Luahan Hati Guru Pelatih IPG : Elaun dikurangkan, tarikh elaun masuk pula tidak tetap
Assalamualaikum Dato' Seri Mahdzir bin Khalid
Tujuan saya menulis mesej ini hanyalah ingin menyampaikan suara hati mahasiswa pendidik yang berada di IPG seluruh Malaysia berkenaan dengan elaun. Saya pasti Dato’ juga sudah sedia maklum bahawa bermula pada tahun 2017 elaun bagi guru pelatih di IPG seluruh Malaysia telah diselaraskan kepada RM430 dengan tidak ada lagi elaun tambahan seperti elaun buku, elaun praktikum dan sebagainya. Ya Dato’ kami terima pembaharuan ini kerana kami tidak ada kuasa untuk membantah disebabkan sudah ada perjanjian yang mana kerajaan berhak membuat sebarang pindaan. Kami tetap bersyukur Dato’ kerana kerajaan masih lagi sudi memberikan elaun kepada kami semua. Tetapi satu fakta pahit yang perlu ditelan, RM430 sebenarnya tidak mencukupi dengan peningkatan kos sara hidup pada waktu sekarang. Ya, elaun yang diberikan hanyalah sebagai bantuan sampingan kepada guru pelatih dan bantuan kewangan daripada ibu bapa mesti ada. Walau bagaimanapun Dato’, satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan ialah ada guru pelatih yang masuk dengan hasrat untuk meringankan beban ibu bapa mereka. Mereka bergantung 100% kepada elaun yang diberi, bahkan di IPG saya sendiri, ada guru pelatih yang terpaksa mengikat perut dengan hanya makan nasi putih bersama dengan kiub perencah sahaja. Ini bukannya rekaan tetapi satu realiti.
Sebenarnya
bukan isu kekurangan elaun yang saya ingin sampaikan kepada Dato’ tetapi
berkenaan dengan tarikh kemasukan elaun kepada guru pelatih. Semenjak
penyelarasan elaun berlaku, tarikh kemasukan elaun menjadi tidak tetap.
Kadang-kadang masuk pada awal bulan, kadang-kadang pertengahan bulan dan
kadang-kadang masuk pada akhir bulan. Ketidaktetapan yang berlaku menyebabkan
kesukaran kepada guru pelatih untuk membuat perangkaan kewangan. Hal ini secara
tidak langsung menambahkan lagi kesengsaraan guru pelatih kerana mereka tidak
tahu pada bulan seterusnya bilakah elaun akan masuk. Guru pelatih tidak tahu berapa perlu diperuntukan untuk perbelanjaan sebelum masuknya elaun yang seterusnya. Pelbagai inisiatif telah
dibuat termasuk mengusulkan perkara ini kepada IPGM melalui YDP-YDP IPG di
seluruh Malaysia. Namun disebabkan pelbagai kekangan menyebabkan isu ini
tidak sampai kepada pihak atasan, mati begitu sahaja. Oleh sebab itu, dengan
adanya kemudahan teknologi ini, biarlah saya sampaikan terus kepada Dato’ yang merangkap
sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Saya yakin Dato’ mendengar luahan hati
kami ini yang merangkumi semua guru pelatih yang berada di IPG seluruh Malaysia
sekarang.
Post a Comment for "Luahan Hati Guru Pelatih IPG : Elaun dikurangkan, tarikh elaun masuk pula tidak tetap"