Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2024)
Pejam celik pejam celik, tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Siapa sangka, sudah 4 tahun saya bergelar sebagai seorang pendidik.
4 tahun, saya tidak pernah gagal untuk menulis refleksi. Doakan saya untuk terus konsisten. Nak baca refleksi saya boleh baca di bawah:
Sekarang saya akan berkongsi pula refleksi untuk tahun 2024. Jemput baca.
- Perkongsian Kisah Digital CJD 2024
Permulaan tahun 2024, dimulakan dengan Perkongsian Kisah Digital yang merupakan satu inisiatif untuk menarik minat guru-guru menyertai Cikgu Juara Digital.
Terima kasih kepada pihak SSTP Perlis kerana sudi menjemput saya ke Perkongsian ini. Perkongsian ini telah disertai hampir 1,000 orang pendidik dari seluruh Malaysia.
Bersama rakan-rakan CJD yang hebat! |
- Perjumpaan Edufluencer Putrajaya
Inilah antara Edufluencer Putrajaya |
- Jurulatih Utama Sekolah (Rakaman & Suntingan Video Puisi Lagu PPDa)
Sehingga artikel ini diterbitkan, kami masih belum menerima keputusan pertandingan. Apa sahaja keputusan yang kami dapat, kami terima dengan hati terbuka. Heeee.
Sebalik tabir |
- Penghasilan Pelbagai Episod TV PSS (2024)
Antara episod yang dihasilkan |
- Jelajah TV PSS (2024)
Meriah! |
- Pertandingan TikTok Saya Sayang Cikgu anjuran Sinar Bestari (2024)
- Liputan Kejohanan Akuatik Peringkat Negeri (2024)
Dalam banyak-banyak liputan oleh TV PSS pada tahun 2024, ini adalah salah satu liputan yang paling mencabar dan paling menyeronokkan. Lagi-lagi ia memberi peluang kepada murid untuk membuat liputan di peringkat negeri.
Kru yang bertugas |
- Kursus Asas Kejurulatihan Olahraga (2024)
- Rakaman Pelbagai Pertandingan (2024)
TV PSS FiveOne ibarat jambatan atau nadi kepada sekolah untuk menyertai pelbagai pertandingan khususnya yang melibatkan video.
Behind the scene |
- Johan Negeri dan Kelima Kebangsaan Pertandingan Video Terbaik TV PSS (2024)
Kalau tahun lepas di Peringkat Kebangsaan hanya penyertaan tapi kali ini skripnya berbeza. Tahun depan? Hanya Allah yang tahu.
- Pengelola Siaran Langsung Pertandingan Pantun Peringkat Negeri (2024)
Menjadi pengelola siaran langsung pantun bukanlah tugas mudah. Namun, dengan kerjasama semua pihak, kami berjaya memastikan setiap detik pertandingan dirakam dengan sempurna.
Kru TVPSS bertugas di sebalik tabir |
- Hakim Pertandingan Membaca Berita (2024)
- Lawatan Penanda Aras ke Studio TVPSS SK Convent (2024)
Bersama cikgu dan kru TVPSS SK Convent |
Bagilah peluang cikgu jadi KRU |
- Perkongsian Penggunaan Telegram dalam Projek Seni Visual
Klik gambar ini untuk ke artikel
- Pelantikan sebagai Guru Putrajaya Digital Expert (GPDE) 2024
Pelantikan sebagai GPDE Putrajaya! |
- Johan Suntingan Video Penutup Jelajah TV PSS Zon Tengah (2024)
Terima kasih Sinar Bestari! |
- Pempamer di Pameran Jiwa Merdeka (2024)
Booth kami turut dilawati oleh Tuan Wong Kah Wong, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Moga menjadi kenangan manis untuk anak-anak.
Kru TVPSS bersama Timbalan Menteri Pendidikan |
- Pertandingan Replika Sempena Hari Kebangsaan (2024)
Kejapppp! Kenapa saya tulis ini di bahagian refleksi saya? Sebab saya pun turut terlibat dalam membuat hiasan dan menyiapkan replika ini, hehe. Walaupun tak banyak, kira adalah kannnnnn.
Episod sempena pertandingan ini
- AJK Rakaman Pertandingan Kawad Peringkat Kebangsaan (2024)
Behind the scene |
- Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri (2024)
Alhamdulillah, kali ini pasukan Bicara Berirama SKPP5(1) berjaya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan ini walaupun latihan dalam masa seminggu sahaja. Cuba bayangkan kalau latihan sebulan, mesti top 5 dah!
Gembira macam menang Johan |
- Johan Kebangsaan Bantu Mula Kategori Perempuan & Ketiga Kebangsaan Kategori Lelaki (2024)
Dalam banyak-banyak pencapaian, ini merupakan salah satu pencapaian yang tidak akan saya lupakan. Saya bersama rakan-rakan guru BSMM yang lain berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat Kebangsaan.
Kami berjaya menjadi Johan dan juga Ketiga Kebangsaan. Kepenatan menghasilkan skrip, melatih murid, merakam serta menyunting video akhirnya dibalas dengan kejayaan ini. Terima kasih ya Allah.
Kegigihan merakam |
Keputusan di peringkat Kebangsaan!
- TVPSS Buat Rumah Sesat!
Setiap tahun mesti ada kelainan! Tahun 2022 kami buat rumah hantu, tahun 2023 Photobooth dan untuk Tahun 2024 kami kembali pula dengan rumah sesat. Tahun depan? Belum tentu lagi nak buat ke tak, sebab penat.
Poster rumah sesat |
- Bengkel Penerbitan dan Penyiaran TV PSS
Bagi saya bengkel penerbitan dan penyiaran TV PSS ini wajar diadakan setiap tahun sebagai nilai tambah kepada guru-guru khususnya yang menjadi penyelaras TV PSS.
Bengkel tahun ini agak menarik sebab penceramahnya bukan biasa-biasa, memang orang media dan juga content creation. Saya rasa saya dah banyak ilmu, tapi bila terlibat dengan bengkel rupanya diri ini masih lagi kerdil.
Bengkel yang membuka mata kami tentang content creation |
- Johan Guru TV PSS Terbaik Kebangsaan (2024)
Dinobatkan sebagai Johan Guru TV PSS Terbaik Kebangsaan merupakan satu pencapaian terbaik sepanjang saya bergelar guru selama 4 tahun.
Nak jadi yang Johan bukan suatu perkara yang mudah, terlalu banyak perkara perlu dikorbankan. Portfolio yang saya hasilkan pun dah sama macam buat tesis, 200 mukasurat!
Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka! |
- Pempamer Karnival Pendidikan Digital Kebangsaan (2024)
Beraksi |
Cikgu Izmir selaku model |
- Liputan Karnival Karakter Generasi Madani (2024)
Terima kasih BSKK KPM atas kesudian menjemput TVPSS FiveOne untuk membuat liputan Karnival Karakter Generasi Madani. Karnival ini telah menghimpunkan 3000 pelajar yang terlibat dengan Sambutan Bulan Kebangsaan di Putrajaya.
Kru TVPSS sedang membuat liputan di MMU, Cyberjaya |
- Pelantikan DUTA Integriti KPM (2024)
Menjadi DUTA Integriti bukan sekadar menggalas nama yang diberikan, tetapi juga satu tanggungjawab besar dalam memastikan nilai-nilai integriti terus disemai dan diamalkan, khususnya dalam golongan pendidik.
Penyerahan watikah oleh Ketua Setiausaha KPM |
- Photoshoot Graduasi Tahun 6 (2024)
Kalau tahun lepas kami berhadapan masalah dengan printer, tak boleh print borderless, tahun ini, Allhamdulillah masalah ini sudah dapat diselesaikan.
Saya juga ada menulis artikel kepada mana-mana guru yang berminat nak setup photoshoot sendiri di sekolah. Boleh baca disini.
- Membangunkan CUSTOM GPT Sejarah Tahun 6
Hampir sebulan "mengajar" ChatGPT tentang silibus Sejarah Tahun 6. Memastikan jawapan diberi mengikut silibus terkini.
Nak tahu lebih lanjut dan nak guna? Boleh tekan pautan di bawah.
Sekian sahaja refleksi daripada saya, Cikgu Aiman @ Aime untuk tahun 2024. Kita jumpa lagi pada tahun hadapan untuk refleksi 2025. Bye. Assalamualaikum.
Post a Comment for "Refleksi Cikgu Aime (Tahun 2024)"