantu di Sekolah

Rumah Hantu ini merupakan tarikan utama, lagi-lagi kalau dibuat di sekolah. 

Confirm, tak menang tangan nak melayan murid-murid yang sanggup beratur panjang untuk masuk ke Rumah Hantu.

Panjang pun sanggup beratur

Jadi artikel pada hari ini, saya nak berkongsi Pengalaman kali pertama kena uruskan Rumah Hantu sempena Hari Kanak-kanak di sekolah.

Kali pertama urus Rumah Hantu

Maklumlah, hasil pencarian di Google, masih belum ada lagi orang berkongsi pengalaman buat Rumah Hantu di sekolah. Jadi inilah masanya jadi orang pertama. Hehe

Susah tak? Jawapannya susah kalau tak pernah buat, tapi bila dah buat, takdelah susah sangat. 


Pastikan bilik yang dipilih luas dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Nak buat rumah hantu, yang pertama kena pastikan bilik atau kelas yang akan dijadikan Rumah Hantu itu luas dan ada pengudaraan yang baik.

Kenapa? Sebab kalau guna bilik yang kecil, murid mudah bosan, masuk dekat pintu utama, tak sampai berapa saat dah habis. 

Pengudaraan pun kena baik, sebab nak bawa watak hantu bukan mudah. Saya yang guna bilik berhawa dingin pun berpeluh.

Ada aircond pun masih berpeluh jadi hantu ni

Lagipun kalau pilih bilik yang kecil, risau juga tiba-tiba ada yang tak cukup nafas. Jadi yang terbaik pilihlah bilik yang bagus pengudaraannya.


Bilik kena betul-betul gelap, baru seram.

Dah nama pun Rumah Hantu, jadi bilik mestilah gelap. Kalau terang, itu bukan Rumah Hantu, itu taman permainan. Happy-happy gitu.

Tengoklah tahap kegelapan bilik ini

Kalau bilik atau kelas dah gelap, oklah, tidak ada masalah. Kalau jadi macam saya macam mana? Dapat bilik yang terang benderang, langsir pun tidak ada.

Jadi apa nak buat kalau dapat situasi macam tu? Tenang, senang aja. Macam kami, kami tutup tingkap/cermin dengan kotak-kotak. Nak pakai benda lain pun tidak ada masalah, ikut kreativiti cikgu.

Proses gelapkan bilik dengan bahan terpakai

Buat pembahagian lorong dalam bilik

Haa, langkah seterusnya jangan lupa buat lorong/partition dalam bilik. Takkan nak bagi rumah hantu jalan lurus jer. 

Macam kami, kami buat tiga bahagian, murid kena lalu semua bahagian tu baru sampai ke pintu keluar.
Pembahagian pakai kain sahaja

Nak buat pembahagian pakai apa? Perancangan utama nak pakai meja saja, tapi tukar kepada kain. Sebab risau ada yang pergi langgar meja sebab takut. Kalau kain oklah sikit.

Barangan hantu boleh beli atau sewa

Nak buat rumah hantu kena sediakan modal yang agak besar. Tapi jangan risau, sambutan rumah hantu tak pernah mengecewakan.

Modal yang dikeluarkan pasti dapat dicover, malah untung pun agak besar. Macam saya,  ada barang yang dibeli dan ada barang yang saya sewa. Modal keseluruhan mencecah hampir RM1,000.

Kalau rumah hantu ini adalah aktiviti tahunan, rasanya berbaloi kalau keluarkan duit untuk beli barang. Boleh digunakan setiap kali nak buat rumah hantu.

Barangan yang kami beli

Untuk sewa, boleh cari sekolah yang pernah buat rumah hantu dan sewa barang dengan mereka. Lebih murah berbanding sewa dengan orang luar. Cikgu bantu cikgu.

Terima kasih SK Taman Tasik pinjamkan barang

Dan satu lagi, kalau nak jimat boleh beli barang dari China, tapi AWAS! Pastikan kalau nak beli, beli awal. Kalau tak, barang tak sempat sampai. Paling kurang sebulan sebelum nak buka rumah hantu.

Padah beli lambat, lepas rumah hantu baru sampai

Ini antara barangan yang saya sempat beli, boleh klik pada gambar untuk pergi ke pautan pembelian.







Rakan sekerja yang bersemangat!

Nak buat rumah hantu kena ada rakan sekerja yang bersemangat, barulah rumah hantu tu berjalan. Sebab selain perlukan modal yang besar, tenaga kerja pun kena banyak juga.

Dalam gelap pun gigih

Tulang utama rumah hantu

Itu kalau cikgu yang kena urus, tapi kalau murid, boleh serahkan kepada mereka. Cikgu kena pandai kawal dan uruskan mereka. Kalau tak haru-biru!

Susunan barangan dan watak hantu mengikut kreativiti

Susunan dan perletakan barangan hantu dan juga siapa yang jadi hantu pun memainkan peranan penting. 
Kegigihan menyusun prop

Jangan pula pergi letak barangan dengan watak hantu kat penjuru yang tak dilalui. Keselamatan pun penting, jangan gunakan barangan yang mudah pecah seperti kaca.

Kalau ada guna meja, pastikan bucu meja telah ditutup. Berdasarkan pengalaman, murid (sekolah rendah) kalau mereka takut, semua benda mereka langgar.  
 

Bunyi/audio pun kena kuat, tambah keseraman

Salah satu aspek penting rumah hantu adalah bunyi. Nak bagi seram, sediakan speaker di mana-mana sudut dan pasanglah audio yang sesuai dengan rumah hantu.

Audio yang saya pasang semasa buat rumah hantu pada hari tersebut ialah bunyi hutan di waktu malam. Itu pun dah cukup seram bagi murid-murid. 

Selain speaker, audio dari TV pun ada

Kawal bilangan murid yang masuk rumah hantu

Satu lagi perkara penting ialah kawalan murid ketika masuk ke dalam rumah hantu. Letakkan had sekali jalan berapa orang.

Yang terbaik ialah 4-5 orang untuk satu kumpulan. Bila mereka dah sampai ke lorong terakhir, barulah bagi kumpulan seterusnya masuk.

Kawalan di pintu masuk

Perkara ni penting supaya tak berlaku kekecohan dalam rumah hantu dan dalam masa yang sama memberikan suasana seram. Kalau ramai sangat masuk, dia jadi tak seram.

Promosi mesti mantap!

Bila buat rumah hantu mesti diselangi dengan promosi. Jangan lupa buat hebahan, penting tahu!

Kan kita syok dok setup rumah hantu, rupa-rupanya murid-murid tak tahu pun ada rumah hantu. Jadi promosi harus mantap!

Poster promosi Rumah Hantu kami

Tentang harga pula, terpulang pada cikgu. Kekadang kita buat bukan nak untung semata-mata tapi lebih nak bagi pengalaman kepada murid. Bukan selalu rumah hantu dibuat di sekolah. Mungkin sekali dalam 3 tahun.

Jadilah bagilah peluang kepada murid untuk mencipta memori semasa berada di sekolah.

Sekian sahaja perkongsian pengalaman saya dalam menguruskan Rumah Hantu di sekolah. Terima kasih kerana sudi membaca, jumpa lagi...

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Pengalaman Buat Rumah Hantu di Sekolah"