Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Majalah Tahun 6 (Majalah Digital)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam menghasilkan Majalah Digital Tahun 6 bagi Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1). Penghasilan majalah digital merupakan satu langkah ke arah Pendigitalan Sekolah SK Putrajaya Presint 5(1).

Antara kelebihan yang diperolehi melalui penghasilan Majalah Digital adalah seperti:

  • Menjimatkan kos kerana tidak perlu lagi menggunakan kertas.
  • Menjimatkan masa.
  • Mudah untuk dikongsi kepada orang ramai (Hanya perlu bagi pautan Majalah sahaja).
  • Mudah untuk disimpan dan dibawa (Majalah Digital disimpan di dalam bentuk PDF).

Proses penghasilan Majalah Digital

Langkah pertama dalam menghasilkan majalah digital sudah pasti adalah menubuhkan jawatankuasa. Untuk majalah digital yang khusus bagi Tahun 6, tidak banyak jawatankuasa diperlukan. Sebagai contoh, dalam menghasilkan majalah ini, saya dibantu oleh dua rakan guru iaitu Cikgu Hazim dan Cikgu Ray. 

Kemudian, langkah yang seterusnya adalah pembahagian kerja. Disebabkan jawatankuasa kami terdiri daripada tiga orang sahaja maka pembahagian kerja dia adalah seperti berikut:
  • Cikgu Hazim - Menyediakan templat dan tapak majalah.
  • Cikgu Ray - Memuat naik gambar murid dan aktiviti
  • Cikgu Aiman - Memuat naik gambar murid, ucapan, serta gambar aktiviti.

Halaman Utama Majalah Digital

Platform utama kami dalam menghasilkan majalah Digital ini adalah Canva. Alhamdullilah, dengan adanya Canva For Education, semuanya dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar. Kalau guru-guru berminat untuk dapatkan akses kepada Canva Pro boleh baca disini Cara Dapatkan Canva Pro

Majalah digital
Halaman utama (Muka depan)


 Majalah Digital Tahun 6 SK Putrajaya Presint 5(1)

Sekarang saya akan berkongsi antara isi kandungan yang terdapat dalam Majalah Digital yang kami hasilkan. Moga memberi manfaat kepada semua! 

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

1 comment for "Majalah Tahun 6 (Majalah Digital)"

  1. waa.. rindu dgn sekolah,, selalu awal thn beli majalah sekolah sbb nak tgok gambar kelas haha

    ReplyDelete