Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik (Aplikasi SKEDDA)

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahun 2023 adalah tahun yang rancak dengan pelbagai perkembangan teknologi terkini. Hampir semua perkara menuju ke arah digital termasuklah pendidikan.

Pendigitalan dalam pendidikan adalah satu perkara yang sangat baik kerana ia perlu selari dengan kemajuan semasa supaya kita semua tidak ketinggalan.

Kalau dahulu tempahan bilik dilaksanakan melalui penggunaan buku tetapi sekarang tempahan bilik juga boleh dibuat secara maya.

Jadi pada hari ini saya akan berkongsi cara menghasilkan sistem tempahan bilik khususnya bilik-bilik khas di sekolah dengan menggunakan satu perisian web based yang dinamakan SKEDDA.  Demonya ada dibawah.

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik


Antara kelebihan SKEDDA adalah :

  • Mudah untuk dihasilkan kerana guru perlu create account sahaja. Yang lain semuanya telah tersedia. Tidak renyah seperti GOOGLE DATA STUDIO, APPSHEET.
  • Mempunyai versi percuma. SKEDDA memberikan pilihan versi percuma dan berbayar, kalau cikgu nak hasilkan khas untuk bilik cikgu, versi percuma sudah memadai.
  • Mudah untuk dikawal dan juga mudah untuk digunakan oleh guru-guru lain semasa hendak membuat tempahan bilik.

Cara Menghasilkan Sistem Tempahan Bilik


Langkah 1 
Pergi ke laman web SKEDDA.COM dan tekan pada CREATE YOUR FREE ACCOUNT.

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik



Langkah 2 
Pada TYPE OF ACCOUNT pilih FLEX (Percuma) dan isikan maklumat yang diminta.

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik


Langkah 3 
Pada bahagian LET'S ADD SOME SPACE. Masukkan nama bilik yang hendak digunakan dalam sistem SKEDDA. Bagi versi percuma, hanya 5 bilik sahaja ditawarkan.

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik


Langkah 4
Setelah siap tiga langkah di atas, anda akan dibawa ke laman utama. Disini akan keluar hari, tarikh dan juga masa. 

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik


Langkah 5
Pada laman utama ini, akan ada demo tempahan oleh SKEDDA. Jangan risau anda boleh delete.

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik


Langkah 6
Untuk tetapkan masa serta hari bagi tempahan bilik, anda boleh pergi kepada setting kemudian pilih HOURS OF AVAILABILITY.

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik


Langkah 7
Kongsikan pautan/link SKEDDA anda kepada guru-guru di sekolah. Mereka boleh menempahnya melalui pautan tersebut.

Cara Buat Sistem Tempahan Bilik


Untuk menempah bilik, guru-guru perlu memasukkan email terlebih dahulu, barulah tempahan dapat dibuat. 

Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Cara Buat Sistem Tempahan Bilik (Aplikasi SKEDDA)"