Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FAQ Kem Kepemimpinan SK Putrajaya Presint 5(1)


 FAQ Kem Kepemimpinan SK Putrajaya Presint 5(1)

Kem Kepimpinan

  • Bila dan di mana Kem Kepemimpinan ini akan diadakan?

Kem ini akan dilaksanakan pada 3 hingga 5 November 2023 bertempat di Laman Cikgu, Tanjung Karang, Selangor.

Kem Laman Cikgu 21

  • Berapakan bilangan peserta yang akan mengikuti Kem Kepemimpinan ini?

Setakat ini seramai 86 orang murid SK Putrajaya Presint 5(1) yang terdiri daripada tahun 4 dan tahun 5 menyertai Kem ini.


  • Bila tarikh akhir untuk membuat pembayaran penuh Kem?

Tarikh akhir pembayaran Kem adalah pada 27 Oktober 2023 kerana pihak kami perlu membuat pembayaran penuh kepada pihak Kem pada 28 Oktober 2023.


  • Boleh saya dapatkan Tentatif Penuh Kem ini?

Sudah semestinya! Ibu bapa dan penjaga boleh merujuk Tentatif sepanjang 3 hari 2 malam melalui jadual di bawah. Sebarang perubahan bergantung kepada pihak Konsultan. Boleh klik pada Jadual di bawah untuk lihat dengan lebih jelas.

 

Kem Kepimpinan

  • Adakah saya boleh membuat penukaran saiz baju Kem?

Saiz dan rekaan baju telah dihantar kepada pihak Percetakan pada 16 Oktober dan sebarang perubahan saiz selepas tarikh tersebut TIDAK DIBENARKAN.
Kem Kepimpinan

  • Saya belum membuat apa-apa bayaran dan ingin menarik diri, boleh?

Untuk makluman, pihak kami telah membuat pembayaran deposit kepada pihak Konsultan dan juga Laman Cikgu. Sebarang penarikan diri akan memberi kesan kepada kami. Jadi diharapkan tiada yang menarik diri di saat akhir.


  • Apakah barang keperluan yang perlu dibawa oleh para peserta?

Barang keperluan yang perlu dibawa seperti tertera di bawah:

 


  • Bas akan bergerak/bertolak pukul berapa pada 3 November ini?

Berdasarkan info semasa, bas akan mula bergerak pada jam 12.30 tengah hari. Pada hari kejadian, murid yang terlibat dengan Kem ini diberi pelepasan awal untuk keluar kelas pada jam 11.45 pagi. Murid akan terus bergerak ke bilik JQAF untuk mengambil bagasi dan terus ke Kantin untuk makan dan minum sebelum bergerak.

  • Adakah telefon boleh dibawa ke Kem ini?

Tiada larangan untuk membawa telefon, namun atas tanggungjawab sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. Semasa di Kem, telefon perlu diserahkan kepada pihak Konsultan. (Boleh rujuk tentatif atas).

  • Apakah pakaian yang perlu murid pakai pada 3 November?

Murid boleh terus memakai pakaian Tshirt Kem yang telah diagihkan dari pagi Jumaat. Murid perempuan perlu memakai tudung sekolah. Tudung hitam hanya boleh dipakai selepas pukul 12.00 tengah hari.

 

  • Macam mana dengan bag sekolah anak?

Pihak kami akan menyediakan ruang letak bag sekolah di bilik JQAF. Bag sekolah boleh ditinggalkan disitu dan diambil kembali pada hari Ahad (sebaik sahaja sampai di sekolah).


  • Saya tengok ada aktiviti yang melibatkan air, pakaian dan kasut macam mana ya?

Para peserta digalakan untuk membawa kasut dan pakaian extra yang sesuai dengan aktiviti air.

 FAQ ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana membaca. 

 

 

 

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

1 comment for "FAQ Kem Kepemimpinan SK Putrajaya Presint 5(1)"