Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Syarat Kemasukan IPG (Institut Pendidikan Guru)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah menulis pelbagai artikel berkenaan Institut Pendidikan Guru (IPG). Yang berminat untuk mengetahui tentang IPG bolehlah pergi ke bahagian IPG.

Artikel kali ini adalah berkenaan dengan syarat kemasukan ke IPG. Syarat kebiasaannya berubah berdasarkan kepada keadaan semasa. Jadi, penulisan ini akan sentiasa dikemaskini berdasarkan kepada maklumat terkini.

Bagi tahun 2023,  Kementerian Pendidikan melalui IPGM telah menawarkan dua program iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam.

Untuk PISMP ia terbahagi pula kepada tiga laluan iaitu LALUAN PERDANA, LALUAN KHAS dan AMBILAN KHAS (boleh klik show untuk pergi ke bahagian tersebut)


Laluan Perdana (PISMP)

Syarat Kemasukan IPG

Syarat Kemasukan IPG

Syarat Kemasukan IPG

Laluan Khas (PISMP)

Syarat Kemasukan IPG

Syarat Kemasukan IPG

Syarat Kemasukan IPG


Ambilan Khas (PISMP)

Syarat Kemasukan IPG

Syarat Kemasukan IPG

Cara Mohon IPG (Versi Terkini)

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2023.

2. Calon SPM Tahun 2022 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting proses pengambilan sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup. (Rujuk tarikh-tarikh penting proses pengambilan PISMP)

5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

2 comments for "Syarat Kemasukan IPG (Institut Pendidikan Guru)"

  1. Permohonan yang disahkan itu maksudnya dah ada chop ketua kampung/yb lah ya cikgu.

    ReplyDelete