Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Memohon Kuarters Kerajaan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya merupakan guru yang baru sahaja dipostingkan di Putrajaya. Sebuah wilayah yang penuh dengan kuarters kerajaan. Jadi pada hari ini saya akan berkongsi cara memohon kuarters kerajaan bagi penjawat awam. Panduan memohon kuarters kerajaan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya yang telah memohon kuarters kerajaan, secara atas talian melalui platform yang disediakan. Hanya perlu mohon dan tunggu. Permohonan sudah diluluskan dan sekarang hanya menunggu giliran sahaja. Ini baru permohonan, bukan lagi menduduki ya, risau ada yang salah faham. Ikuti cara/panduan memohon kuarters kerajaan di bawah:


Dapatkan Nombor Gaji

Sebelum memohon kuarters kerajaan, langkah yang pertama adalah mendapatkan nombor gaji. Selagi anda tidak mempunyai nombor gaji, selagi itulah anda tidak boleh memohon kuarters kerajaan. Nombor gaji boleh didapati pada slip gaji. Biasanya sebelum gaji pertama, slip gaji sudah dikeluarkan, paling kurang satu hingga dua bulan selepas dipostingkan. Untuk bahagian ini, anda boleh bertanyakan kepada kerani sekolah.

Daftar Permohonan Melalui Portal SBBPH

Apabila sudah menerima nombor gaji, barulah anda boleh memohon kuarters kerajaan melalui portal yang telah disediakan iaitu https://sbbph.bph.gov.my/

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Pergi ke portal SBBPH


Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Isi maklumat dan daftar

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Pendaftaran berjaya

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Maklumat seperti username dan password dihantar ke email

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Login ke dalam SBBPH dan klik permohonan kuarters

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Isi maklumat dan semak kelayakan

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Jika layak, sila isi maklumat peribadi

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Maklumat pekerjaan

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Akhir sekali hantar permohonan

Uploading: 79352 of 79352 bytes uploaded.

Permohonan Diluluskan, Tunggu Giliran

Apabila permohonan anda diluluskan, anda hanya perlu menunggu giliran. Giliran senarai menunggu boleh dilihat di dalam portal SBBPH

Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Nampak gaya 4-5 tahun lagi baru dapat kuarters. Hahaha































Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

9 comments for "Cara Memohon Kuarters Kerajaan"

  1. Dah dpt ke tuan ? Ke masih menunggu

    ReplyDelete
  2. macam mana nak mohon dua gred sekali gus?

    ReplyDelete
  3. hai nak tanya, jika no giliran menunggu 3 ribu lebih kemungkinan kena tunggu berapa lama ye?
    dan adakah salah satu syarat kelayakan pemohon atau pasangan pemohon tidak boleh mempunyai rumah sendiri ?

    jika pasangan pemohon sudah ada rumah sendiri?

    ReplyDelete
  4. Kuarters kerajaan ni hanya utk 1 jabatan saja ka campur2

    ReplyDelete
  5. Tak semua negeri. Mcm saya pulau pinang takde

    ReplyDelete