Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Templat Ringkas Pengurusan Jawatan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca semua.

Setiap tahun, sebelum bermulanya sesi persekolahan yang baru, perkara yang paling ditunggu oleh guru-guru sudah pasti BUKU PENGURUSAN SEKOLAH.


Sebab apa? Sebab melalui buku pengurusan, guru boleh mengetahui apa jawatan yang mereka dapat serta seberapa banyak jawatan yang digalas. Tunai tetap kami tunaikan walaupun sebanyak butir pasir di pantai. ðŸ˜‚

Bila dah dapat, langkah pertama yang cikgu-cikgu biasa lakukan adalah pindahkan jawatan tersebut sama ada di dalam telefon, ipad, laptop ataupun tulis balik di atas buku nota.


Ada juga yang menunggu surat pelantikan jawatan. Apa sahaja cara yang digunakan tidak ada salahnya. Cuma kali ini saya ingin berkongsi TEMPLAT RINGKAS PENGURUSAN JAWATAN.

Templat ini saya sediakan di Google Sheet sahaja. Apa yang menarik adalah ia mudah untuk disunting, berbentuk digital, paparan mudah dan cikgu boleh akses bila-bila masa sahaja andai kata cikgu terlupa jawatan cikgu.



Kalau cikgu berminat, cikgu boleh download sahaja melalui TELEGRAM saya. Kalau rasa benda ini renyah, tak mengapa, ikut kepada selera masing-masing. Panduan saya sertakan dibawah:

                  Klik gambar untuk sertai Telegram             

Cara Download/Make A Copy Template


Cara Tambah Jawatan pada Dropdown Menu



Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Templat Ringkas Pengurusan Jawatan"