Tutorial Bina Google Form Kehadiran yang Sistematik & Mudah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca.
Dalam post kali ini, saya akan berkongsi satu tutorial macam mana kita nak bina Google Form Kehadiran PdPr yang sistematik dan mudah. Antara kelebihan GOOGLE FORM ini adalah:
- Mudah dibina dan tidak kompleks, boleh dibuat dalam masa 10 minit sahaja. Ianya tidak serumit seperti Google Data Studio
- Mudah untuk mengenalpasti murid yang hadir dan tidak hadir.
- Link yang sama boleh digunakan berulang kali, nak lebih mudah gabung sahaja dengan MyLink. Tutorial Bina MyLink
- Boleh tetapkan masa untuk murid mengisi dengan menggunakan Add On Form Limiter
Di bawah saya sediakan satu GIF menunjukkan bagaimana Google Form kehadiran ini berfungsi:
![]() |
Sebaik sahaja murid mengisi Google Form, automatik kehadiran mereka akan ditanda sebagai hadir |
TUTORIAL BINA GOOGLE FORM KEHADIRAN
Tutorial untuk bina Google Form seperti ini telah saya sediakan di dalam bentuk video di bawah. Jangan lupa untuk tonton tutorial tersebut. Semoga bermanfaat!
Ini adalah code yang ditampal pada Google Sheet.
Tips tambahan - Google Form anda boleh dipasang Add on Form Limiter untuk letakkan masa sampai bila link kehadiran dibuka. Selepas masa yang ditetapkan automatik link kehadiran akan ditutup.
Telegram Channel CikguAime Dot Com
Saya telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com
terima kasih Aiman sgt bermanfaat...
ReplyDeleteSama-sama. Nanti jangan lupa follow blog ini untuk update yang terbaru ^_^
DeleteTQ CikguAime... sgt bermanfaat utk guru2. Dpt memudahkan guru dan murid. Teruskan usaha murni ini selamanya.
ReplyDeleteInsya-Allah.
Deletekenapa bila sy paste cod link hadir /takhadir, kluar error
ReplyDeleteDia lepaa copy kena edit sikit code, macam yang saya jelaskan dalam video.
DeleteTQ. sangat membantu
ReplyDeleteKenapa saya nk copy code xdapat ye dan saya buat code taip pun terus error
ReplyDeleteSaya dah setup, rasanya dah boleh copy tu.
Delete