Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bina Kehadiran dan Kuiz Dengan SurveyHeart (Mudah)




Biasanya kalau kita nak bina kehadiran ataupun kuiz, Google Form adalah antara platform yang menjadi kegemaran. Tetapi pada hari ini saya ingin berkongsi satu aplikasi yang dapat digunakan untuk tujuan yang sama iaitu SurveyHeart. Mungkin ada guru yang sudah menggunakannya dan mungkin juga pertama kali mendengar nama aplikasi ini. Macam mana nak gunakan SurveyHeart untuk bina kehadiran murid dan kuiz? Jom tengok tutorial di bawah:

Apakah SurveyHeart?

SurveyHeart merupakan satu aplikasi yang direka khusus untuk kita mencipta survey bagi mendapatkan sesuatu maklumat daripada responden (paling mudah, macam Google Form). Apa yang menarik adalah aplikasi ini tersedia dalam dua versi iaitu untuk telefon Android dan juga web based. Untuk IOS, masih belum tersedia. Untuk install, taip sahaja SurveyHeart di PlayStore kemudian install. Semudah ABC.


Apakah Kelebihan SurveyHeart?

Antara kelebihan aplikasi SurveyHeart ini adalah ia mempunyai papar muka yang mudah untuk difahami, form yang mudah dibina melalui smartphone, pelbagai template disediakan, mempunyai instant feedback (boleh tengok terus murid yang isi survey di dalam smartphone) dan data yang dikumpul juga boleh dimuat turun.

Cara Bina Kehadiran Murid Menggunakan SurveyHeart

Search di Playstore dan Install









Masukkan nama kelas. Dropdown menu sesuai untuk lebih dari satu kelas

Ini bahagian setting. Boleh setting ikut kesesuaian

Bila dah siap tekan Submit, akan keluar seperti ini. Link boleh copy dan share kepada murid-murid.

Cara Bina Kuiz Menggunakan SurveyHeart

Cara untuk bina kuiz sama sahaja seperti kita bina kehadiran di atas. Cuma lepas tekan + pilih kuiz (Gambar 3 di atas). Template untuk kuiz juga telah disediakan, guru hanya perlu pilih sahaja. Panduan ada saya sertakan dalam bentuk GIF di bawah, harap dapat membantu.



Telegram Channel CikguAime Dot Com

Saya telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

2 comments for "Bina Kehadiran dan Kuiz Dengan SurveyHeart (Mudah)"

  1. saya dah buat try buat quiz. ttbe hari ni quiz nya tak boleh bukak guna surveyheart

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu tak boleh buka ataupun murid? Dia keluar macam mana?

      Delete