Setup Lengkap Bagi Studio Sekolah

Setup Lengkap Bagi Studio Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Artikel ini saya tulis pada tahun 2023, dan kini saya kemas kini sepenuhnya untuk 2026. Banyak yang dah berubah. Ada peralatan dalam senarai lama yang sekarang dah tak berbaloi, dan ada peralatan baru yang jauh lebih murah tetapi berkualiti. Jadi kalau cikgu nak bina studio sekolah dari sifar, ini panduan terkini saya.

Apa yang berubah sejak 2023?

  • Kamera siri Canon EOS M (M200/M50) dah tamat zaman. Canon dah hentikan sistem lens EF-M, jadi kamera ni tiada masa depan untuk upgrade. Saya cadangkan pengganti yang lebih baik di bawah.
  • Mikrofon wireless makin murah. Dulu mic wireless RM30 yang “okay je”. Sekarang ada DJI Mic Mini bermula sekitar RM139, kualiti lain macam langit dengan bumi.
  • Studio sekolah dah mula buat siaran langsung (perhimpunan pagi, berita TVPSS live). Jadi saya tambah satu bahagian baru khas untuk itu.

Nota: Semua harga adalah anggaran sahaja dan berubah ikut promosi Shopee. Klik butang untuk harga terkini.

Pilihan Kamera Untuk Studio

KAMERA PEMULA YANG SESUAI

Macam dulu, kalau bajet belum ada, smartphone sudah memadai. HP zaman sekarang pun dah default 4K. Pastikan ada rakaman 1080p 60fps ke atas, dan letak atas tripod supaya stabil.

Bila dah nak naik taraf ke kamera sebenar, ini dua pilihan terbaik saya untuk 2026:

Sony ZV-E10 (Kit Lens)anggaran sekitar RM2,900

Inilah pilihan paling berbaloi untuk sekolah. Pengganti terbaik untuk Canon M50 yang saya pakai dulu. Rakaman 4K cantik, autofokus laju, dan ada port mikrofon (boleh sambung mic luar). Saiz kecil, mudah murid pegang.

Sony ZV-E10 Kit Lens🛒 Beli di Shopee

Canon EOS R50 (Kit Lens)anggaran sekitar RM3,300

Kalau cikgu dah biasa dengan Canon dan nak kekal, ini pilihan terbaik. Mount RF yang ada masa depan (lawan EF-M yang dah mati), autofokus Canon memang antara terbaik untuk pemula. Sesuai sangat untuk rakaman wajah dan temubual.

Canon EOS R50🛒 Beli di Shopee

Pilihan Mikrofon Yang Berbaloi

MIKROFON PEMULA YANG SESUAI

Video cantik tak guna kalau suara tak jelas. Audio yang bersih memudahkan penonton faham apa yang kita sampaikan. Ini tiga pilihan ikut keperluan.

DJI Mic Minibermula sekitar RM139

Inilah game-changer 2026. Mic wireless yang dulu mahal, sekarang harga ni dah boleh dapat kualiti studio. Bateri sampai 48 jam, jernih, dan senang guna. Paling sesuai untuk temubual atau rakaman wartawan cilik.

DJI Mic Mini🛒 Beli di Shopee

Hollyland Lark M2anggaran sekitar RM399

Kalau nak yang lebih premium dan boleh rakam dua orang serentak, ini pilihan saya. Ringan, kualiti audio tiptop, sesuai untuk podcast atau hos berita dua orang.

Hollyland Lark M2🛒 Beli di Shopee

Comica VM10 Pro (Shotgun)anggaran sekitar RM130

Untuk rakaman program atau pertandingan yang melibatkan ramai orang, shotgun mic adalah pilihan utama. Pasang terus atas kamera, plug and play, dan datang dengan shock mount. Berbaloi untuk harga bawah RM150.

Comica VM10 Pro Shotgun🛒 Beli di Shopee

Set Pencahayaan Studio

SET PENCAHAYAAN YANG SESUAI

Kamera ada, mic ada, seterusnya pencahayaan. Cahaya yang betul buat video nampak lebih kemas dan profesional. Pencahayaan paling asas yang terbaik ialah 3 Point Lighting.

3 Point Lighting

3 Point Lighting

Onsmo TVPSS Live Streaming LED Kit (Lengkap)anggaran sekitar RM700 (ikut pakej)

Kalau nak terus dapat set lengkap khas untuk studio sekolah, ini cadangan saya. Datang dengan lampu LED, stand, dan pemegang telefon. Memang direka untuk setup TVPSS. Agak mahal, tetapi jimat masa dan berbaloi untuk jangka panjang.

Onsmo TVPSS Live Streaming LED Kit🛒 Beli di Shopee

Skrin Hijau Untuk Rakaman

SKRIN HIJAU BAGI STUDIO

Bila sebut studio, mesti ada skrin hijau (greenscreen) untuk tukar latar belakang. Rasanya tak perlu cerita panjang, semua dah tahu fungsinya.

Collapsible Pop-Up Green Screenanggaran sekitar RM120

Saya cadangkan jenis pop-up (collapsible) sebab senang pasang, senang simpan, dan tak makan ruang. Tarik buka terus boleh guna, lipat balik bila habis. Sesuai untuk studio yang ruangnya terhad.

Collapsible Pop-Up Green Screen🛒 Beli di Shopee

Komputer Untuk Suntingan Video

SET KOMPUTER UNTUK SUNTINGAN

Takkan kita rakam letih-letih terus upload tanpa suntingan kan? Semakin tinggi spesifikasi komputer, semakin lancar proses suntingan dan rendering.

Custom Set PC (Ryzen / Intel)anggaran RM2,000–RM3,000 (ikut spec)

Saya cadangkan ambil terus set PC yang dah disusun ikut bajet. Untuk suntingan video sekolah (1080p dan 4K), cari yang ada pemproses Ryzen 5/7, RAM 16GB ke atas, dan SSD. Boleh pilih pakej ikut bajet sekolah.

Custom Set PC untuk suntingan video🛒 Beli di Shopee

Studio Siaran Langsung (Live Streaming)

SETUP BERITA TVPSS SECARA LANGSUNG

Ini bahagian baru untuk 2026. Makin banyak sekolah dah buat perhimpunan pagi atau berita TVPSS secara siaran langsung. Kalau studio cikgu nak naik ke tahap ni, ada dua benda yang sangat membantu:

  • Switcher Siaran Langsung (Blackmagic ATEM Mini) — alat ni membolehkan cikgu tukar antara beberapa kamera secara langsung (macam studio TV sebenar), tambah grafik, dan stream terus ke YouTube atau Google Meet. Boleh rakam salinan ke USB serentak sambil stream. Sangat sesuai untuk berita TVPSS multi-kamera.

  • HDMI Capture Card — kalau cikgu nak guna kamera mirrorless (Sony/Canon di atas) sebagai webcam berkualiti tinggi untuk live atau Google Meet, capture card ni jambatannya. Murah dan kecil, tetapi naikkan kualiti gambar dengan ketara.

Link Shopee untuk bahagian ini akan dikemas kini tidak lama lagi, insyaAllah.

Aksesori Tambahan Studio

AKSESORI TAMBAHAN UNTUK STUDIO

Ini beberapa aksesori tambahan yang berguna untuk melengkapkan studio.

Ulanzi RT02 Teleprompteranggaran sekitar RM150

Teleprompter sangat membantu murid baca skrip. Paparan skrip keluar di hadapan lens, jadi murid nampak macam pandang terus ke kamera. Melancarkan rakaman tanpa perlu menghafal.

Ulanzi RT02 Teleprompter🛒 Beli di Shopee

Ulanzi TT39 Tripod dengan Fluid Headanggaran sekitar RM90

Tripod wajib untuk shot yang stabil. Yang ini ada fluid head, jadi pergerakan pan dan tilt lebih halus dan kemas. Ringan, dan ada clip telefon sekali. Berbaloi.

Ulanzi TT39 Tripod dengan Fluid Head🛒 Beli di Shopee

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com

Iklan
Iklan
Iklan

Komen

Kongsi pendapat cikgu, atau soalan lain yang berkaitan.

Cikgu Aime

Cikgu Aime

Guru Sekolah Rendah di SK Putrajaya Presint 5(1). Pembina aplikasi pendidikan — e-Rekod, RPH Assist. Suka berkongsi pengalaman dari bilik darjah ke dunia luar.

Lebih lanjut tentang saya →