Setup Photoshoot di Sekolah
Setup Photoshoot di Sekolah Menggunakan 3 Point Lighting
Menghasilkan gambar berkualiti tinggi tidak lagi terhad kepada studio profesional. Dengan sedikit kreativiti dan peralatan yang betul, sesi photoshoot di sekolah juga mampu mencapai hasil yang memukau. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menyediakan setup photoshoot di sekolah menggunakan teknik 3 Point Lighting serta peralatan yang digunakan.
Apa itu 3 Point Lighting?
Teknik 3 Point Lighting merupakan asas pencahayaan dalam fotografi dan videografi. Teknik ini terdiri daripada:
Key Light - Sumber cahaya utama untuk menerangi subjek.
Fill Light - Mengurangkan bayangan yang dihasilkan oleh Key Light.
Back Light - Memberikan dimensi kepada subjek dengan memisahkannya dari latar belakang.
Dengan kombinasi ini, guru boleh mencipta suasana pencahayaan yang profesional untuk pelbagai sesi fotografi, seperti potret pelajar, foto majalah sekolah, atau sesi dokumentasi acara.
Peralatan yang Saya Gunakan
Berikut adalah peralatan utama yang digunakan untuk setup ini. Semua peralatan ini dipilih berdasarkan kuliti, kecekapan, dan nilai untuk wang:
1. Backdrop Muslin 3m x 6m
Backdrop Muslin bersaiz 3m x 6m (Light Grey) adalah pilihan terbaik untuk memberikan latar belakang neutral. Warna light grey ini sangat fleksibel dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tema. Ia juga foldable, memudahkan penyimpanan dan pengangkutan.
Dapatkan di sini: Backdrop Muslin Light Grey
2. ONSMO GOLIVE 360 LED Softbox Kit
ONSmo GOLIVE 360 LED Softbox Kit adalah peralatan penting untuk Fill Light dan Back Light. Dengan dimensi 50x70cm, ia memberikan pencahayaan lembut yang sesuai untuk wajah subjek. Dua lampu ini digunakan untuk mengisi bayangan dan memberikan pencahayaan latar yang memukau.
Dapatkan di sini: ONSmo GOLIVE 360 LED Softbox Kit
3. Godox TT600 Speedlite Flash
Godox TT600 adalah flash tambahan yang sangat berguna untuk menghasilkan cahaya Key Light. Digabungkan dengan softbox, ia memberikan pencahayaan utama yang fokus dan profesional.
Dapatkan di sini: Godox TT600 Speedlite Flash
4. Godox S2 Speedlite Bracket
Bracket ini membolehkan flash dipasang dengan mudah pada light stand. Rekaan yang stabil memastikan peralatan anda selamat digunakan.
Dapatkan di sini: Godox S2 Speedlite Bracket
5. Godox Parabolic Umbrella UB-105W
Payung parabolic bersaiz 105cm ini digunakan sebagai diffuser cahaya untuk memastikan pencahayaan lebih lembut dan rata. Dengan diffuser tambahan, ia menghasilkan efek cahaya yang sempurna.
Dapatkan di sini: Godox Parabolic Umbrella UB-105W
6. Kamera Sony Alpha a6400 (Kit Lens Tak payah ambil)
Kamera ini adalah pilihan terbaik untuk sesi photoshoot di sekolah. Ia dilengkapi dengan sensor APS-C 24.2MP. Lens digalakkan untuk ambil prime lens atau zoom lens.
Dapatkan di sini: Sony Alpha a6400
7. Sony FE 50mm F/1.8 Lens
Lensa prime ini memberikan bokeh yang cantik, menjadikannya sesuai untuk potret subjek dengan latar belakang kabur yang artistik.
Dapatkan di sini: Sony FE 50mm F/1.8 Lens
Cara Setup Photoshoot di Sekolah
Persediaan Lokasi
Pilih ruang yang lapang dan bebas daripada gangguan. Sebagai contoh, saya jadikan Studio TVPSS sekolah saya sebagai tempat untuk photoshoot.
Pasang backdrop muslin pada tempat yang sesuai. Pastikan juga anda membeli stand yang betul-betul kuat dan kukuh.
Pemasangan Pencahayaan
Key Light: Gunakan Godox TT600 Speedlite Flash dengan softbox untuk memberikan pencahayaan utama yang fokus.
Fill Light: Gunakan salah satu lampu ONSMO untuk mengisi bayangan yang dihasilkan oleh Key Light. Letakkan di sudut bertentangan dengan Key Light pada sudut 45 darjah daripada subjek.
Back Light: Gunakan lampu ONSMO kedua di belakang subjek, sedikit lebih tinggi, untuk menghasilkan cahaya rim yang membantu memisahkan subjek dari latar belakang.
Pengujian Kamera
Gunakan kamera Sony a6400 dan uji tetapan aperture, ISO, dan shutter speed untuk mendapatkan pencahayaan yang seimbang.
Mulakan Photoshoot
Ambil beberapa shot percubaan untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Arahkan subjek untuk mendapatkan pose yang menarik dan sesuai dengan tema.
Tak jelas? Saya sediakan video
@tvpssfiveone Setup ringkas untuk photoshoot di sekolah. #bukanpro #tvpss ♬ original sound - TVPSS FiveOne
Tips Tambahan untuk Hasil Maksimum
Gunakan tripod untuk memastikan kamera stabil.
Manfaatkan fungsi autofocus pada kamera Sony a6400 untuk menangkap momen dengan tepat.
Tambahkan elemen kreatif seperti prop untuk menjadikan gambar lebih menarik.
Dengan setup ini, anda boleh menghasilkan gambar berkualiti tinggi di sekolah tanpa perlu bergantung kepada studio profesional. Cubalah sendiri dan lihat hasilnya! 😊
Post a Comment for "Setup Photoshoot di Sekolah"