Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PSV Tahun 6: Ikatan dan Celupan (Tali Leher Hiasan)

Assalamualaikum dan Selamat Datang diucapkan kepada semua pembaca khususnya kelas cikgu iaitu 6 Topaz, 6 Opal, 6 Diamond dan 6 Pearl. Untuk subjek Pendidikan Seni Visual bagi minggu 11 dan minggu 12, kita akan mempelajari berkenaan Ikatan dan Celupan. Yang mana melalui teknik ini, awak semua akan menghasilkan Tali Leher Hiasan. Bagi memudahkan awak faham dan mendapat gambaran yang jelas berkenaan Ikatan dan Celupan, cikgu akan menggunakan blog ini sebagai platform untuk menjelaskan 4 perkara iaitu 

  • Apakah itu Ikatan dan Celupan ?
  • Apakah teknik yang digunakan dalam menghasilkan karya ?
  • Alat dan bahan yang diperlukan.
  • Proses menghasilkan karya teknik ikatan dan celupan.

1. Apakah itu Ikatan dan Celupan?

Ikatan dan celupan ialah teknik untuk menghasilkan corak. Teknik ikatan yang berbeza akan menentukan olahan corak yang terhasil. Di bawah cikgu sertakan gambar contoh beberapa ikatan yang boleh dicuba. Ingat! Berbeza ikatan, berbeza corak. Penggunaan warna juga penting bagi menghasilkan corak yang menarik.


2. Apakah teknik yang digunakan?

Teknik yang digunakan untuk menghasilkan Tali Leher Hiasan adalah teknik gabungan. Teknik gabungan adalah gabungan teknik ikatan dan celupan, teknik resis dan teknik mozek. Apakah itu teknik resis dan teknik Mozek?

Teknik resis adalah teknik yang menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.Contohnya warna air dan lilin. Lilin digunakan seperti melukis atau memadam sesuatu untuk mewujudkan imej atau jalinan apabila warna air disapukan dia atasnya. Sifat lilin yang menolak air tadi akan menghasilkan dua kawasan iaitu kawasan yang menyerap air dan kawasan berlilin yang tidak menyerap air. Krayon juga boleh digunakan untuk menggantikan lilin

Teknik mozek merupakan satu imej yang berasingan dan tidak bertindih,  disusun secara bersebelahan

3. Alat dan Bahan yang diperlukan

Untuk menghasilkan Tali Leher Hiasan menggunakan teknik gabungan (Ikatan dan celupan, resis dan mozek). Alat dan bahan yang diperlukan adalah:
  • Kain Putih/Kain Buruk(warna putih)
  • Gelang getah
  • Batu, guli atau bahan yang sesuai untuk dibalut
  • Warna poster/Warna air/Warna batik/pewarna
  • Palet dan berus lukisan
  • Kertas Lukisan
  • Gunting
  • Gam
  • Krayon atau Lilin
  • Pensil, marker pen

4. Proses menghasilkan karya Tali Leher Hiasan

Terdapat tiga langkah utama yang perlu dilakukan untuk menghasilkan karya Tali Leher Hiasan, di bawah cikgu sertakan proses penghasilan.

  • Langkah hasil ikatan dan celupan

     Yang pertama sediakan alat dan bahan. (Boleh lihat senarai di atas)


       Yang kedua ikatkan beberapa helai kain dan batu mengikut kreativiti. (Bebas untuk ikat)


    Yang ketiga tuangkan pewarna kain ke dalam bekas/palet. Inisiatif lain adalah boleh juga guna warna poster atau warna air.


  Yang keempat celupkan kain yang diikat ke dalam pewarna. Ulangi langkah ini dengan celup ke dalam warna yang berbeza.


Buka ikatan dengan berhati-hati dan keringkan




Corak karya teknik ikatan dan celupan yang terhasil

  • Langkah menghasilkan resis

Lakarkan corak dengan menggunakan pensil di atas kertas lukisan kemudian terangkan menggunakan marker pen


Corak yang telah siap ditekankan sekali lagi dengan lilin ataupun krayon (Resis)



    Warnakan dengan cat air/cat poster. Warna tidak akan masuk ke bahagian yang telah diresiskan.


Contoh corak teknik Resis
  • Langkah menghasilkan karya teknik campuran

Gunting hasil ikatan dan celupan yang telah dibuat dalam langkah awal tadi.


Gamkan pada hasil resis


Tampalkan hasil guntingan yang lain mengikut teknik Mozek



Kemaskan karya dan siap
  • Langkah menghasilkan Tali Leher Hiasan 

Lipatkan karya teknik campuran yang dibuat menjadi bentuk tali leher


Itu sahaja yang dapat cikgu kongsikan. Sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan Ikatan dan Celupan, bolehlah menggunakan ruangan komen yang telah disediakan di bawah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih :)


Penghasilan karya tali leher hiasan oleh murid saya



Cikgu Aiman
Cikgu Aiman Bekas siswa guru di IPG Kampus Kota Bharu. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

3 comments for "PSV Tahun 6: Ikatan dan Celupan (Tali Leher Hiasan)"

  1. Terbaik Cikgu Aiman. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  2. Cikgu yang segak dan kreatif. Teruskan usaha anda agar lebih maju di masa hadapan.

    ReplyDelete