Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lajukan Blog Dengan Webp Format Converter



Lajukan Blog Dengan Webp Format Converter | Salah satu cara untuk melajukan blog ataupun website anda adalah dengan menggunakan gambar berformat WebP. WebP merupakan satu gambar format moden yang mempunyai pemampatan yang tinggi (saiz lebih kecil) tanpa mengurangkan kualiti gambar. Image format WebP adalah pengganti yang terbaik bagi image yang berformat JPG, PNG dan GIF kerana mempunyai saiz yang lebih kecil iaitu 25-35% Walaupun saiznya kecil ia tidak mengurangkan kualiti gambar. Inilah format yang terbaik untuk melajukan blog ataupun website anda.

Pernah tak anda cuba uji kelajuan blog/website anda di Page Speed Insights kemudian hasil analyze keluar seperti ini:



Apabila keluar seperti gambar di atas, cara terbaik untuk baiki dan tingkatkan kelajuan blog anda adalah dengan menukar format gambar kepada WebP. Macam mana nak tukar? Terdapat dua cara, yang pertama secara manual iaitu tukar melalui HTML View di dalam post (agak leceh) dan yang kedua melalui converter yang saya sediakan di bawah. Drag atau choose file image, kemudian download (semudah ABC)

WebP Format Converter


Convert image to webp format

Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Post a Comment for "Lajukan Blog Dengan Webp Format Converter"