Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2022)
Jika sebelum ini saya telah kongsikan refleksi pada tahun 2021.
Kali ini, walaupun tahun 2022 belum menuju penamatnya, saya tetap nak kongsikan refleksi untuk tahun ini.
- Pelantikan Sebagai Penyelaras TVPSS Sekolah
Tahun 2022 dimulakan dengan pelantikan saya sebagai Penyelaras TVPSS di sekolah. Boleh baca perkongsian pengalaman saya sebagai penyelaras TVPSS disini.
- Pembangunan Studio dan Media Sosial TVPSS
Antara perkara yang saya laksanakan sebaik sahaja dilantik sebagai Penyelaras TVPSS bersama rakan guru yang lain adalah membangunkan studio TVPSS.
Sehingga kini, studio ini telah menjadi platform utama kemenjadian murid.
Selain itu kami juga telah mencipta media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube bagi memastikan apa yang dihasilkan ini datang daripada murid, impaknya juga kepada murid.
- Aktif dalam Rakaman dan Suntingan Pelbagai Video di Sekolah
Saya juga aktif dalam membuat rakaman serta suntingan video yang melibatkan murid di sekolah. Eh lupa, bukan saya saya yang sunting, kita turut ajar murid untuk sunting bersama. Dan hasilnya, tadaaa (tengok gambar bawah)
Antara yang paling tidak dapat dilupakan adalah temu bual bersama YB Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin. Bukan sekali, tapi dua kali!
Cikgu pun nak bergambar sekali |
Selain itu, kami juga terlibat dengan liputan program bertaraf antarabangsa iaitu World Association of Lesson Studies (WALS)
Peluang yang diberi, mana mungkin dilepaskan. Inilah peluang untuk murid merasai peluang interview bertaraf antarabangsa.
Walapun bukan saya yang menemu bual, tetapi tetap gembira apabila murid yang kita latih, daripada seorang yang pemalu akhirnya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bercakap.
Bravo!
- Naib Johan Video Terbaik TVPSS Peringkat WP Putrajaya
Siapa sangka, baru bertapak dalam dunia TVPSS, untuk penyertaan pertama, kami dah menghantar tiga video untuk dua kategori.
Dan ALHAMDULILLAH, kami berjaya menjadi Naib Johan bagi kategori video terbaik TVPSS Peringkat WP Putrajaya.
Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat. Tanpa kerjasama anda semua, tiadalah semua ini.
- Terpilih Sebagai Edufluencers 2.0 KPM
Pencapaian yang tidak mungkin dilupakan adalah apabila terpilih sebagai Edufluencers KPM.
Siapa sangka video yang dihasilkan pada saat akhir terpilih antara ribuan penyertaan. Kalau nak tengok video saya hasilkan, klik saja link di bawah.
Edufluencers (Pempengaruh Pendidikan) 2.0 ini saya memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan 150 orang guru yang hebat di Malaysia.
Pencapaian yang mereka kecapi, sumbangan yang mereka berikan dalam dunia pendidikan, menjadi sumber inspirasi kepada diri ini. Terima kasih rakan Edufluencers.
Kamilah Edufluencers! 181 guru hebat di Malaysia |
- Jurulatih Bola Baling & Pengurus Pasukan Olahraga peringkat MSSM 2022
Pada tahun ini, saya juga telah dilantik sebagai jurulatih bola baling sekolah. Pencapaian terbaik kami adalah berjaya mara ke suku akhir peringkat MSSWP.
Malah 5 orang murid kami juga telah terpilih untuk mewakili Putrajaya dalam bola baling bagi peringkat MSSM.
Saya juga telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan Olahraga Putrajaya pada peringkat MSSM 2022.
- Penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Kalau baca subheading atas, mungkin rasa macam biasa sahaja. Semua cikgu hasilkan BBM, cikgu dengan BBM berpisah tiada.
Biasa ke tak, saya tetap nak berkongsi sebab BBM kali ini bukan biasa-biasa. Ia berdasarkan silibus baru dan BBM ini murid sendiri yang buat.
Jadi saya dengan ini persembahkan BBM pertama kami, tadaaa.... Video tutorial Seni Visual
Video pertama untuk silibus baru. |
- Google For Education Certified Educator Level 1
Kalau perasan, pada tahun lepas saya ada menulis satu artikel berkenaan Panduan Melengkapkan Kursus Google Certified Educator Level 1 dan 2.
Rupa-rupanya kursus itu hanyalah DELIMA Certified Training Programme (DCTP), program persediaan sebelum menghadapi ujian GCE yang sebenar.
Saya dengan yakin merasakan saya sudah mempunyai sijil GCE Level 1 dan 2, namun sangkaanku ternyata meleset.
Tapi pada tahun ini saya telah diberi peluang untuk mengambil ujian GCE yang sebenar dan alhamdulillah telah diktiraf sebagai GCE Level 1.
GCE Level 1 siap! |
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Emkay dan Cikgu Ina yang banyak membantu saya dalam menghadapi peperiksaan GCE ini.
- Pengiktirafan Kepakaran oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Mendapat pengiktirafan kepakaran oleh Jabatan Pendidikan adalah satu penghormatan, satu penghargaan yang cukup besar buat diri ini.
Pengiktirafan yang diberi bukanlah tiket untuk menaikkan nama, tapi ia satu tanggungjawab yang akan digalas dengan sebaik mungkin.
- Anugerah Emas Virtual Innovation Competition 3rd Edition (2022)
Satu lagi pencapaian membanggakan pada tahun ini adalah Inovasi Malaya Heroes yang saya hasilkan telah mendapat anugerah emas dalam pertandingan VIC2022.
Alhamdulillah |
- Terpilih sebagai Resident Assistant (RA) di Pusat Permata Pintar Negara
Tahun 2022 saya diakhiri dengan dilantik sebagai Resident Assistant (RA) bagi Program Pengayaan Cuti Sekolah Permata Pintar.
Melalui program ini saya telah diberi tanggungjawab untuk menjaga anak-anak permata pintar yang terpilih ini selama dua minggu. Anak-anak ini bukan biasa-biasa tahu, semua mereka yang terpilih ini IQnya melebihi 130.
Walaupun agak mencabar pada permulaan, tapi bila dah lama bersama mereka, sedih pula nak berpisah di akhir program :(. Abang doakan yang terbaik untuk anak-anak di bawah abang iaitu Kos Matematik Kewangan dan Penaakulan Mantik.
Telegram Channel CikguAime Dot Com
Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com
Post a Comment for "Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2022)"